Followers

Friday, February 15, 2013

Jadi Baik.


Walaupun aku tidak sempurna baiknya, namun aku suka melihat kebaikan dan cuba belajar untuk membuat kebaikan. kadang-kadang aku tidak suka diri aku dilihat oleh orang lain ketika aku ingin membuat kebaikan. Aku takut pada wujudnya sifat riak atau terbit perasaan suka menunjuk. Bila hal begitu terjadi, aku menjadi malu pada Tuhan.Seboleh-bolehnya aku cuba tidak bercakap tentang kebaikan yang aku lakukan di depan orang.

satu perkara yang aku pelik pada diri aku adalah, bila mana aku mahu melakukan sesuatu yang baik, ianya tetap tidak bertahan lama. Sekejap saja aku berubah. Tidak istiqomah dalam mendirikan sesuatu perkara yang mulia, khususnya pada hubunganku dengan Rabbku sendiri. Lihat, sedangkan pada Yang Esa pun tidak terjaga hubungannya, apatah lagi dengan diri sendiri dan orang lain?mampukah aku menjadi orang yang baik?

semua orang dilahirkan menjadi manusia yang baik, namun terpulang pada manusia itu sendiri yang menentukan jalan hidupnya menjadi baik atau buruk. Kita diberi akal untuk berfikir membuat pilihan, tetapi walaupun berakal, kita masih bodoh ketika kita memilih jalan yang tidak baik. sebab itulah ramai umat kita yang jauh dari landasan iman dan taqwa. Kita diberi peluang untuk memilih jalan yang luas tapi tetapi masih ramai yang memilih jalan yang sempit.

tetapi apa yang aku perhatikan setiap manusia ini mempunyai nilai kebaikannya sendiri. Sejahat-jahat manapun dirinya, namun jauh di sudut hati masih ada terselit kebaikan yang dia miliki. aku sedar semua ini sebab sudah ramai yang aku jumpa jenis macam ni.  Bayangkan, orang yang aku jumpa ini adalah orang Mak Nyah, tapi dalam saat dia berseorangan, dia suka mendengar dan menonton program keagamaan.Yang lebih menarik lagi, mak nyah ini antara orang yang aktif menderma di rumah-rumah kebajikan anak yatim dan warga emas. Sekarang, perlukah aku mendefinisikan MAKNYAH ini adalah orang yang kotor dan sesat hatinya?

berbalik pada diri aku... apa kebaikan yang sudah pernah aku lakukan sebelum ini? entah, aku tak ingat ataupun langsung tidak ada apa-apa kebaikan yang aku lakukan? sama ada aku sedar atau tidak, biarlah kebaikan itu dihitung di Akhirat nanti. Yang pastinya, buat baik jangan SEKALI, tetapi berKALI-KALI...!

JUE: Sejuta mana pun kebaikan yang kau lakukan dengan orang namun orang tetap akan ingat dosa yang kau lakukan walhal sekali saja. pelikkan?

Thursday, February 14, 2013

Hikmah.

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Salam Kasih Dan Ukhwah buat semua readers....

Tentu di luar sana ramai yang masih menyambut Hari Kekasih bukan? eee tolong laa...sudah banyak kali amaran, nasihat dan teguran untuk anak-anak muda Islam zaman sekarang supaya jangan mengamalkan amalan bukan orang Islam ini. Bukankah elok hubungan cinta yang kalian bina ini diraih dengan menjalinkan ikatan perkahwinan?ish ish ish....apa dah jadi?

opsss...sebenarnya bukan pasal ini yang aku nak ceritakan...kali ni aku mahu berkongsi tentang HIKMAH. kenapa tiba-tiba post pasal hikmah ni? sedangkan ramai dah tau apa itu hikmah dan sudah banyak entri yang bercerita pasal hikmah kan?

 wahai yang arif lagi bijaksana pembaca ku sekalian, hikmah terjadi dalam bentuk yang berbeza-beza dalam hidup seseorang, sama ada muda atau tua, kecil atau besar, kaya atau miskin, dan jahat atau baiknya seseorang itu...sesungguhnya Allah maha Perancang yang Bijak dan Tepat,apa yang Allah mahu, itulah yang terjadi.. KUN FAYAKUN....jadi, apa yang berlaku ke atasku juga berbeza, maka berbeza jugaklah cerita aku dari cerita hikmah yang pernah kalian baca sebelum ini.

