Monday, November 19, 2012

"Hidup adalah pilihan kita. Cari kekuatan untuk diwarnakan seindahnya ♥

Senang cerita, aku adalah jenis yang kurang bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Kalau dapat apa yang aku hajat, syukur. Kalau tidak, aku pasrah. Berlainan benar dengan sikap adik aku. andai dia tidak mendapat apa-apa yang dia mahukan, dia akan terus mencuba dan berusaha sampai dia berjaya. Mungkin sebab itulah hidup aku sederhana cuma. Hanya bergantung pada takdir tanpa berusaha dengan sungguh-sungguh. Dan hasilnya? *mengeluh*

“Man Jadda, Wa Jadda wa man zaro’a hasoda”

“Apa yang ustaz cakap itu?”

“Itu pepatah Arab”

“Maksudnya apa ustaz?”

“Siapa yang bersungguh-sungguh, dia akan mendapatkannya.
Siapa yang menanam, dialah yang akan menuai.
Siapa yang berusaha, dialah yang akan berjaya”


Sejak aku belajar dulu sehinggalah sekarang  aku selalu mendengar pepatah itu. Tetapi, aku kurang menghayatinya.  Biasalah, sewaktu dalam kuliah, banyak ilmu yang aku terima tetapi sekejap saja aku sudah lupa. Benarlah kata orang, kalau belajar semata-mata mahu lulus, tiada gunanya andai tidak diamalkan dalam hidup. Setiap semester aku belajar bersungguh-sungguh demi mendapatkan segulung sijil diploma dan ijazah. Walaupun menerima anugerah dekan setiap semester tetapi kejayaan itu hanya ditulis kertas saja, selepas itu aku campakkan ilmu itu di mana-mana. Bila diperlukan, masa itulah kelam kabut mencari semula. wow,buang masa bukan? Dan aku akui, aku sudah membuatkan masa itu terbuang dan terabai. 

 

walaubagaimanapun, aku mula sedar atas kekhilafan diri. dari seseorang, aku belajar mengenai sesuatu. hidup jangan dipersiakan. setiap apa yang kita ambil, mesti simpan dalam hati dan otak sebaik-baiknya. mujurlah, aku cepat-cepat sedar bahawa ilmu itu penting. ilmu itu seluas dunia, sampai ke negara China pun , ilmu tidak akan pernah habis. teringat satu hadis yang selalu menjadi ingatan:-

                                       « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم »

“ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

JUE; Jika kita memang bersungguh-sungguh, akan selalu ada jalan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Akan selalu ada jalan untuk menyelesaikan masalah kita. Kekuatan fikiran, hati, dan tubuh kita sudah cukup untuk mengatasi masalah kita walau sebesar mana pun masalah kita, faham bukan?


Monday, November 12, 2012

bila aku letih, dia datang dengan senyuman.

Si comel ♥ Dayang Anna Attirah ♥
wajah yang suci itu mendamaikan jiwa aku. Keletihan yang aku rasai hilang begitu saja. ya sungguh. Dia, si kanak-kanak kecil yang berumur 3 bulan, yang aku panggil saja namanya ARA. Anak kedua kepada adik ipar aku. Kelahirannya disambut pada hari-hari terakhir bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, moga anak ini mulia hati dan akhlaknya juga. Memang aku anggap seperti anak sendiri. Naluri keibuan mula terasa saat aku menyentuh anak ini.*senyum malu* InsyaAllah, andai umur aku dan jodoh aku panjang, pasti akan aku miliki zuriat aku sendiri.

Cepatlah balik ke rumah itu, aku rindukannya... Muuuuuaaaaahhh ARA...Untie Jue Sayang Ara... ^_^v


jue: memang tidak sabar mahu menimang anak sendiri. Tidak mengapa, akan aku tunggu waktunya. InsyaAllah...Amin Ya Robb... Moga Dipermudahkan segala rancangan untuk penyatuan dua jiwa tahun depan ini........ 
Lot of ♥

Thursday, November 8, 2012

♥ Air milo dan air laici ♥



p/s: Hari ini AKU bertukar menjadi SAYA. Terasa seperti seorang gadis ayu kalau berbahasakan saya ini. sudah lama tidak menggunakan kata ganti nama itu. lagipun aku mahu berjiwang kejap.*ketawa*

Saya sentiasa mahu kelihatan sempurna di depan awak. Ya. Memang sejak mula-mula saya kenal dengan awak, saya sudah rasa seperti itu.
Awak suka minum milo, saya suka minum air laici.
Dan tiba-tiba awak campurkan air laici itu dengan air milo. Gaul hingga sebati.
Rasanya….waaah sedapnya Air milo laici!!

