Showing posts with label Cinta Is Love. Show all posts
Showing posts with label Cinta Is Love. Show all posts

Sunday, March 30, 2014

Our 1st Anniversary remembering~

Sebenarnya semalam bertarikh 29th March 2014 adalah hari anniversary aku dan hasben…lama jugak aku terfikir..perlu tak nak kena update dalam blog ini juga? So, fikir punya fikir..akhirnya aku tekad juga nak buat entri pasal ini…

Tapi yang lucunya, pada semalam kami bertolak ke Sipitang sebab nak menghadiri perkahwinan sepupu hasben..majlis belah lelaki…sebab belah pempuan tak sempat pegi…jadi janji punya pasal..kami kena pergilah..heheheheh..so sambut anniversary dalam diam jerlah kan..kami tak sempat nak buat apa2..Cuma dah plan dalam otak, aku nak buat satu dinner between aku, hasben dan medina jer…mungkin kasi postpone sebulan la kot.. jadi, entry ni simple jer la..nanti kalau plan tu jadi..aku update lebih detail nanti..k?

tapi apapun…yeahhh…selamat hari ulang tahun perkahwinan yang pertama buat aku dan hasben..semoga cinta kita berkekalan hingga ke syurga..insyaAllah..Amiin… 

so throwback pic lama je la kannn..lalalalalala~~

Nikah Day

Malam Berinai
Bersanding
Inilah Hasilnya~~~ hehehe

Friday, October 25, 2013

Rindu DIA

Hujan sudah berhari-hari turun mencurah....
siang atau malam, tak kira waktu..
Aku suka hujan...dan Dia juga suka hujan (dulu)...
Aku harap dia masih suka hujan (sekarang)...

hampir seminggu hujan turun, aku masih rasa sunyi...
selebat manapun bunyi hujan membingit telinga, tetap rasa gelisah...
apa yang pasti, aku merindui dia...
dalam hati menangis kerinduan...
hanya senyuman di bibir menyembunyikan resah di jiwa...

semalam, dia sudah di depan mata...
Alhamdulillah...kepulangannya memang dinanti-nanti...
doaku supaya dia selamat pergi dan balik dimakbulkan Tuhan..Syukur..
senyuman dan ciumannya bisa membuatku terharu...kerna aku tau dia juga merinduiku...
tangisan dalam hati berubah riang....

malam tadi, lenaku terganggu...pelukan dari arah belakang menghangatkanku....
senyumaku terukir...ya aku rindu pelukan ini...
ku berpaling, melihat dan menatap wajahnya....
ini dia orang yang ku sayang, kucintai sepenuh jiwa...
matanya tertutup rapat..penat agaknya...namun masih memelukku...
tidurlah sayang...letih agaknya mencari rezeki...

Ya...DIA itu suamiku....selamat kembali Sayang...

JUE: Seminggu suami tiada di sisi sudah menyesakkan jiwa, apatah lagi lebih dari itu?



Thursday, August 1, 2013

Tercipta untuk Aku

Dia yang dicipta untuk ku..
Dia yang diberi tugas untuk memberi cinta untuk aku..
Dia yang dipertanggungjawabkan meluruskan jalan bengkok aku...
Dia yang segalanya~~~

Senyumannya, ciumannya, belaiannya....
bagai hilang segala himpitan hidup...
bagai terbang segala debu kekusutan...
bagai jantung yang bernafas semula...

kehadirannya di sisi dinanti-nanti...
ketiadaannya dicari-cari...
hendak berpisah walau sejarak inci, 
hati sudah bertaut rindu...

Duhai Suamiku yang amat disayangi...
menyintaimu lillahitaala...
kerna syurgaku adalah dari syurgamu....
Terima Kasih Allah..Atas Anugerah Insan ini...
sesungguhnya aku amat menyintainya-

~NizhamulHayat~

Thursday, April 4, 2013

Dia Imamku~

~Majlis Pernikahan Kami~

Wahai Imamku,
Andai mampu diumpama
hadirmu ibarat apa?
sejuknya embun diterpa mentari
lebih sejuk tutur bicaramu damaikan hati
bila air mampu legakan dahaga
kesabaranmu lebih melegakan jiwa

Wahai Imamku,
Kala aku terluka
kala pipi berlinang airmata
kau ajarkan padaku membentang hati seluas samudera
setiap waktu
dengan senyummu
kau beritahu
bahawa esok masih ada masa yang lebih bermakna

Dulu
aku ibarat bunga yang layu
menatap kedepan tanpa harapan
menggenggam impian tak berhaluan
dari hati ke hati
tulusmu mengajar aku meniti kehidupan yang pasti
kembali tegar menghadapi cabaran

 Wahai Imamku,
Aku merindumu dalam nyata
aku menjaga wangi cinta yang kau bawa
meski tak seputih awan
meski tak seindah jingga memberi kehangatan
kuhulur kedua tangan
menantimu datang membawaku kedalam mahligai keabadian

Satu Cinta
kutak ingin mencari yang lainnya

Satu Nama
Yang selalu kujaga sampai bersua

Satu Hati
telah membawaku menepi untuk kau sunting jadikan isteri


Jue: 29032013....penyatu dua jiwa....Alhamdulillah..Terima Kasih Allah...

