Followers

Saturday, September 6, 2014

join class penyusuan

Assallamualaikum wbt...

Penat ari ni sbb seharian tinggalkan medina gara2 nak join sangat seminar penyusuan ibu tanpa supplement. But syukur sangat sebab ada waleed dan neneknya menjaga. 

Kenapa aku join seminar ni?

Sebelum ni aku bnyk baca tentang ilmu2 penyusuan melalui buku, artikel,internet dan sebagainya tapi bagi aku banyak bezanya kalau kita sendiri yang turun padang dan mendengar ilmu tu dari orang2 pakar,expert dan mentor. Sebab mereka berbicara dan berkongsi ilmu dari pengalaman dan perjuangan mereka sendiri. Lebih2 lagi, kita juga dapat berkongsi dari peserta2 lain dan bertukar pendapat serta idea. Memang seronok sangat sebab selain dapat jumpa mentor tu (selama ni follow die kat fb je) kita dapat berjumpa peserta atau mommies yang lain dan berkawan dengan mereka.

MasyaAllah, terlalu banyak ilmu yang dapat aku praktikkan tentang penyusuan ni..di samping di ajar cara mmperbanyakkan susu tanpa supplement atau milkbooster,kami juga di ajar cara menggunakan pam susu dengan betul..haaaa...selama ni aku main pam2 je tau tapi xtau lah pula ada cara nak gunakkan pam tu utk dapatkan lebih banyak susu..memang xrugi wei...

Disebabkan susu aku semakin lama semakin merudum,aku tekad nak join seminar susu ni...aku nak tau apa masalah aku yg sebenarnya..yelah jadual pam dah buat,deman v supply sah2 dah sentiasa buat tpi satu je masalah aku..aku xjaga pemakanan...

Jadual pemakanan aku yang tak teratur

Dulu, aku makan set penyusuan produk shaklee..ala,yang femes gile tu...yang mahal sgt2 tu..hehehe...memang betul shaklee byk membantu susu aku jadi banyak tapi larat ke kau asyik nak membeli esp tu tiap bulan dengan ekonomi keluarga yang makin lama makin mencengkam dada kau jadi sempit dan senak?..heheh..terlebih pula aku neh..yup, dats y lah aku stop makan shaklee..memang ketara sangat susu jadi drop lepas x makan shaklee tu..tapi aku still pam dan df medina,alhamdulillah susu still in going..

Yang menyebabkan makan tak teratur adalaah, hidup dalam ekonomi yang kejap ok dan kejap x ok...hahhaaa nampak x kejadian die? Tak faham ye? Okay aku explain, kadang2 bila kau ada duit dan anak, apa kau fikir dulu? Mesti keperluan anak kan? Selepas tolak bahagi campur darab bagai,duit yang kau ada hanya tggal utk beli minyak kereta pergi keja dan balik rumah dan utk keperluan penting...lepas tu bila kau dah tinggal ngan mertua,ko tak boleh fikir ko tinggal free tau,ko kena sedar sikit diri ko tu cuma menumpang,jadi keluarlah duit utk beli barang2 dalam rumah tu..tapi dengn keizinan suamilah kan....terpulang...

Eh pe kaitannye plak psl ni? Adelah sikit....hehheee

Soo...bila  ko nak beli makanan2 yang kau nakk, pun rasa terbantut tau...kadang2 kaalau aku beli something yang aku fikir benda tu memang betul2 aku tak dapat kongsi ngan suma orang, suami akan suh simpan dan sembunyikaan dalam bilik..hahhahaha...logik x? Betull....kalau x,kau simpan dalam peti ais atau kabinet dapur,confirm besok dah habis atau dah xde tetiba...yelah ,kalu kau dah tinggal serumah dengan ipar duai dan anak buah2 yang jenis makan semua orang punya,mmg tak sampai seminggu kau nak ikut jadual pemakanan kau dengan betul...terpaksa la kau nak membeli semula benda tu ,padahal duit yg lain kau dah plan nak beli yang lain pula kan?

Tulah tekad hati nakk cari rumah sendiri...bilalah ye?

Mungkin kalu u olls baca maslah aku ni macam mengarut jer kan?tpi kalu u olls berada di tempat aku,fahaamla tu nanti..so korang jangan nak menghentam pula kat sini....oppss...

So dats y,bila aku dah tau pemakanan apa yang boleh membantu banyakkan susu,aku beli secara perlahan2..dan simpan...suami lah yang banyak membantu tau..thanks sayang...

Banyak tips2 yang boleh kita buat utk banyakkan susu,antaranya benda yang kita makan tu sendiri...seperti apa?haaaa yang tu aku akan kongsikan dalan entry akan dtg...xlarat nak bebel banyak2 sini...penat belum hilang..


Okay medina dah bangun minta susu..  chow..

Ummi medina
Sabtu
10malam.

Terima kasih yang amat kepada mentor penyusun ibu tanpa supplement,puan asiah yang sudi datang dari jauh kerana ingin berkongsi ilmu dengan kami....