Friday, April 26, 2013

SYUKUR, REZEKI ALLAH

Anak itu rezeki.Alhamdulillah, Allah kurniakan kami rezeki itu. Aku disahkan ‘bunting pelamin’ 6 minggu (ketika ini). sebelum hari yang aku tahu yang aku hamil, macam-macam tanda yang aku alami. So aku nak citer pengalaman  my own tanda2 pregnant, Selepas 2minggu berkahwin , aku mula mengalami:- 

1.       Rasa loya, mual dan nak muntah.
Entah kenapa, tekak aku rasa tidak selesa pada waktu pagi. Aku fikir mungkin sebab angin banyak masuk. Sebab kalu lambat je sarapan, mula la perut aku masuk angin. So , aku biarkan je la.kadang-kadang aku bawa makan asam2 tuk hilangkan rasa2 tu. Kurangla sikit. Tapi satu hari (time besday mama mertua aku) suami aku amik dari tempat kerja. Masa dalam perjalanan balik, tekak dan perut dah rasa lain. Macam mabuk jalan tapi agak pelik sebab aku dah berhari2 jalan ulang alik dari tuaran ke KK takkan tak biasa lagi kot? Hehehe…so, hari tu, kami tak terus pulang kerumah, kami ke Pekan Tuaran nak ambil kek untuk hari jadi mama mertuaku. Kononnya nak wat suprisela..walaupun badan tak sihat time tu aku gagahkan diri nak join jugak besday party tu. Hah masa adik ipar aku amik kek tu la, aku terus muntah-muntah, nasib luar kreta, kalu tak, naya kereta tu bau muntah aku.hahahahah. suami dah panik sikit time tu. Aku cakap kat dia, maybe ari ni kerja penat sikit. Sebab banyak sangat kerja kat ofis time tu. Suami aku gosok kat belakang aku,terasa nyaman sedikit. But, sampai rumah aku dah ok sikit, lagipun time tu besday mama mertua, so tak perlu lah aku nak tayang muka tak sihat aku ni.nasib baik la aku dah rasa ok sikit time tu. Jadi, malam tu kami enjoy makan kek dan makan2…

2.       Rasa lapar
Haaaaa ni yang ketara sangat…perut aku asyik nak makan je…masa ni aku fikir maybe aku nak period dah sebab time period aku nak dekat dah. So, aku biarkan jugak sebab memang perangai aku kuat makan kalu nak period time. Bagi jela apa2 makanan, mesti aku belasah punye.dah lah asyik nak makan pedas je.kalu tak pedas, tak sedap pula makanan aku. ape je suami aku belikan makanan, aku makan.kacang yang aku jarang makan pun, aku belasah sampai habis. 

3.       Sengugut macam nak period atau cramp perut.
Aku dah mula sakit2 kat bawah perut seminggu sebelum aku disahkan hamil. 2hari pertama rasa sakit macam tu aku dah cakap dalam hati “ouh tak lama dah nak period ni”. Biasanya, aku akan rasa cramp kat perut 1 atau 2 hari sebelum period, so aku tengok calendar, tarikh nak period memang nak sampai dah. So, aku tahan2 kan jela sakit tu sebab dah biasa.

Tapi, selepas 4 hari sakit tu masih ada dan mula menular ke bahagian pinggang. Dan tak pasal2 aku mula rasa sakit pinggang. Sekali lagi aku check kalender. Terkejut juga aku sebab time period aku dah lewat  2 atau 3 hari. Mulanya aku fikir maybe bulan ni lewat skit kot. Tak pe, aku tunggu lagi 2 hari. But, aku masih mengalami cramp kat bawah perut. So, aku search google. Sebab aku dah mula syak aku pregnant. 

Aku baca semua maklumat tanda-tanda orang mengandung, semuanya memang aku dah kena. Dalam pada masa yang sama jugak, suami aku pun syak aku pregnant so aku suh dia beli UPT kat farmasi. UPT yang pertama aku beli dengan harga RM12 itu aku simpan dalam beg elok2. Dan time aku nak mandi (masa tu nak dekat maghrib) aku bawa UPT tu sekali sebab nak check air kencing tapi keputusannya adalah –ve. Memang ada rasa kecewa sikit sebab tanda-tanda mengandung dah ada. Tapi bila aku tnya kawan2 aku, dorang cakap kadang-kadang tanda mengandung ni macam nak period. So, bile dah dorang cakap macam tu, aku pun mula beranggapan aku nak period cuma mungkin agak lewat. Suami aku pujuk ‘tak pe, nanti kita cuba lagi k?”

4. Jerawat
 aigggoooooo......aku ingat time nak period je muke aku berjerawat tapi jerawat juga salah satu petanda preggy tau (aku baca kat google)...maybe, lain wanita lain hormon kot? kan? punye lah besar jerawat yang kuar kat muka aku...bapak jerawat ke ape? sabar jer la...

