Followers

Wednesday, November 27, 2013

welcome to the world wahai bidadari comel~

syukur Alhamdulillah....adik aku dah selamat melahirkan anak pertamanya semlam..26.11.2013- seorang baby girl yang comel (bapa aku ckp sebiji macam rupa ibunya semasa kecil)- dan secara rasminya kami semua dah naik pangkat mengikut peringkat..bapa-atuk mak-nenek aku-mak long baer- angkol baer ayai-angkol ayai irah- mak uda akim - angkol akim..

besarnya pergorbanan seorang ibu kan? walaupun adik aku terpaksa operate disebabkan babynya semakin lemas akibat kekurang air dlam perut, namun aku tahu Tuhan masih mengizinkan baby itu lahir dalam hidup yang sempurna. Tahniah buat adik aku nani jurainie dan adik iparku suffyan saufi atas kelahiran anak kamu..sangat comel~

assallamualaikum suma..nama saya errrrr.....lum tau lagi..hikhik

borak bosan~

Semalam adalah 25hb November 2013..hari pertama suami keluar out station selama seminggu. Kini destinasinya yang kedua adalah di KUDAT untuk rancangan RASABAH. Sebelum menghantar suami, dia sempat temankan aku pergi ke klinik untuk review kandungan ke 36 minggu. Alhamdulillah, segalanya ok. Hari jumaat ni pula aku akan berjumpa dengan doctor. Harap2, kali ni dapat tahu jantina baby kami. Sebab before this baby agak malu2 nak tunjuk ‘anu’nya…mcm comel jer kan? Hehehe..

Memang terlalu sunyi bila suami tiada di sisi kan? Lebih2 lagi bila kita preggy macm ni, tentunya memerlukan suami pada bila2 masa. Sudahlah  Jururawat klinik bagitahu yang aku akn bersalin anytime jer. Peringkat kandungan 36 minggu ke atas adalah waktu2 kemuncaknya. So, aku dinasihatkan untuk membuat persiapan menerima dan bersedia untuk  melahirkan anak ini. Nebes plak rasanya …aku harap semuanya berjalan dengan lancar, selamat dan tiada perkara tak baik berlaku. (saat aku menaip entry ini, baby asyik bergerak dan mendang jer..indahnya…) yelaaa..aku dah cukup bersedia ke skrg ni? Emosi, minda dan fizikal insyaAllah aku dah bersedia. Cuma masih susah hati sebab keperluan aku dan baby belum mencukupi. Sibuk sangat ngan kerja. Sampai nak beli barang pun main order online je..hahahahah..

Sebenarnya , aku masih menunggu berita kelahiran anak adikku di KL sana. Semalam juga adalah due hari dia nak bersalin. Tapi aku call mama aku, katanya adikku masih belum bersalin lagi. Emm tak pelah, aku doakan semoga adik aku juga selamat melahirkan babynya. Amin.

Eh, handset berbunyi sms lagi. Ouh…dari sang suami tersayang..dah agak dah sms darinya… sejak smalam dia akan menghantar sms kepadaku untuk ‘melaporkan’ kegiatannya di sana. Gembira bila dapat sms dia. Kadang2 juga buat aku tertunggu2. Terpaksala menanggung rindu sekali lgi kan? Tak pelah, kerja suami kenalah faham. Kalu dia terpaksa out station ke luar Negara pun, aku kena pasrah sbb dia kerja untuk keluarga kami. aku tahu dia sedang berkerja keras demi kami. lebih2 lagi tak lama lagi dia akan bergelar walid. Sesuatu tanggungjawab baru yang akan dipikul dan berat. Semoga dia tabah dan kuat untuk mengahdapi hidup ini.aAku doakan, walau di mana dia berada pun, Allah akan melindunginya.Amin.


 nanti sambung~


Friday, November 15, 2013

Pencarian barang2 baby- bile nak abis?