“sedapnya…!!”

 “Itu milo dan ini laici, bila keduanya dicampurkan, rasanya bertambah enak”
“Begitulah awak dan saya dan begitu juga dengan perkahwinan kita,  saya harapkan perkahwinan ini juga bahagia…bahagia seperti menikmati air tadi”

“InsyaAllah, terima Kasih Awak”

Saya gelar awak si milo sehingga saya simpan nama awak dalam telefon bimbit saya sebagai Encik Milo. Sejak itu, saya suka minum air milo laici. Bila saya ingat awak, saya akan beli milo dan satu tin laici.
Kini, awak masih minum milo tetapi awak sudah kurang minum air laici. Biasanya, setiap kali awak mahu minum, awak akan minta keduanya sekali.  Kenapa?

“kenapa tidak campur air laici?”
“saya mahu minum air milo saja”
“Tetapi, bukankah awak selalu campurkan keduanya sekali?”
“itu yang saya risaukan”
Angkat #kekening
“Sebab awak juga tidak minum air laici lagi”
“Awak begitu sayangkan saya?”
“ya.Sangat sayang”
“Sebab awak sayang saya lah saya tidak minum air laici lagi”
“kenapa”
“SAYANG AWAK SUDAH LEBIH MANIS DAN ENAK DARI AIR LAICI ♥”

jue: sedang menghitung hari untuk disatukan. Bersiap sedia untuk menjadi seorang Hawa untuk Adamnya. Bila-bila saja dugaan akan menimpa, namun yang pasti Allah sentiasa membantu Hambanya untuk membuat kebaikan. InsyaAllah. Amin Ya Robb. ♥

Duit boleh dicari,namun kenangan sukar dicari.

kelmarin aku minta cuti setengah hari waktu bekerja, alasan yang aku tulis di atas surat cuti adalah 'family matters-URGENT!'- aku ketawa sendiri melihat alasan yang aku tulis secara spontan. sedangkan sebab mengapa aku pohon cuti adalah aku ingin menghadiri sesi mengambil gambar beramai-ramai.  Kenangan encik tunang semasa konvokesyennya bulan lepas disemadikan bersama aku dan keluarganya dalam sebuah potret keluarga. Lebih-lebih lagi ayahnya yang beria-ia mahu kami semua ada.

sesi bergambar tidaklah mengambil masa yang lama, cuma beberapa snap sahaja. Namun apa yang penting kepuasan hati semua orang. Walaupun penat dan letih, tetapi aku gagahkan juga. bagi aku perkara itu lebih penting.Kenangan itu patut dipotretkan, kerana selepas ini, kita tidak pasti bila masanya nyawa kita akan ditarik malaikat,biarlah harganya mahal sekalipun tetapi bapa mertuaku tetap tidak kisah untuk membayarnya.

Selepas bergambar, kami berkumpul di sebuah kedai makan mamak yang biasa kami singgah. encik tunang membawa aku berjalan-jalan sekitar pekan Tuaran. Misi mencari mesin pencukur rambut tetap juga diteruskan. Sungguh beria-ia dia mencari. setiap satu persatu kedai kami singgah. penat juga kaki aku berjalan kaki, bukan tidak biasa tetapi oleh kerana aku memakai high heel dan kain baju kurung yang agak sempit sebelah bawah menyukarkan lagi perjalanan aku. walaupun aku mengadu penat dan dahaga namun hati aku keras mahu menemani dia sehinggalah kami berpatah balik ke kedai mamak tadi. mereka yang lain masih menunggu kami. Dan masa itulah, aku order satu tin air coca cola. memang aku dahaga sangat  *gelak sendiri*

perkara manis yang pernah kita miliki tidak seharusnya dibiarkan  berlalu begitu saja, contohnya hari konvokesyen encik tunang yang berlangsung baru-baru ini adalah satu kejayaan yang amat membanggakan kami semua. mungkin sebab itulah, ibu dan bapa beliau bersungguh-sungguh mahu kami semua bergambar. 