5.       Pitam/Pengsan
Hahahahahh….ni yang aku nak sangat citer. Selepas 3 /4 hari iaitu dari hari yang aku check UPT, aku masih rasa  cramp perut, loya,lapar masih berterusan dan masih belum period lagi. Tapi,aku  cuba abaikan saja.walau macam manapun entah kenapa naluri aku kuat yang mengatakan aku ni pregnant. tapi aku tak berani nak buat UPT lagi sebab takut kecewa.

Pada hari Jumaat yang lepas, aku awal balik dari tempat kerja sebab sakit pinggang dan pening menyerang aku. suami aku ajak pi klinik kesihatan ibu dan anak kononnya nak test pregnancy lagi, aku cuba membantah tak nak pergi sebab aku takut keputusan tetap sama. Tapi suami tetap pujuk dan akhirnya aku pun setuju. Sampai je kat klinik tu, jururawat suh aku test urin kat makmal dan sekali lagi keputusan tetap –ve. Kan aku dah ckp dah….huhuhuhu. tapi tak pelah, aku pun tak kisah. Aku terima dan anggap belum ada rezeki. So, kami balik dan singgah ke kedai makan.

 seperti biasa aku asyik nak makan sehinggalah waktu malam tu iaitu selepas makan malam, aku asyik bercerita dengan adik ipar aku sambil bermain dengan anak buah dan tengok TV. Sebelum nak masuk tidur (oo ya masa tu suami aku kuar main futsal), aku sempat mengadu kat adik ipar aku yang aku ada rasa pening. So, aku minta izin masuk bilik sebab nak bawa kepala pening tu tidur awal. Selepas 1 jam aku tidur, sekurang2 nya dalam kul 11 lebih mlam tu, kepala aku mula terasa berat sangat dan pandangan aku mula berpinar2. Bumi macam dah berpusing2.bila aku buka mata, pandangan sangat kabur. Aku cuba menjerit memanggil nama suami aku tapi masa tu suami tengah mandi (time suami dah balik rumah).

Sambil tutup mata (sebab pandangan dah kabur), aku panggil nama adik ipar aku, tapi dia tak datang2. Sampailah aku menjerit memanggil namanya sekali lagi barulah kali tu dia datang.masa tu aku dah pegang kepala. Adik ipar dah mula susah hati melihat aku. cepat2 dia mengetuk bilik air sambil memanggil suami aku suruh keluar cepat. Dan, sebaik sahaja suami aku keluar dari bilik air dan pakai baju, aku jatuh PENGSAN. Jeng jeng jeng~~~~~~

Setelah sedar, aku sudah dikerumuni oleh orang2 dalam rumah tu termasuk papa dan mama mertuaku, pakcik2, makcik, sepupu sepapat suami aku. Ya Allah, masa tu aku dah berdoa jangan jadi apa2 kat aku.time tu aku dapat rasakan tangan suami aku di atas dada aku. Berulang kali dia menyentuh dada aku sama ada aku masih bernafas atau tidak. mungkin dia dah mula panik. Aku faham sangat dah dia tu. Keprihatinannya sangat tinggi.Terasa tangan dia menggeletar memegang aku dari belakang. Aku tahu dia tengah susah hati. Tapi aku memang betul2 tidak bermaya masa tu. Seolah-olah badan aku dah xde tulang. Lemah sangat.

Perjalanan ke hospital mengambil masa 10 minit, dalam masa yang singkat itu aku mengadu aku tak boleh buka mata sebab dah kabur.papa mertua aku yang memandu dan mama mertua duduk disebelahnya. Dan suami aku memangku aku yang masih terbaring. Pada masa itu juga aku nak muntah, dan akhirnya segala makanan yang aku telan pada hari itu dah aku muntahkan semua. Dahlah aku muntah atas jaket kesayangan suami.hehehe.sorry boss! Dan sekali lagi aku terasa lemah dan tidak bermaya.

Sampai dihospital aku dimasukan 1 botol air. Nak dekat 2 jam jugak la nak menunggu air botol tu habis. Doktor tanya macam2, yang tukang menjawabnya adalah suami, papa dan mama mertua aku.heheheh macam2 jugalah jawapan, tanggapan yang mereka utarakan pada doctor tu. Doktor check darah aku, OK. Everything is ok but aku still rasa pening. Doctor bagi ubat hilangkan pening sehinggalah aku tertidur. Selepas aku dah pulih sedikit, aku dah boleh pulang. Rupa2nya, kat luar hospital, pakcik2 dan sepupu2 suami aku menunggu di luar. Serba salah plak aku tengok. Kesian pula mereka beramai2 menunggu aku di luar. Untungnya aku dapat masuk keluarga begini.  So, kami semua balik dalam pukul 2.30 pagi…

Sebelum balik, doctor tentukan satu temujanji lagi untuk ujian darah dan air kencing pada waktu esok pagi. Adoyaaaiii..kena check darah lagi ke?

