Aduh, ada orang kata senyuman aku adalah senyuman palsu. Senyuman
penuh dengan kepura-puraan. Aku mengeluh dan Cuma balas dengan satu soalan
sahaja.
“kamu tinggal dalam hati aku ke?”
Hati ini mula penuh dengan kasih sayang..yang penting aku
sedang merasa nikmat kebahagiaan. Mustahil senyuman aku adalah palsu di kala
ini…
Hari2 aku bersama dengan suami aku, hati banyak bahagia tau….
Hari2 aku merasa gerakan dalam rahim aku, bertambah bahagia
aku….
Hari2 aku berdoa moga suami dan anak dalam perut ini hidup
dengan penuh kesihatan dan kesenangan...
Bagaimana aku bisa mencetuskan senyuman palsu…???
Wajah aku sememangnya sudah tidak ada seri (inikan penarikan
budak yang dikandung?)…bukan bermakna hidup aku tidak berseri…adeh….
Malah aku kini tidak sabar menunggu kelahiran sang anak….Mudahan2
segalanya berjalan dengan lancar dan selamat..InsyaAllah…
*Bah..itu jak…bye~