bak kata bapanya "duit boleh dicari, tetapi kenangan susah untuk kita cari kerana kita pasti kita tidak akan mampu untuk mengulangi kenangan itu". Kata-kata ini aku ter-curi-curi dengar ketika mereka semua berkumpul di meja makan sambil berborak-borak. Hal lelaki sesama lelaki saja, malas aku mahu masuk campur ^_^v

malam tadi memang penat sangat, jadi aku masuk bilik mahu tidur awal. akhirnya selesai juga misi kami kelmarin. oh ya, sebelum terlupa, aku mahu ucapkan selamat hari lahir ke yang 24 tahun buat adik ipar  ♥Dayang Zatul-Itri a.k.a PIPIE ♥ yang meyambut harilahirnya kelmarin. Bermati-matian abangnya menyuruh balik rumah sebab dia tidak mahu balik rumah pada awalnya, jadi dengan menggunakan alasan mahu berkumpul untuk bergambar, akhirnya dia ikut juga kami balik ke rumah  dan SUPRISE!! kek sudah menantinya di depan pintu rumah. Menjadi juga planning kami mahu kenakan dia. *Ketawa*

Oklah, Cerita semalam sudah aku kongsikan hari ini. Aku mahu menyambung kerja-kerja ofis yang aku tinggalkan semalam. Bos memang cemburu dengan ke'relaks'an aku kelmarin. Tidak mengapa wahai majikanku,besok aku cuti lagi... *ketawa besar*
jue: Kenangan datang tanpa diduga, sama ada ia manis seperti madu atau pahit umpama hempedu. namun apa yang pasti kita gerapkan kenangan itu sebagai batu loncatan untuk kita meneruskan hidup. Tahniah buat Encik Tunang atas konvo baru-baru ini  ♥

-xoxo-

Wednesday, November 7, 2012

Hijrah Menuju Allah.

Alhamdulillah..sudah banyak sahabat dan sahabiah aku yang mengalami perubahan dalam hidup mereka. mereka kini lebih ke arah penghijrahan yang baik. Syukur sangat. aku suka melihat perubahan itu dan aku berdoa aku juga berada di kalangan mereka semua.  Dulu aku bertudung labuh dan berjubah, tetapi apa yang berlaku ketika itu kerana aku belajar di Kolej Islam. Kolej ini mewajibkan siswinya memakai pakaian yang menutup aurat. Hanya Tudung Labuh dan Jubah sahaja. dan aku tidak kisah dengan peraturan yang ketat itu. mungkin kerana aku sudah biasa atau aku amat suka dengan suasana Islamik di sana.lagipun, aku sudah di didik memakai tudung labuh sejak sekolah menengah lagi.

sekarang apa yang aku kesalkan ialah aku tidak lagi memakai tudung labuh dan jubah sekarang. kerana terpengaruh dengan orang sekeliling dan kitaran hidup yang berbeza-beza, aku lebih senang memakai sekadar menutup aurat. orang kata, yang biasa-biasa saja, asal sedap mata memandang.

kenapa aku tiba-tiba sahaja menulis entry begini?
ya. kerana pagi tadi, terdetik hati aku untuk singgah ke blog seorang adik ni. Ifa Zulaikha (bukan nama sebenar).

Dia seorang gadis manis yang tinggi lampai. Dulu, semasa mula-mula aku diperkenalkan kepada keluarga tunang aku, rupa aku dikatakan sama dengan muka gadis ini. *gelak sendiri* serupakah? Bagi aku tidak, gadis ini lebih manis dan comel. Aku suka tengok gaya manjanya dan selalu juga membaca penulisannya di blog dia sendiri. oh ya, dia ada cerpen hasil ideanya sendiri, tetapi aku lupa apa tajuknya. tidak mengapa, apa yang penting dia memang ada bakat menulis. opppss, sebelum aku lupa, gadis ini adalah anak buah tunang aku yang tinggal di Labuan. ^_^

 dia kini sedang mengalami perubahan yang baik. Alhamdulillah...sweet sangat... dari segi penulisan dan pemakaiannya, sudah banyak yang berubah. emmm...kalau aku hendak jelaskan tentang dia di sini, aku rasa berjela-jela panjangnya nanti. Lebih baik kalian sendiri melawat blog beliau yang aku sudah link sebelah atas tadi.dan kalian sendiri membaca dan mengikuti perkembangan gadis itu.