Setakat ni aku rasa baru 60% aku beli barang baby tau.walhal  ade lbih kurang sebulan lebih aku nak due dah. Dah tak lama dah tu ging.. perut pun dah makin besar, nak berjalan shopping pun dah teruk mengahnya..apatah lagi kalu kedai tu cuma guna tangga jer… urat2 kat perut dan kaki dah mula kenampakkannya (BM aku betol ke ni?)..nyesal jugak tak beli byk awal2 masa bulan ke 4 or 5 dulu.. eh tu pun kena tgk poket jgk tu, cukup ke tak kan..gaji pun kuar time hujung bulan jer…termanguh2 lah den nak menunggu nyerr weiii…

Aku semak balik check List barang baby…addduuuhh banyak lagi rupanya~emmmm…aku pun tak pasti sama ada barang-barang tu aku beli sebab KEPERLUAN atau KEHENDAK hati. Yelah, asal je nampak barang comel2 terus tangkap nak beli..hik hik hik… tapi bila fikir balik, memang banyak keperluan baby ni sebenarnya. Dan aku rasa, semuanya ada kepentingannya sendiri.

Barang2 baby plak kena tunggu time ade sale baru leh beli..kalu tak ,mahal nak ‘matai’ tau…time bile dah habis sale tu, terpaksalah juga beli biar mahal kan? Tu yang terpaksa beli barang baby tu sikit-sikit. Aku pun kena amik kira budget kewangan aku dan suami. Kadang2 serba salah nak beli barang sendiri sebab takut tak de budget beli barang baby nanti. Suami aku plak tak de masalah dengan beli barang baby ni, apa yang ok bagi aku, ok lah bagi dia juga. Nasib baik dia faham.hehehehe..

Terfikir juga kenapalah Bandar besar Kota Kinabalu ni tak buat expo baby macam yang ada kat KL tu ea? Senang nak membeli barang2 murah. Murahnya plak melampau2 harga, mcm mn la tak giler shopping kan?geram tol. Tapi tak pelah…awal bulan 10 ari tu ade jgk buat expo baby di 1B, tapi alahai…memang tak meriah lagsung sebab booth tak banyak..tapi sempat jugak la aku beli satu barang tuk baby aku… yes, set tilam baby yang dah ade kelambu siap pasang. Comel jer tau.harga RM50 jer tak silap aku.aku beli warna purple corak polka dot. Kenapa warna purple? Sbb aku nak pastikan warna ni sesuai dengan jantina baby aku sama ada lelaki atau pmpn.kiranyer dua2 leh masuk la.hahahahah…
hah ni la set tilam tu...dah terbayang dah baby tidur dalam tu...mcm comer jer...kih kih~

Dan minggu lepas aku ade order online beli satu lagi tilam berzip yang betul2 serupa dengan set tilam yang aku beli kat expo ari tu. Sebijik giler la…plus dengan set beg 5 in 1 item…murah jer..sumenye RM120 jer..


tadaaaaa......serupa tak....hik hik hik ~
 harga combo RM150, tpi aku minta penjual tu tolak harga tilam kelambu tu sbab aku dah beli dah..so tolak punya tolak, penjual tu leh jual kat aku dgn harga RM100 + RM20 tuk postage ke sabah....hik hik hik..tak perla..aku terima jer harga tu...

oklah, aku sebenarnya nak story pasal keperluan baby byk2 tpi tunggu aku abis brg baby dulu baru aku update entri yg baru k? jumpa lagi~

Belajar berjimat dengan Cloth Diapers (CD)


