Wednesday, May 6, 2015

LittlePenyu: 1st spa baby in Sabah

Assallamualaikum....

Entry kali ni nak throwback cerita masa kitaorang bawa medina mandi spa kat Little Penyu pada 2hb & 8hb february ari tu..just nak share dengan korang pasal satu2 nya 1st spa baby kat Sabah. Haaa..ingat orang dewasa je ada spa, baby pun ada tau. .ari tu ada 4 5 orang jgk kawan2 mommies kat luar sana yang tanya best ke tak tempat tu..mcm mana nak buat appointment..brp kena bayar...dan..dan....heheheh.... satu2 aku kena jawab..

Actually aku tau tempat tu kebetulan je..time tu we all bawa medina pegi shopping kat kedai baby wonderland. Masa nak balik tu la aku nampak banner little penyu. Cuma dorang belum open lagi..baru nak launching to public hujung bulan january ari tu.. Dari situ la aku dapatkan maklumat pasal  dorang kat their fb. Sebagai ibu, op kos aku sangat excited nak bawa medina mandi pool. lagipun this is very nice place untuk kita nak habiskan masa with our parent, terutamanya dengan husband dan anak. Lagi teruja sebab bila ada little penyu ni, terlepaslah kempunan nak bawa medina pegi ke tempat2 mcm ni. Sebab sebelum ni aku pernah gak usha2 kat hippopobaby spa kat semnanjung tu. Tapi agak2 la kan klu aku nak beli tiket flight semata2 nak pegi sana. Huhuhu...

So lepas husband mesej untuk buat appoinment with the little penyu by messege fb, kitaorg set date on 2hb feb ari ahad sebelah petang...ngam2 pula aku dapat bonus tahunan kan, lagi ar senang hati. We all pilih pakej single visit rm48 for 20-30 minit. Dah kebetulan pula little penyu tu baru buka dan tengah buat promosi buy 1 free 1 utk 200 org, so kitaorg pun dapatla.rezeki lgi.syukur. Dats y la kitaorg pegi lagi 8hb tu untuk free session. Hah, da menjawab persoalan tak kenapa kitaorng pegi lagi kali ke 2? Sebab ari tu ada sorng member tanya, best sgt ke smpi 2x pegi..dah dapat free, pegi jela kan?


Kalau korang nak tau, little penyu ni ada buat swim + baby massage! Actually bawa medina ni nak bagi dia berani masuk pool dan exercise dalam air..


Little Penyu ni bukak pukul 10.30 a.m. sampai 5pm (weekdayd) dan 9.30am- 5pm (weekends). kitaorang datang time weekend, kalau weekend sure penuh sebab ramai set appointment bila weekend. Kalau korang nak pegi time weekend, make sure call set appointment 3 days before atau lebih awal lagi ok! Sebab dengar cite, kene tunggu turn kalau ramai sangat. So, kira untung la jugak pegi time weekday sebab tak ramai orang. hehe. Takdelah rushing-rushing and rasa macam buat rumah sendiri pon ada! hehe.


tempat ni tak besar tapi suasananye memang best..ade tempat santai..maybe sesuaila untuk para suami yang menunggu...ade juga ruang untung breastfeeding.. hehehhe...

Ruang pintu masuk

ruang tukar lampin untuk baby


ruang dekorasi dalaman




ruang deko bahagian depan

para staff yang sporting


teringin juga nak tgk medina berenang dalam ni tapi yang ni for baby yang bawah setahun 

ada 3 bijik je but nice


dinding yang memisahkan ruang kaunter dan ruang spa


kat sini boleh lepaking ..especially tuk suami..hahaha

ada juga ruang bacaan

ruang untuk warming up dan massage baby



ni lah ruang untuk breastfeeding..simple tapi selesa jgk la...




Ok mula-mula sebelum Medina nak bawak mandi dalam kolam dia tu, kena main-main dengan mood dia dulu. kasi dia warm up dulu. So, staff dekat Little Penyu Spa ni pandai jugak dia attract Medina dengan main-main dengan dia dulu. tapi Medina ni tak pandai duduk diam, asyik bergerak ke sana ke mari...nak pegang pun dia xnak..nak mengejar bola kononnya...sabar jo laa..
kita warm up dulu yee
             
Lepas dah setel main-main dengan Medina, sebelum mandi staff baby spa ni dia ajar mcm mana nak streching kan kaki baby  dulu supaya tak terkezuttt masuk kolam nanti. hihi ! Nampak muka Medina tu, muka macam redha dan pasrah je. amboi macam layan puteri tau.. ummi dulu kecik-kecik pon atok nenek tak bawak pegi spa pun. mandi sungai pun x bagi...huhu

Maka, siap sedialah si aktif  ni dengan muka pasrahnya sebab Ummi dia nak masukkan dia dalam air!! hehee. Salin semua baju, diorang pakaikan pampers renang diorang untuk bawak masuk dalam kolam. Yelah, kot-kot terkencing ke terberak ke, habis berkeladak air.haha. Nasib Medina tak berak :P

And tadaaaaa!!! biar gambar yang berbicara...hehe! 



Pelampung tak payah bawak, kat sana dah sediakan :)
Cuma korang kena bawak pampers siap2, tapi pampers tu kita gunakan masa nak balik la kot. Sebab masa nak mandi, diorang pakaikan pampers (swim diapers) diorang sendiri.

 Ok kalau nak tau, masa dalam kolam ni selama 20-30 minit tauu :) Tapi rasanya aku macam amik 20minit sebab tengok Medina macam dah penat. 

Eh lupa nak cakap, air dalam ni tak sejuk pon tau. Suam-suam je, boleh buat baby mengantok-ngantok nak tido sebab dia rasa tenang. Rasanya seingat aku, dorang ada cakap suhu air tu 36 drjh celcius. 

tq Little Penyu atas layanan ari tu. InshaAllah pasti akan datang lagi bawak baby (next baby..insyaAllah)hehehehe.

Bagi yang nak tau berapa bayaran kena buat, only RM 48 per session include swim for 20-30 minutes + warm up. rasanya sejam setengah jugak dok dalam baby spa ni tadi :) Memang rasa sangat berbaloi tauu! ada juga pakej lain yang diorang tawarkan..

korang leh tengok kat FB dorang la LITTLE PENYU !

atau IG @LITTLEPENYU

Untuk full address, boleh check dekat sini.

Address :Metrotown , Block J, 1st Floor (opposite Lucy's Kitchen)
Kota Kinabalu Sabah

Operation Hours : 10.30 a.m.- 5 p.m. (Monday-Friday)
9.30 a.m. - 5 p.m. (Saturday)

Mommies and daddies, remember to spend quality time to your little ones ok! 




DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...