baiklah bila sebut tentang HIJRAH ini, aku teringat dengan satu lagu yang bertajuk HIJRAH MENUJU ALLAH yang dinyanyikan oleh kumpulan Devotees. Lagu ini aku sudah lama meminatinya sejak diploma dulu. Lagu ini juga aku dedikasikan pada semua yang mahu berubah ke arah lebih baik. InsyaAllah. Jom dengar!

Bulat nian tekadmu
Dalan hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang di-Redhai

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tiada mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah

 Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para Solihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi
-Devotees-


jue: Manusia tidak perlu menunggu hidayah Allah untuk berubah, tetapi berusaha dan paksakan diri untuk berhijrah ke arah lebih baik. bak kata Ustaz AI:-

Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa, solatlah walaupun keadaan terpaksa .. Puasalah walau keadaan terpaksa, Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa .. Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya~

Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?? umur kita pun belum tentu panjang ..

Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH ~ Ia ibarat makanan, jika tidak disuap, manakan ia masuk ke mulut.. - kata2 yg berharga buat semua yang bnama insan..

Monday, November 5, 2012

Marah.



Marah adalah syaitan. Marah juga ibarat api, makin disimbah minyak, makin ia menyala. Marah adalah racun hati, perosak segala emosi. Dan Marah yang terkawal lebih berhati-hati, malah marah yang tidak terkawal adalah bahaya. Bahaya pada diri. Bahaya pada orang sekeliling.
Namun marah lemah pada kuatnya jiwa, mantapnya iman. Cair pada hati yang sabar, tenggelam dalam jernihnya air wuduk. Hilangnya ia dalam lafaz Astaghfirullahalazim dan laillahaillallah….
“Janganlah marah, nanti cepat tua”
“aku memang sudah semakin tua pun”
“tetapi ada yang umurnya tua wajahnya muda”
“mana mungkin?bagaimana?”
“Kerna mereka gah melawan amarah”
 “mereka yang kuat adalah mereka yang menahan amarah”
*DIAM*
Jue: entry ini sudah lama aku tulis, cuma baru hari ini aku publish...tiada kaitan pada sesiapa....

Wednesday, October 31, 2012

Jangan Benci Kisah Lalu.

 Rumah kecil yang aku bina semalam adalah demi kasih sayang aku pada kalian semua- blog LIFE & ME...nah, kesibukan yang melanda kerap kali sejak sekian lama, menyekat keinginanku untuk menulis. mahu berkongsi rasa, rasa-rasa yang semakin sarat dengan perisa manis dan pahit. entah mengapa ku gagahi jua jari jemari ini menekan aksara dan tetikus. mata berligar-ligar mencari ruang, otak terawang-awang mencari idea.

Taaddaaa.....blog ini berwajah baru lagi....walhal dalam hati aku, ada sedikit rasa tidak selesa melihat blog sebegini. tetapi tidak mengapa, kubiarkan saja. mana tahu, hati ini semakin selesa dan senang?

emmmm..sebenarnya aku tidak tahu mahu menulis apa-apa di sini..hari ini aku rajin mengunjung teman-teman blogger yang lain. sama ada aku kenal atau tidak.Berkunjung dari blog ke blog membuatkan aku terfikir, kenapa mereka boleh menulis begitu hebat? kenapa idea-idea mereka begitu cantik tersusun tatabahasanya?dan kenapa aku tidak begitu? mungkinkah ini yang menyebabkan aku hilang tumpuan pada blog sendiri? seolah-olah aku memang tidak punya bakat menulis.iya kah?

