Friday, November 15, 2013

Belajar berjimat dengan Cloth Diapers (CD)


Sebelum due nak bersalin ni, aku banyak menghabiskan masa untuk mencari CD untuk baby aku nanti..walaupun aku tak pasti aku ‘istiqomah’ ke tak nak pakai CD tanpa menggunakan pampers/diapers. Sebab ada setengah ibu lebih suka pakaikan pampers untuk anak2 mereka dari pakai CD ni sebab pampers amat mudah, cepat dan boleh buang je. Berbanding dengan CD, kena plak basuh dan keringkan barulah boleh pakai balik. Sama je kegunaannya dengan lampin. Mungkin ia agak memenatkan tapi demi anak, aku cuba mempraktikkannya dengan sebaik kudrat yang aku mampu. Lagipun, apa  yang aku perolehi dengan membca penggunaan CD di internet, rupanya banyak kebaikan sekiranya kita menggunakan CD ni. Antaranya adalah :-
  • Lebih sihat untuk bayi kerana baby tidak menggunakan apa2 bahan chemical sepperti disposable diapers
  • Lebih murah untuk jangka masa panjang kerana kita hanya perlu beli sekali sahaja dan boleh digunkan hingga adik2 yang lain
  • Toilet training untuk si kecil akan berlaku lebih awal
  • Terdapat jenis ONE SIZE yang boleh diubahsuai untuk saiz bayi yang baru lahir hingga ke umur 4 tahun (3kg-16kg berat bayi)
  • Boleh digunakan berkali-kali untuk beberapa orang anak
  • Boleh dicuci dengan mesin basuh atau yang paling bagus di bawah sinar matahari
  • Mesra alam (biodegradable)- generasi 500 tahun akan datang akan menghargai dan mengenang jasa anda jika menggunakan CD hari ini.
  • Rekaan CD yang pelbagai yang praktikal dan cantik untuk si kecil
  • Boleh dijual semula dan harga jual semula bagi sesetengah jenis CD adalah tinggi (telah dipraktikkan di negara barat yang kini mengalami kemelesetan ekonomi)
Bestkan? Sebab itu aku semakin tertarik untuk mencubanya. Kalu nak lebih tahu lagi, korang boleh baca kat link SINI atau SINI atau SINI dan lain2 yang korang jumpa kat google. Di samping dapat menjimatkan duit suami, aku juga boleh ‘saving money’ untuk masa depan anak2 kan? Kalau kenangkan semula masa aku bayi dulu, ibu aku juga menggunakan lampin bukan pampers. Aku rasa aku patut jadikan ibu aku sebagai contoh. insyaAllah aku cuba praktis guna CD/Lampin ni. memandangkan CD ini harganya agak mahal, aku hanya membelinya satu persatu. Walaupun mahal tapi tahan. Orang cakap sikit-sikit lama2 jadi bukit. So, tak payahlah aku nak susah hati sekarang kan. Dalam pada masa yang sama , aku cuba mencari harga murah di internet yang mampu untuk aku beli. Harap dipermudahkan lah yer. 

Untuk pertama kalinya aku dah beli satu CD (orange colour) dengan harga RM31.90 + 2 free insert CD. CD ni jenama G****. Tapi beli satu je. Aku beli kat kedai HAPPY MUMS (branch kingfisher). Kedai ni memang khas jual barang2 baby. Tapi tak la sebanyak barang di HQ HAPPY MUMS (Damai Specialist Centre), kalu ada masa, aku akan bawa suami aku cari barang kat sana plak.heehehe 

dan yang CD kedua plak, aku beli warna purple kat satu kedai jual brg baby  di tingkat 2 Megalong Shopping Complex. Harga Rm28.00 + free 2 insert. aku beli sebab aku rasa murah. Harga asal RM38. Kedai tu bagi diskaun rm10, Alhamdulillah rezeki aku  la tu. heheh. So, jumlah sekarang ada 2 helai jer. insyaAllah aku akan beli yg lain sampai 8 helai atau lebih. itu target aku. Maybe borong kat internet je kot. Kat mana tu? Kat SINI (aku baru nak usha2 kat web ni. Manalah tau aku wat bisnis CD lak..hehehe). kenapa 8 helai atau lebih nanti aku story k.

ooh yaa, mungkin ada juga dinyatakan keburukan menggunakan CD ni tapi itu terpulang pada ibu-ibu kat luar sana nak pakai atau tidak kan. Cuma sekarang aku fikir, CD ni pakai time baby duk umah je lah kan. kalu dah di bawa keluar atau berjalan tu better pakai diapers/pampers je kan. yelah takkan lah kita nak bawa ke sana ke mari CD yg ada bau u'uk baby tu..huhuhuhu~ so terpulangla para ibu2 yer~


mcm ni la lebih kurang design CD plain yg aku beli..cuba tgk wrna orange dan purple..sweet jer kan?heheh

Friday, October 25, 2013

Rindu DIA

Hujan sudah berhari-hari turun mencurah....
siang atau malam, tak kira waktu..
Aku suka hujan...dan Dia juga suka hujan (dulu)...
Aku harap dia masih suka hujan (sekarang)...