Sebelum due nak bersalin ni, aku banyak menghabiskan masa untuk mencari CD untuk baby aku nanti..walaupun aku tak pasti aku ‘istiqomah’ ke tak nak pakai CD tanpa menggunakan pampers/diapers. Sebab ada setengah ibu lebih suka pakaikan pampers untuk anak2 mereka dari pakai CD ni sebab pampers amat mudah, cepat dan boleh buang je. Berbanding dengan CD, kena plak basuh dan keringkan barulah boleh pakai balik. Sama je kegunaannya dengan lampin. Mungkin ia agak memenatkan tapi demi anak, aku cuba mempraktikkannya dengan sebaik kudrat yang aku mampu. Lagipun, apa  yang aku perolehi dengan membca penggunaan CD di internet, rupanya banyak kebaikan sekiranya kita menggunakan CD ni. Antaranya adalah :-
  • Lebih sihat untuk bayi kerana baby tidak menggunakan apa2 bahan chemical sepperti disposable diapers
  • Lebih murah untuk jangka masa panjang kerana kita hanya perlu beli sekali sahaja dan boleh digunkan hingga adik2 yang lain
  • Toilet training untuk si kecil akan berlaku lebih awal
  • Terdapat jenis ONE SIZE yang boleh diubahsuai untuk saiz bayi yang baru lahir hingga ke umur 4 tahun (3kg-16kg berat bayi)
  • Boleh digunakan berkali-kali untuk beberapa orang anak
  • Boleh dicuci dengan mesin basuh atau yang paling bagus di bawah sinar matahari
  • Mesra alam (biodegradable)- generasi 500 tahun akan datang akan menghargai dan mengenang jasa anda jika menggunakan CD hari ini.
  • Rekaan CD yang pelbagai yang praktikal dan cantik untuk si kecil
  • Boleh dijual semula dan harga jual semula bagi sesetengah jenis CD adalah tinggi (telah dipraktikkan di negara barat yang kini mengalami kemelesetan ekonomi)
Bestkan? Sebab itu aku semakin tertarik untuk mencubanya. Kalu nak lebih tahu lagi, korang boleh baca kat link SINI atau SINI atau SINI dan lain2 yang korang jumpa kat google. Di samping dapat menjimatkan duit suami, aku juga boleh ‘saving money’ untuk masa depan anak2 kan? Kalau kenangkan semula masa aku bayi dulu, ibu aku juga menggunakan lampin bukan pampers. Aku rasa aku patut jadikan ibu aku sebagai contoh. insyaAllah aku cuba praktis guna CD/Lampin ni. memandangkan CD ini harganya agak mahal, aku hanya membelinya satu persatu. Walaupun mahal tapi tahan. Orang cakap sikit-sikit lama2 jadi bukit. So, tak payahlah aku nak susah hati sekarang kan. Dalam pada masa yang sama , aku cuba mencari harga murah di internet yang mampu untuk aku beli. Harap dipermudahkan lah yer. 

Untuk pertama kalinya aku dah beli satu CD (orange colour) dengan harga RM31.90 + 2 free insert CD. CD ni jenama G****. Tapi beli satu je. Aku beli kat kedai HAPPY MUMS (branch kingfisher). Kedai ni memang khas jual barang2 baby. Tapi tak la sebanyak barang di HQ HAPPY MUMS (Damai Specialist Centre), kalu ada masa, aku akan bawa suami aku cari barang kat sana plak.heehehe 

dan yang CD kedua plak, aku beli warna purple kat satu kedai jual brg baby  di tingkat 2 Megalong Shopping Complex. Harga Rm28.00 + free 2 insert. aku beli sebab aku rasa murah. Harga asal RM38. Kedai tu bagi diskaun rm10, Alhamdulillah rezeki aku  la tu. heheh. So, jumlah sekarang ada 2 helai jer. insyaAllah aku akan beli yg lain sampai 8 helai atau lebih. itu target aku. Maybe borong kat internet je kot. Kat mana tu? Kat SINI (aku baru nak usha2 kat web ni. Manalah tau aku wat bisnis CD lak..hehehe). kenapa 8 helai atau lebih nanti aku story k.

ooh yaa, mungkin ada juga dinyatakan keburukan menggunakan CD ni tapi itu terpulang pada ibu-ibu kat luar sana nak pakai atau tidak kan. Cuma sekarang aku fikir, CD ni pakai time baby duk umah je lah kan. kalu dah di bawa keluar atau berjalan tu better pakai diapers/pampers je kan. yelah takkan lah kita nak bawa ke sana ke mari CD yg ada bau u'uk baby tu..huhuhuhu~ so terpulangla para ibu2 yer~


mcm ni la lebih kurang design CD plain yg aku beli..cuba tgk wrna orange dan purple..sweet jer kan?heheh