Followers

Tuesday, May 22, 2012

Buang sifat MazmummahMu SaYanG~


walaupun kita cuba untuk berubah menjadi baik, namun jika masih ada sifat mazmummah dalam jiwa, maka tidak sempurnalah kebaikan yang kita lakukan. kita berlagak alim dan berkelakuan baik tapi dari sudut hati, masih ada rasa kotor yang tersisa di dalamnya. Memanglah, segala yang tersirat dan terpendam hanya ALLAH yang tahu, tapi sebagai orang yang berpendidikan dan berilmu pengetahuan, kita sendiri dapat mengagak seseorang itu dari tutur kata, tulisan atau kelakuannya yang berlebih2 dan beria2 sehingga menimbulkan rasa riak di hati tanpa dia sedari. Sungguh mulia hatinya memberi dakwah dan mengajak orang berubah hanya kerana dia sudah berubah. Bukan salah, tapi biarlah kena pada caranya. sikap drastik tidak dapat diterima semua orang, sebab tulah kita lakukannya dengan perlahan2...

Perlu lah ingat bahawa manusia ini ada rasa EGO....dan itu adalah sifat mazmummah.....bila ada rasa mazmummah dalam diri kita, maka kuranglah bahagia yang kita rasa. cuba kita fikir kenapa kita tidak rasa bahagia walaupn kita sering melakukan amalan yang baik. tentu ada alasannya bukan?sebab itulah kita sentiasa mencari peluang untuk menilai diri sendiri, bukan menunggu orang yang menilai diri kita sebagaimana mereka melihat kita secara zahir. Hanya kerana kita mahu mereka melihat kita adalah yang terbaik. Jangan sayang, itu RIAK namanya...

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)


2. Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah&nbs p; rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. EGO Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebutâ

8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada

9. Cinta dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati. Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah

MAZMUMMAH. ****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.**** Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya

Monday, May 21, 2012

berubah LillahiTa'ala


Berubahlah, hanya kerana redha ALLAh.
Berubahlah, kerana kau memang perlu berubah.
Berubahlah, kerana memang inilah masanya kau untuk berubah.

Langkah demi langkah. Perlahan-lahan. Dan istiqamah.

Kita lebih kenal diri kita masing-masing bagaimana. Maka, kuncinya adalah diri kita sendiri. Biarlah sikit tapi berterusan, amalan begitu lebih ALLAh Ta’ala sukai!

Untuk diriku,
dan diri kamu serta kamu.

Semoga ALLAh merahmati.