Tetapi, InsyaAllah, aku akan pastikan kehadiran aku di dunia maya ini tidak akan berakhir begitu sahaja. buat masa ini dunia aku masih terbuka untuk pembacaan umum bersama kalian semua, bersama-sama menyulam cinta, kasih sayang dan membina ukhwah antara satu sama lain. terfikir juga hendak menukar blog ini pada peribadi (private), akan tetapi aku lebih gemar berkongsi rasa.kerana aku tidak mahu rasa keseorangan *gelak sendiri*

kisah-kisah lalu sudah menjadi sejarah. ilmu dunia yang sentiasa bertukar-tukar kandungan. hikayat yang menjadikan diri kita lebih mengenali siapa diri kita sebenarnya. membantu membangkitkan semangat untuk meneruskan dan membina hidup yang baru untuk mencari cerita baru. Terima Kasih pada 'guru' ini yang mengajar kita erti hidup. Jadi, semanis mana pun bahagia kita, sepahit mana pun derita kita dulu, jangan benci kisah yang lalu. Kerana 'ia' adalah mentor kita.Benar. Aku tidak tipu. Kalau masih tidak percaya, lihatlah langit, awan biru dan paksi bumi yang berputar, begitulah hidup kita. Waallahu'alam.

Jue:Bila manusia mula alpa dan tidak mahu ingat sesuatu yang penting dalam hidup serta benci untuk belajar sesuatu yang penting dalam kehidupan, maka mereka harus tabah bila ditimpa kesusahan dan penderitaan.

Wednesday, October 24, 2012

Macam-macamlah hidup ini....



Perlukah  aku beritahu kau bahawa sesetengah manusia dalam dunia ini sangat aneh? Mereka tidak akan hargai benda di depan mata mereka dan sibuk mengejar sesuatu yang bukan milik sendiri yang nyata. Ini mungkin agak melampau dan kejam untuk kau, tapi percayalah, kau tidak akan mati tnapa cinta manusia. Bukankah kau pernah katakan pada aku bahawa cinta kau kepada Allah dan keluarga adalah lebih utama?

Aku Cuma mahu kau kuat. Dan aku mahu kau terus tabah. Ini dugaan kecil yang harus kau tempuh bila sudah mula masuk dunia bercinta..itu kenyataan hidup yang tidak selamanya indah. Ia hakikat cinta tidak semestinya bersama.

Senyumla….andai air mata itu masih mengalir laju, tolong seka.. dongaklah ke atas, pandang langit itu dan pastinya air mata itu pasti akan berhenti….betul apa yang ku katakan ini shabat, kalau tak percaya, kau boleh buat sendiri……

Nota tangan dan kaki:

  1. sangat terkilan melihat manusia yang terlalu tinggi egonya untuk meminta maaf.
  2. bersiap sedia untuk perancangan hidup yang seterusnya.


Wednesday, August 29, 2012

Doa Untuk Aku


Drama Doa Untuk Aku (DUA) sudah mula ditayangkan di TV AL-HIJRAH bermula 28.8.2012 iaitu pada pukul 8.30 mlm (selasa hingga khamis). Drama yang diadaptasikan dari sebuah novel yang ditulis oleh Tuan Bahrudin Bekri ini akhirnya siap untuk ditayangkan. Pada mereka yang pernah membaca novel tersebut pasti ternanti2kan drama tersebut.

Walaubagaimanapun, drama tersebut banyak yang diubah suai, di tokok tambah jalan ceritanya, berbeza dengan jalan cerita yang ada pada novel asalnya. Cuma skop cerita yang utama iaitu jalan mencari doa itu tidak berubah. Komen yang diberikan oleh Tuan BB ;

Saya dimaklumkan sekiranya mengikut 100 peratus novel, kosnya menjadi sangat tinggi. :) Tidak mengapa memang begitu resamnya. Yang utama mesej berkenaan doa tidak berubah. apapun sangat terharu kerana masih ada yang ingat jalan cerita dalam novel. terima kasih banyak. itu sudah cukup menggembirakan. :)

Apapun jalan ceritanya, aku tidak kisah disebabkan aku masih suka denngan ceritanya yang berprinsipkan islamik dan unsur-unsur keagamaan itu masih ada. Tahniah buat Tuan Bahrudin Bekri atas kejayaan novelnya yang dijadikan drama tersebut. Begitulah balasan Tuhan andai kita menulis dengan ikhlas dan menaruh niat yang betul iaitu memberi pengajaran pada anak-anak muda masa kini tentang bagaimana mahu menghargai hidup dan diredhai oleh Allah s.w.t ...AMin Ya Rabbal Alamin...Syukran 'ala nikmatuhu Ya Allah..

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...