Wednesday, December 26, 2012

Tetap Sudah

Alhamdulillah...Ada sedikit pengumuman penting di sini. Sape2 yang tukang reader blog aku tentulah dia di antara kalangan orang-orang yang tahu awal. hehehe...Hari Isnin baru2 ini (24.12.12) yang lalu, keluarga pihak lelaki sudah pun menghantar berian/wang hantaran kepada keluarga aku di Keningau. Atas kata sepakat semua orang dan kedua belah pihak, maka tarikh perkahwinan aku jatuh pada:

             22hb Mac 2013 (Nikah dan Malam Berinai)
                    23hb Mac 2013 (Bersanding dan Jamuan makan)

Maka bermulalah pencarian mak2 andam sekalian dan persediaan perkahwinan. (keje dah makin bertambah nampaknya) hehehe...Kad Jemputan dan invitation akan mula diedarkan dan dihebohkan pada bulan February nanti..siapa2 yang nak kad jemputan, sila bagi alamat kat aku ok?Doakan kebahagian kami yer...semoga majlis itu berjalan dengan lancar. Amin Ya Rabbal alamin....

Wednesday, December 12, 2012

KAH sudah WIN.

Assallamualaikum......

Entry kali ini aku tak nak cakap panjang-panjang...sekadar nak update peristiwa hidup aku jerk..lagipun macam cute jerk aku update blog ari ni sebab ari ni date sangatlah cantik....12.12.12 nice kan?
12.Dcember.2012

Lately ni, aku sibuk dengan kes-kes aku dengan client, persiapan perkahwinan adik aku dan persediaan perkahwinan aku tahun depan, lebih-lebih lagi, hujung2 tahun ni memang banyak perkara nak setel habis.sebab itulah aku tak dapat nak update blog setiap hari. 

Esok pagi aku dan Incik Tunang akan bertolak ke Keningau (Balik Kampung) untuk menolong keluarga aku menyiapkan majlis kahwin adik aku. Keluarga tunang aku akan datang kemudian (hari jumaat) nanti.. Eh? terkezuuuttt??? hehehe...yes, semua orang tanya kenapa adik aku kahwin dulu dari aku? kenapa tak buat sama2 jer? *senyum*

itu maknanya jodoh adik aku awal dari aku kan? rezeki masing2, nape nak kecoh pula?hahaha..btw, jangan risau,InsyaAllah, giliran aku pun tak lama lagi.Hujung bulan ni, aku dan incik tunang nak ambil kursus kahwin kat Wisma Muis nanti. InsyaAllah 29hb & 30hb nanti kami pergilah. Dan bulan Januari depan,aku dah nak tempah kad kahwin.Mudah-Mudahan segalanya berjalan dengan lancar. Yang penting sekarang, setelkan dulu majlis kahwin adik aku ni.

"YA ALLAH, KAU permudahkanlah segala perancangan. Amin Ya Rabbil Alamin."

ok, sempena 12.12.12 yang cantik ini, kepada mereka-mereka yang melansungkan pertunangan dan perkahwinan pada tahun ini, aku ucapkan sejuta tahniah dan semoga kekal hingga ke akhir HAYAT ea? perkahwinan adalah masa yang panjang untuk dua insan yang mahu hidup bersama, oleh itu nikmati bahtera anda dengan berlandaskan iman dan taqwa,InsyaAllah, berkat semuanya.

"Ya Allah, Kau Permudahkanlah Majlis Perkahwinan adik aku. Amin"
dan, kepada mereka yang tidak kekal perkahwinannya, aisehmen....cubalah untuk cari penyelesaian masalah perkahwinan kamu dengan sebaik-baiknya. Jangan menyesal di kemudian hari pula. Kalau tak selesai2 jugak, SILA BERJUMPA dengan SAYA, Peguam Syarie anda yang sedia untuk berkhidmat.---> ((Alahai sempat promote diri sendiri lagi. Kalau ikutkan etika Peguam syarie, tak blh sebenarnya ni.)) *hahahahahaha*


JUE: Aku akan update entry seterusnya selepas adik aku kahwin ok? nanti aku upload gambar2 die. Have A Fun everybody...see u soon!!! daaaaaaa... ^_^v 
Lot of

Tuesday, November 20, 2012

Pernahkah Kau Terfikir?

