Friday, February 13, 2015

QASEH GOLD JUNIOR untuk MEDINA


Dulu, sebelum saya berikan anak saya Qaseh Gold Junior, saya sentiasa risau apabila anak saya terkena jangkitan selsema dan batuk2 apatah lagi demam. Jujur saya katakan, sekiranya sakitnya semakin teruk saya terpaksa memberikannya ubat dari klinik atau hospital walaupun saya tau anak2 berumur kurang 2 tahun tidak patut diberikan ubat-ubatan. lebih2 lagi saya kasihan melihat anak sesak nafas dan tidak dapat tidur disebabkan hidung tersumbat. saya sebagai ibu yang mesti bangun pagi2 untuk keluar bekerja, terpaksa berjaga malam demi menjaga anak yang asyik menangis disebabkan batuk dan selesama. Pada masa itu, kesabaran dan air mata yang mengalir saja menjadi kekuatan saya untuk terus bertahan.


Alhamdulillah, selepas saya mengamalkan Qaseh Gold Junior, kini saya tak perlu risau lagi. Qaseh Gold Junior membantu mengurangkan batuk berkahak dan mengeringkan selesema dengan cepat. dan itu yang terjadi kepada anak saya. Syukur. saya sebenarnya tidak akan berani memberi testimoni sendiri selagi belum mencubanya. Namun selepas 2 bulan saya mengamalkan Qaseh Junior kepada anak saya setiap hari sebelum sarapan dan sebelum tidur, saya mula yakin dengan Junior itu sendiri, dan entry kali ini saya fokuskan pada Qaseh Gold Junior sahaja.

MODEL QASEH JUNIOR : RAUDHAH EL MEDINAN (anak saya)


selain daripada itu, anak saya semakin bijak dan ianya sangat ketara. walaupun belum stabil berjalan sendiri, saya melihat perubahan pada cara dia memahami keadaan sekeliling, cara berfikir dan tingkah laku. saya tak pasti adakah itu disebabkan amalan pemakanan sunnah Qaseh Gold Junior atau pun ke'normal'an pembesaran anak2 zaman sekarang.namun saya bercakap atas naluri seorang ibu bahawa mungkin sebab dia mendapat 1001 khasiat pemakanan sunnah yang terdapat dalam satu botol junior? kita cuma berikhtiar selebihnya doa dan tawakal pada Allah s.w.t.....wallahualam,,,,,


Bila anak saya sembelit, saya bagi Junior saja...sebab saya tau KURMA, BAYAM, PEGAGA dan MADU adalah salah satu penyumbang serat yang boleh mengubati sembelit dan baik untuk sistem penghadaman. contohnya, pagi tu saya dapati anak saya sembelit, saya bagi dia makan Junior. sampai waktu petang, saya tengok poo poo dia dah okay..


Dan juga apa yang saya perhatikan anak saya amat fokus pada sesuatu yang dia minat, jadi saya rasa KISMIS dan GINKO menyumbangkan khasiatnya untuk menjadikan minda anak saya fokus pada sesuatu benda serta cepat ingat. Anak saya memang seorang yang jenis badan kurus tapi bukan bermakna dia tidak sihat. Anak saya tetap aktif, kuat dan cergas walaupun kadang2 agak kuat menangis. dan saya yakin bahan2 Junior seperti ZA'FARAN, ZAITUN, TIIN DAN HABBATTUSSAUDA membantu menguatkan sistem imunisasinya. Sebab itu, walaupun dia demam, dia tetap aktif.

pernah mertua saya tegur, anak saya kurang selera makan dan kadang2 tidak mahu makan langsung. sehinggakan mertua saya hampir ragu2 dengan Junior. Kenapa anak saya begitu sedangkan Junior membantu anak2 tambah selera makan. jadi kebetulan hujung minggu itu memang saya yang jaga anak saya sebab selama saya bekerja, mertua saya yang jaga dia. saya, suami dan anak keluar ke servis kereta untuk beli dan ganti break kereta. sambil menunggu, kami makan di Restaurant Nasi Ayam Juara, Tuaran. kami order 2 set nasi ayam dan mix hati pedal ayam masak steam kicap. saya minta pelayan bagi kami piring kosong untuk anak saya. kemudian, saya bagi dia sedikit nasi dan ayam serta kuah sedikit dalam piring tu. Tau tak apa yang berlaku? anak saya makan dengan cukup selera dan banyak. Sambil saya menyuap, sambil tangan dia sendiri amik nasi tu.bayangkan betapa gembiranya saya melihat anak selera makan. sejak itu saya perhatikan, kalu saya yang jaga pemakanan anak saya, selera dia tetap bagus dengan syarat resepi makanan kena berubah dan jangn makan benda yang sama. yalah, Cuba kamu diberi makan nasi putih saja setiap hari? mesti kamu mahu makan benda yang lain kan? apatah lagi anak2 setahun yang nak membesar, semua jenis makanan dia nak rasa. itulah yang kadang2 merisaukan kan saya kalu anak saya bukan di bawah jagaan saya. so kesimpulannya, bukan salah JUNIOR malah saya rasa JUNIOR la yang membantu anak saya bertambah selera makan.Ini bermakna salah kami yang tak bagi dia makan dengan cara yang betul.

dan sekarang, saya tetap teruskan Junior untuk anak saya. apa saya cuba ceritakan di sini adalah niat untuk berkongsi 1001 khasiat Qaseh Gold Junior untuk ibu2 di luar sana. Apa-apa benda atau perkara yang baik, saya rasa saya patut berkongsi pada semua orang. Betul kan?

itu saja dari saya. TERIMA QASEH Junior.







DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...