Sunday, October 30, 2011

JIWA,LANGIT BIRU,PAYUNG DAN AKU


Saat kaki melangkah, JIWA selalau berasa gelisah jika melihat LANGIT BIRU sebelum keluar setiap pagi. Adakah LANGIT BIRU itu yang sama sedang ditatap oleh dia…((AKU harap dia punya perasaan yang sama….))
adakah mungkin saat ini LANGIT BIRU itu bakal membawa hujan bahagia dan angin taufan sengsara?
Selalu AKU terfikir wajarkah AKU membawa PAYUNG atau tidak?
Walhal sebenarnya hati dan JIWA serta minda sudah lama mengetahui iaitu tetap mahu membawa PAYUNG..
::manusia belajar daripada pengalaman hidup yang sudah berlalu,perkara kekalahan dan kesilapan yang berlaku boleh dielakkan andai kita mampu bertahan pada waktu itu…tetapi apa daya akal fikiran tika itu andai hati dan JIWA terbelangkai lemah kerana minda yang kusut lemah dek kekalahan menghadapi dugaan hidup::
Mungkin kerana inilah,PAYUNG yang AKU fikir membawa kepada kebahagiaan…dan juga mungkin kemenangan menghadapi belukar hidup itulah yang lebih membawa beban berat dari sangkaan aku sebelum ini…….
JUEJAJ: usai melihat si mentari menyinar hari ini, tiba-tiba saja aku mengimpikan bumi disirami hujan yang membasahi setiap inci tanah dengan kasih sayang. Hati sedang kering dan pipi sudah tidak pandai untk basah lagi. Terima kasih pada anggota tubuh badan yang sanggup bekerja demi menghargai sebuah nyawa….dan lagi, adakah PAYUNG diperlukan lagi tika ini?

Friday, October 14, 2011

Hari Penghargaan :)

hai readers!!

hari ini hari penghargaan...jom kita saling menghargai~~

oleh kerana hari ini adalah hari penghargaan (yang dicipta oleh AKU) aku ingin nak nyatakan sesuatu di sini....

bangun pagi setiap hari juga dikira satu kenikmatan terbesar dalam hidup aku yang diberikan oleh ALLAH swt...jadi, penghargaan pertama, ALHAMDULILLAH segala kebesaran hanya untukMU ya ALLAH...syukur sesangat di atas pinjaman nikmat yang KAU berikan ini...walaupun aku tak pasti bila ianya akan ditarik balik...

1. terima kasih pada keluarga

syukur aku masih punya keluarga yang sempurna....pada mama dan bapa tersayang, terima kasih atas kasih sayang yang kalian berikan...walaupun pada ketikanya ada perit jerih hidup yang menghimpit namun kalian masih bertahan membesarkan anak-anak demi masa depan kami....may ALLAH bless u both...pada adik2, kak long sayang kalian semua....walaupun korang ada bermacam2 perangai....ahaks~~

2. terima kasih pada kekasih hati a.k.a tunanganku a.ka future husband (insyaAllah)

saya nak hidup dengan awak bukan sebulan, setahun sahaja. kalau boleh saya nak hidup lama dengan awak. mungkin tak lama mana, seribu tahun pun cukuplah asalkan kita hidup bersama sampai akhir hayat~ ILYVM <3 font=""> (errr....awak...TERIMA KASIH YA?)

3. terima kasih pada pembenci.

terima kasih kerana masih terus membaca dan mencaci serta memaki. moga hidup anda dalam keadaan baik-baik saja ya? :)

4. terima kasih pada kawan, teman dan sahabat

kawan: terima kasih atas segalanya
teman: terima kasih kerana sentiasa menemaniku.
sahabat: wow u guys memang rock & roll!!! sangat sporting dan cambest!!! sayang korang sangat2 dan thanks for everything!!!

dan terima kasih pada seantero dunia!!

Kita kawan selamanya~

dear No one & Nobody;

aku tau kau perlukan perhatian dari seseorang...tapi aku tak pasti adakah seseorang itu adalah aku...memang aku sudah lama sedar kau mula bertindak secara halus....memerhatiku secara senyap dan memerhati dari arah jauh....aku tak pasti apa tujuan atau motif kau...aku tak pedulik dan aku tak ingin tahu semuanya..

kau tahu tak apa masalah kau? kau seorang yang sangat EGO dan KERAS KEPALA.....kau sedar itu tapi kau masih nak pertahankannya....apa yang kau dapat??sesalan?? 

kau teruskan saja kehidupan baru kau...hidup dengan dia yang telah menggantikan aku dalam hidup kau...bukan aku tidak peduli dengan kau, tapi aku megharapkan kau juga bahagia tika aku mula bahagia....kerana apa?kerana kita masih kawan selamanya~~

kita memang KAWAN kerana aku sudah mula menganggap sebegitu...jika kau tanya aku tentang sayang...Ya aku memang sayang kau...tapi sayang itu tidak seperti dulu...aku dah tukarkan sayang itu dari sayang seorang sahabat pada kawannya....jika kau tanya aku tentang kenangan, Ya Aku memang masih ingat kenangan itu tapi aku kenangan itu aku jadikan seperti pasir yang ditipu angin...semakin hilang dibawa pergi....ke utara, selatan, barat dan timur.....yang tinggal hanya sebutir pasir di mana aku cuma mengenal kau sebagai seorang kawan....jahat kah aku buat seperti itu?? tidak...

maka itu,aku sudah tekad.....aku tidak mahu mengungkit kisah lama, aku tidak mahu diselubungi bayangan silam dan aku tidak mahu memandang belakang lagi....aku mahu bina hidup baru dengan apa yang aku miliki sekarang.......

ouh terlupa...andai kau tanya aku tentang kau mahu menjadi kawan aku...ya, sudah tentu kita masih boleh berkawan...tapi kau dan aku punya batas tembok yang tinggi...kau di sana dan aku di sini...boleh??

dan pintaku cuma satu.....doakan saja kebahagiaan aku.....dan kalau boleh biar antara kita tidak ada perli memerli dan kutuk mengutuk....apa yang lepas biarkan saja ianya berlalu....aku tidak suka diungkit2 lagi...aku cuma mahu kita jadi kawan yang tetap kawan untuk selamanya....jangan salahkan aku atau berasa tidak puas hati di atas tindakan tegas aku ini..sebab inilah yang perlu aku lakukan....aku harap kau faham ya?


p/s: kepada yg tidak ada kena mengena tentang entri ini,ianya hanya untuk suka-suka saja....dun take it seyes k??but pada yang terasa...opppsss sowieee...just want to say SERVES YOUR RIGHT!!!!!

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...