pernahkah kau terfikir bagaimana indahnya pertemuan kita?
tuntutan hidup manusia adalah berbeza..
seorang arah kanan dan aseorang arah kiri..
yang seorang dengan bidang kerjanya yang ke hulu ke hillir,
yang seorang lagi dengan bidang kerjanya yang hanya tahu duduk menghadap skrin teknologi...
  yang samanya, mereka berdua tidak terlepas dari tekanan kerja.

mereka berdua adalah manusia..manusia yang diciptakan bersama,
akan tetapi masing-masing ada keunikan dan  kelebihannya sendiri,
yang seorang baik paras rupanya, tinggi pekertinya,
yang seorang indah wajahnya, santun jiwanya,
namun siapa tahu, hati-hati mereka kan bertaut?

bertemu di saat hati mereka rawan,
berkongsi rasa, saling menyempurna,
bicara ketawa kembali mengukir, hati yang walang semakin hilang,
kini tiba masanya, hati mereka makin bersatu,
niat untuk menerima seadanya mereka.

Kerja Tuhan memang indah,
Kerja Tuhan cantik hasilnya,
Tetapi Kerja Tuhan tiada siapa yang tahu,
Pernahkah kau terfikir?

jue: hidup aku tidaklah seindah warna warni, tapi aku suka dengan percikan warnanya, PERCIKAN PELANGI.. ♥

Thursday, November 8, 2012

♥ Air milo dan air laici ♥



p/s: Hari ini AKU bertukar menjadi SAYA. Terasa seperti seorang gadis ayu kalau berbahasakan saya ini. sudah lama tidak menggunakan kata ganti nama itu. lagipun aku mahu berjiwang kejap.*ketawa*

Saya sentiasa mahu kelihatan sempurna di depan awak. Ya. Memang sejak mula-mula saya kenal dengan awak, saya sudah rasa seperti itu.
Awak suka minum milo, saya suka minum air laici.
Dan tiba-tiba awak campurkan air laici itu dengan air milo. Gaul hingga sebati.
Rasanya….waaah sedapnya Air milo laici!!

“sedapnya…!!”

 “Itu milo dan ini laici, bila keduanya dicampurkan, rasanya bertambah enak”
“Begitulah awak dan saya dan begitu juga dengan perkahwinan kita,  saya harapkan perkahwinan ini juga bahagia…bahagia seperti menikmati air tadi”

“InsyaAllah, terima Kasih Awak”

Saya gelar awak si milo sehingga saya simpan nama awak dalam telefon bimbit saya sebagai Encik Milo. Sejak itu, saya suka minum air milo laici. Bila saya ingat awak, saya akan beli milo dan satu tin laici.
Kini, awak masih minum milo tetapi awak sudah kurang minum air laici. Biasanya, setiap kali awak mahu minum, awak akan minta keduanya sekali.  Kenapa?

“kenapa tidak campur air laici?”
“saya mahu minum air milo saja”
“Tetapi, bukankah awak selalu campurkan keduanya sekali?”
“itu yang saya risaukan”
Angkat #kekening
“Sebab awak juga tidak minum air laici lagi”
“Awak begitu sayangkan saya?”
“ya.Sangat sayang”
“Sebab awak sayang saya lah saya tidak minum air laici lagi”
“kenapa”
“SAYANG AWAK SUDAH LEBIH MANIS DAN ENAK DARI AIR LAICI

jue: sedang menghitung hari untuk disatukan. Bersiap sedia untuk menjadi seorang Hawa untuk Adamnya. Bila-bila saja dugaan akan menimpa, namun yang pasti Allah sentiasa membantu Hambanya untuk membuat kebaikan. InsyaAllah. Amin Ya Robb. ♥

Wednesday, June 6, 2012


Hanya Tuhan Yang Tahu, Betapa Aku Sayang Insan Ini...........
Hanya Tuhan Saja Yang Tahu, betapa aku bahagia bersama dengannya...
Hanya Tuhan Saja Yang Tahu, betapa bersyukurnya aku atas anugerah ini...
Hanya Tuhan Saja Yang Tahu, betapa aku gembira melihat senyumannya....
Dan,Hanya Tuhan saja Yang Tahu, Betapa Aku ingin bersama dengannya buat selama-lama......

Saturday, April 21, 2012

Pernah~



(✿◠‿◠)saya pernah SETIA,
tapi DIDUAKAN..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah PERCAYA,
tapi DIKHIANATI..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah MENCINTAI,
tapi DISAKITI..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah MEMILIKI,
tapi akhirnya KEHILANGAN..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah JUJUR,
tapi DITIPU..(╯︵╰,)

(✿◠‿◠)saya pernah BERHARAP,
tapi harapan tu cuma SIA-SIA..(╯︵╰,)

- Lebih baik menunggu orang yang tepat daripada
menghabiskan waktu dengan orang yang salah

Monday, April 2, 2012

sebab awak...!