sejak kejadian rumah aku yang terbakar pada 09.01.2013 lalu sebenarnya memberi kesan pada hidup aku, kesan yang aku maksudkan adalah, hikmah-hikmah yang telah Allah aturkan untuk aku...Subhanallah, walhamdulillah Allahuakbar.....segala langit dan bumi yang Allah ciptakan, maka Allah jua yang menjanjikan segala kebaikan dibalas dengan pahala yang setimpal, dan segala yang jahat ditimbang segala dosanya.... Ya, selepas bencana yang berlaku ke atas keluarga aku, aku sendiri tidak terkira berapa banyak bantuan dan pertolongan yang datang bertubi-tubi dari arah  dan latar belakang masyarakat yang berbeza..syukur, masyarakat Malaysia terutamanya rakyat Daerah Keningau, Sabah masih mempunyai hati yang pemurah dan baik hati serta belas kasihan yang aku tidak sangka-sangka....hasil bantuan yang ada, keluarga aku dapat tinggal di sebuah rumah sementara yang dibina oleh bapaku sendiri..lega hati aku bila aku lihat keluarga aku dapat tinggal dengan selesa di rumah sendiri berbanding menumpang tempat orang lain. lagipun proses untuk membuat rumah batu yang dijadualkan akan siap sebelum bulan Mei masih berjalan dan tertangguh disebabkan masalah-masalah kewangan yang lain.


selepas aku tidak lagi bimbang tentang keluarga aku, datang pula berita gembira dari tunanganku sendiri tentang seseorang (Kak Saizuka Sakura -bukan namanya yang sebenar) yang meminta maaf kepadaku berikutan kejadian yang pernah berlaku antara kami bertiga dulu. Perkataan MAAF itulah yang telah lama aku tunggu sebenarnya. Memohon maaf, dimaafkan, dan memaafi adalah simbol ikatan persaudaraan yang baru dibina. harapanku, biarlah hubungan ini merupakan Ukhwahfillah til jannah.walaupun aku tidak bersemuka dengannya, namun aku tetap bersyukur yang kami sudah berbaik. Meski tidak rapat, aku sentiasa berdoa atas kebahagiaannya. Malah lebih bahagia daripada aku. InsyaAllah..

dalam melalui kehidupan yg penuh dgn dugaan ni...kita perlukan masa utk bangun dan bangkit dr ssuatu kejatuhan
*Monolog: Terima kasih jugak kak, sebab pernah hadir dalam hidup saya...


Dan, dalam masa yang sama pula, aku dan incik tunangan sudah mula menyibukan diri dengan perancangan perkahwinan kami pada 29.03.2013 dan 30.03.2013, biiznillah, maka berjalanlah majlis ini dengan baik. InsyaAllah. Apa yang aku bersyukur sangat adalah, seolah-olah majlis aku ini dipermudahkan oleh Allah kerana pelaksanaan kerja-kerja persiapan untuk kahwin semakin lancar walaupun kadang-kadang aku dan incik tunangan bergaduh kecil semasa membuat pemilihan barang. terasa lucu pula kalau diingatkan semula..kadangkala aku juga geram dan marah dengan incik tunangan walaupun dia yang banyak bersabar. namun hilang juga kesabarannya, kalau dia pula yang panas hati dan marah, aku pula yang diam mengecut.jadi untuk tidak memanjangkan masalah ini, aku cuba ikut saja kemahuannya.