Esoknya, suami aku bawa ke hospital untuk temujanji tersebut. badan masih lemah tapi masih larat untuk berjalan. Aku disuruh ke bilik air untuk ambil air kencing kemudian masuk ke makmal untu ambil darah. Lepas tu, aku dan suami menunggu di luar makmal menunggu keputusan. Aku cakap kat suami, kalau ada apa2 penyakit macam mana? Aku dah mula risau.

Sambil menunggu, adik aku telefon aku. berita aku pengsan semalam sudah sampai ke pengetahuannya. Memang sikapnya begitu, pantang dengar kalu kak longnya sakit. Cepat2 je dia call. Dalam pada masa itulah, keputusan aku keluar, ketika namaku dipanggil, suami aku yang pergi ke depan kaunter.aku biarkan saja sebab aku masih bergayut dengan adik aku. dan tika itulah aku dengar satu kalimah keluar dari mulut suami aku “Alhamdulillah”…aku yang kat belakang terpinga2  nak tahu sebabnya.. “kenapa?” telefon masih kat telinga..adik aku yang dihujung corong telefon senyap… “sayang pregnant la” kata suamiku sambil tersenyum. “hah?????, betul ke?” “aah, orang makmal tu cakap ade kuar 2 line kat test pregnant tapi yang line satu lagi masih samar2 tapi memang confirm pregnant la”. Dalam hati macam tak percaya tapi aku happy sangat.Dan tanpa berlengah aku lihat suami aku terus SUJUD SYUKUR kat depan makmal tu. aku just senyum.terharu sangat beb~

So, hari tu juga, kami nak buat pengesahan usia kandungan. Time tu dah masuk usia 5 minggu, suami aku terkejut, kenapa 5minggu walhal kahwin baru 3 minggu. So, jururawat kat sana terangkan. Usia kandungan dikira dari 1st day period. So, oleh kerana 2 mggu sebelum kawin aku dah period jadi 2 mggu + 3 minggu = 5minggu la. Heheheh. Ouh begitu rupanyaaaaa~~~

Berita gembira tu kami kongsikan dengan semua orang termasuk keluarga aku kat keningau. Sebab aku tau dorang dah naik risau keadaan aku pasal aku jatuh pengsan ari tu. Keluarga aku juga meyambut berita itu dengan lega hati dan gembira. Alhamdulillah. Mama aku dapat 2 cucu sekaligus sebab adik aku pun pregnant juga. Heheheh..

Di bawah gambar ni adalah UPT yang aku beli kali kedua dengan harga yang murah RM6 je. Aku suh suami beli sebab aku nak tengok sendiri keputusan pregnant. Hari tu masa kat hospital, aku tak dapat tengok. Oooh yaa, untuk melakukan ujian UPT, seelok2nya buat waktu pagi selepas bangun dari tidur. Kajian mengatakan bahawa, air kencing waktu sangat pekat dan mudah detect HG dalam air kencing. Patutlah, sebelum ni aku buat waktu petang so dats why lambat detect. Dan akhirnya, keputusannya aku dah nampak dua line merah. Laju je benda tu bergerak…hehehe jeng jeng jeng~~~~ 
dari jarak dekat..nampak dua line?

jarak jauh...yeaaahhh dah keluar dah dua line!


 InsyaAllah...akan aku jaga kandungan ini dengan sebaik2nya......ini anugerah dan hadiah ternilai yang Allah bagi..Alhamdulillah......

Sang suami dah mula sibuk nak menjaga si isteri yang dah preggy!! hehehe~~


Thursday, April 4, 2013

Dia Imamku~

~Majlis Pernikahan Kami~

Wahai Imamku,
Andai mampu diumpama
hadirmu ibarat apa?
sejuknya embun diterpa mentari
lebih sejuk tutur bicaramu damaikan hati
bila air mampu legakan dahaga
kesabaranmu lebih melegakan jiwa

Wahai Imamku,
Kala aku terluka
kala pipi berlinang airmata
kau ajarkan padaku membentang hati seluas samudera
setiap waktu
dengan senyummu
kau beritahu
bahawa esok masih ada masa yang lebih bermakna

Dulu
aku ibarat bunga yang layu
menatap kedepan tanpa harapan
menggenggam impian tak berhaluan
dari hati ke hati
tulusmu mengajar aku meniti kehidupan yang pasti
kembali tegar menghadapi cabaran

 Wahai Imamku,
Aku merindumu dalam nyata
aku menjaga wangi cinta yang kau bawa
meski tak seputih awan
meski tak seindah jingga memberi kehangatan
kuhulur kedua tangan
menantimu datang membawaku kedalam mahligai keabadian

Satu Cinta
kutak ingin mencari yang lainnya

Satu Nama
Yang selalu kujaga sampai bersua

Satu Hati
telah membawaku menepi untuk kau sunting jadikan isteri


Jue: 29032013....penyatu dua jiwa....Alhamdulillah..Terima Kasih Allah...

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...