-juejajejarindah-

sebab 'awak, saya dah lupakan 'dia'..
bagaimana dengan 'awak'?

sebab 'awak,' saya lupakan cinta 'dia'..
bagaimana dengan 'awak'?

sebab 'awak', saya hilangkan rasa-rasa indah terhadap 'dia'..
bagaimana dengan 'awak'?

sebab 'awak', saya menjauhi 'dia'..
bagaimana dengan 'awak'?


demi awak, saya rela berkorban..
bagaimana dengan awak?

demi awak, saya sanggup buat apa saja..
bagaimana dengan awak?

demi awak, saya sanggup dikatakan 'jual mahal'..
bagaimana dengan awak?

lihat? nampak sangat saya lebih sayangkan awak, dari awak sayangkan saya...
nampak tak? betapa cinta saya lebih banyak dari awak cintakan saya...
jelas bukan? setia saya lebih dalam dari setia awak...

Tapi bagaimana dengan awak??????

Friday, March 30, 2012

-CINTA ini adalah TAKDIRku-



Detik aku di’iktiraf’kan sebagai TUNANGAN orang pada 10 September 2011 bersamaan 12 Syawal 1432H yang jatuh pada hari sabtu di tempat kediamanku, Kg. Bayangan Keningau adalah merupakan momenta yang tak mungkin aku lupakan. Hari itu bukan hanya setakat aku dan dia diikat tetapi juga menghubungkan sillaturahim antara dua keluarga. Saat cincin bersalut emas dan perak disarungkan ke jari manisku, waktu itu aku mula sedar, aku sudah melangkah ke fasa pertama dunia perkahwinan.

Pertunangan atau dalam bahasa ARAB iaitu KHITBAH adalah merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan di dalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing2 dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing2 ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia dan di masa inilah kita mula mengenal hati budi dan nilai diri pasangan masing-masing.

Aku hanya memanggil saudara-saudara dan kawan-kawan terdekat untuk datang meraihkan majlis itu. Majlis yang sederhana.NIAT kami cuma satu…sebelum bertunang, aku dan dia tidak mahu menghebahkan perihal pertunangan kami. Melainkan apabila di tanya, InsyaAllah kami akan jawab dengan jujur (kadang-kadang kami berputar belit..hahaha)

Sebenarnya,pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan sangat. Cukuplah ala kadar. Lucu juga aku apabila ditanya oleh kawan-kawan yang tak tahu pasal pertunangan aku itu kehairanan melihat aku bergambar dengan seorang lelaki (dalam FB, bukan gambar semasa bertunang) sedangkan sebelum ni mereka susah untuk melihat aku begitu. Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”

(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Perlu diingatkan juga, pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam beberapa kitab yang membincangkan tentang KHITBAH ini. (Tapi aku tak ingat nama kitab tu)

Aku sendiri tidak menyangka bahawa, aku ditakdirkan bertunang dengan dia, yang aku kira sangat beruntung kerana dapat mengenalinya seadanya. Dialah bakal IMAMku, Dialah PEMIMPINku, Dialah Bapa kepada anakku (kahwin nantilah), Dialah Sahabat,Teman dan kekasihku…dan aku CINTA Dia…AllahuAkbar…Allah berkuasa segalanya2..Alhamdulillah syukur~ Terima kasih atas anugerah CINTA ini lagi, moga kali ini adalah kekal selamanya.

Aku harap, hubungan fasa pertama perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke syurga (InsyaAllah) kerana aku inginkan sebuah perkahwinan yang diberkati Allah S.W.T, kerana itu juga suami merupakan salah satu kunci untuk kita (muslimah) memasuki syurga.

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

P/s: Ya Allah..Moga Aku Berubah ke Arah ini

Kita juga mengimpikan anak soleh dan solehah penyejuk mata.Maka dari permulaannya lagilah perlu kita jaga.

Mungkin ada yang akan bercakap, "Mudahlah awk berkata-kata, awak masih belum diuji, tunggulah nanti."

Mungkin aku belum diuji, mungkin aku pula akan kalah nanti, tetapi aku sedang persiapkan diri. Untuk menjadi seorang Isteri Solehah pada suamiku.InsyaAllah.

Doakan moga JODOH dan REZEKI kami perpanjangan. Dan mohon ampun pada mereka yang rasa terkilan atas ikatan ini. Semoga Allah merahmati kalian. AMIN.

p/s: Cinta Ini adalah Takdirku. Thanks ALLAH. Harapan Kami,Moga dapat berbulan madu di Tanah Suci Mekah. Ya Khatibi, Ana Uhibbuka illal abada wa lillahitaala.(huhuhu…dah lama tak bercakap bahasa ARAB) J

Tuesday, March 13, 2012

Cintaku Padamu Tanpa Sebab


“Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu. Ia boleh dirasai dalam hati..”

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...