Rezeki dalam dunia pekerjaan pula sentiasa ada, sebagai Peguam Syarie yang baru saja merangkak dalam arena perkerjaan, aku cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah-masalah anak guaman yang melantik aku sebagai peguam mereka. Walhal, aku sendiri tidak pasti sama ada aku mampu melakukan kerja peguam ini dan dalam pada masa yang sama juga aku sibuk menyiapkan kerja conveyancing/loan department yang bertimbun2, di samping kerja-kerja perkahwinan yang banyak lagi mahu diuruskan. bak kata incik tunangan, bawalah solat Dhuha, InsyaAllah segala urusan dan rezeki akan dipermudahkan. Iya, aku akan ingat semua itu. Thanks sayang....

oklah, masa sudah terus berjalan, kerja-kerja ofis mesti diselesaikan dengan segera. walaupun hari ini mood untuk berkerja tiada namun aku akan teruskan tanggungjawab ini. kerana kerja itu ibadah, kerja itu amanah dan kerja itu juga rezeki kita...jadi, tidak perlu aku mengeluh... InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi dalam entry yang seterusnya. terima kasih kerana membaca. Salam sayang dariku.


Jue: Amaran dikeluarkan " Jangan Sambut Hari Valentine Day", Faham?


Friday, February 8, 2013

Martabak Maggi made in home~

Assallamualaikum readers~

ari ni nak share martabak megi yang aku buat semalam...aku belajar ni pun daripada besfren yang sama2 belajar kat KUIS dulu..kak MIZA..masa tu aku pernah ikut dia balik rumah dia kat skudai, Johor. Yela, orang sume balik kampung  tapi aku ni terperap dalam asrama. orang jauhlah katakan. so, kak miza ajak aku balik rumah die..hehehehe..

aku ingat lagi, time tu kak miza masak untuk sarapan pagi ke minum petang (tak pasti) , aku tanya pe mende dia masak tu.. dia jawab 'martabak megi' ...1st time  aku dengar dan makan tau..'pas tu dia jawab, 'ala, xkan x tengok iklan megi dalam tv tu..kan ade si velvet jadi duta megi'..."ooooo, yg tu ke kak?" hehehehe..nampak beno aku tak tau...tapi oooooo kan jela...

dari situlah aku mula belajar martabak megi..sedap tau kak miza buat..so, bila aku dah balik rumah , aku praktikkan balik apa yang kak miza ajar..1st time buat, adik aku cakap aku buat sedap wei...kembang kempis aku..dah tu, asal aku balik cuti jer, dorang mesti request nak makan martabak megi..last2, aku ajar dorang caner nak buat sampailah adik2 aku pandai buat sendiri martabak tu...kan senang...

okay aku nak share resepi aku sendiri la yer....


*sebungkus maggi perisa kari
*2 biji telur-
*sosej (boleh juga dengan ayam atau daging) - korang hiris ikut suka ati la.tapi aku buat kecik2 jer.
*sayur campur (cmpuran lobak, kacang peas & jagung tu) -takder mende ni pun takper..ni aku saje2     nak bagi sedap...
*bawang besar - dihiris
*cili besar (merah) -dihiris kecil


p/s : sebelum campurkan semua, sosej ,cili dan sayur campur tu aku tumis dulu, sampai yakin dah masak dan lembut barulah aku campurkan.


Cara2 nya:
 1. Rendam maggi dengan air panas sehingga lembut, then toskan.
 2. Pukul telur dengan perencah maggi. 
 3. Masukkan bahan2 yang dah tumis tadi tu (sosej, cili merah dan sayur campur)
 4. Panaskan minyak dalam pan. (boleh pakai kuali bulat atau periuk ajaib)
 5. Masukkan adunan dan ratakan supaya ia nampak cantik dan semua bahagian masak serentak.          Sentiasa gunakan api yg kecil sehingga masak. 
 6. Dah nampak garing on one side, bolehla terbalikkan to another side. 
 7. Angkat, potong2, and serve dgn chilli sauce, makan panas2. 

taadddaaaaa.....dah siap....yeahhh..




Tunang aku suka makan martabak megi ni tau..nak amik ati tunang ni kena mula dari masakan kita juga..hahahha...so asal jer dia suh aku buat, aku buat la yang sedap kaw kaw kebabom punya...kih kih kih..

okay, ada jgk orng tanya aku, kalu buat martabak megi kena perisa kari je ke? so far, aku selalu pakai megi perisa kari tak pernah lagi perisa yang lain...korang cubalah buat..nanti share ngan aku pula yer...manalah tahu lagi sedaaaappp...

orite..jumpa lagi..bye~