hampir seminggu hujan turun, aku masih rasa sunyi...
selebat manapun bunyi hujan membingit telinga, tetap rasa gelisah...
apa yang pasti, aku merindui dia...
dalam hati menangis kerinduan...
hanya senyuman di bibir menyembunyikan resah di jiwa...

semalam, dia sudah di depan mata...
Alhamdulillah...kepulangannya memang dinanti-nanti...
doaku supaya dia selamat pergi dan balik dimakbulkan Tuhan..Syukur..
senyuman dan ciumannya bisa membuatku terharu...kerna aku tau dia juga merinduiku...
tangisan dalam hati berubah riang....

malam tadi, lenaku terganggu...pelukan dari arah belakang menghangatkanku....
senyumaku terukir...ya aku rindu pelukan ini...
ku berpaling, melihat dan menatap wajahnya....
ini dia orang yang ku sayang, kucintai sepenuh jiwa...
matanya tertutup rapat..penat agaknya...namun masih memelukku...
tidurlah sayang...letih agaknya mencari rezeki...

Ya...DIA itu suamiku....selamat kembali Sayang...

JUE: Seminggu suami tiada di sisi sudah menyesakkan jiwa, apatah lagi lebih dari itu?



Tuesday, October 22, 2013

Mungkin bukan dia orangnya~

Entri ini khas buat seorang adik dan juga teman, FAIZAL BIN AMRAN... semoga ceria selalu~

Teman.
Mungkin pada satu ketika kau menikmati hidup yang sangat membahagiakan.
Hidup yang sangat menggembirakan.
Segalanyanya berjalan mengikut aturan.
Segalanya elok terletak dalam acuan.
Tapi kau terlupa, hidup ini ada banyak cabaran.
Ada banyak dugaan.
Kegembiraan itu hanya pinjaman.
Yang dalam sekelip mata boleh ditarik tanpa boleh melawan.
Apa yang kita panggil sebagai ketentuan.
Suatu ketetapan.

Teman.
Di saat kau menyulam bahagia, muncul pula manusia ketiga.
Sibuk masuk mahu menyelit di antara kau dan dia.
Kau cuma tolak, tapi dia berusaha juga.
Pada kau aneh, syaitan mana menjelma jadi manusia?
Memporak peranda satu hubungan yang gembira.
Memusnahkan senyuman bahagia.
Dan mula mengundang derita.
Singgah dalam sebuah cerita.

Teman.
Dalam kau mempertahankan hubungan, kau terpaksa mengalah.
Berundur bukan kerana kau kalah.
Tapi kau penat dan terasa lelah.
Hidup kau bertambah payah.
Hubungan menjadi lebih susah.
Kerana hanya kau yang berusaha, tapi si dia buat tidak endah.
Kau lepaskan sahaja, berikan ruang manusia lain mencelah.
Bukan kau tidak cinta, tapi kau lebih rela melepaskan dari terus resah.
Mengenangkan orang yang kau suka sudah berubah.

Teman.
Kau senyum dan berlalu pergi.
Walaupun hanya kau sendiri tahu sakitnya hati.
Orang yang kau sayang mengkhianati.
Bukan sedikit masa sudah kau baziri.
Tapi manusia sentiasa iri.
Apa yang orang lain ada, itu juga yang mahu mereka curi.
Kau relakan sahaja, sebab kau tahu kau tidak akan rugi.

Teman.
Kau jalani hidup baru.
Hidup sendiri tanpa mahu diganggu.
Kau sudah penat menguruskan hidup yang haru biru.
Apatah lagi menyingkirkan perasaan pilu.
Lelah setiap malam menahan sendu.
Mengenangkan pengorbanan yang hilang manis madu.
Tersisa cuma kenangan sepahit hempedu.
Yang kau enggan pandang, dan terus berlalu.

Teman.
Kau sudah mulakan hidup semula.
Kau sudah sibukkan diri dengan bekerja.
Kau sudah penuhkan semua ruang masa.
Kerana kau mahu lupakan dia.
Dan buang segala kisah lama.
Dan juga, kau sudah berpunya.
Dalam erti kata, lebih baik berbanding dia.
Walaupun mungkin dia yang pertama.

Teman.
Secara tiba-tiba dia muncul lagi.
Datang menagih kasih yang dia curangi.
Habis diungkit segala janji.
Walaupun dia yang mengkhianati.
Dia seperti lupa diri.
Pada dia, kau akan tetap menunggu di sisi.
Hanya menunggu saat untuk kembali.
Walaupun hakikatnya dia yang pernah menolak kau ke tepi.
Kau diam dan ketap gigi.
Manusia apa dia ini?

Teman.
Kau diam tanpa mahu buat keputusan.
Kau beritahu dia yang kau sudah ada pasangan.
Kau nyatakan pada dia kau sudah mengikat tali pertunangan.
Kau hulurkan juga kad undangan perkahwinan.
Tapi pada dia itu semuanya pembohongan.
Dia tetap mahu menegakkan perjanjian.
Yang sudah berkurun lama ditinggalkan.
Cintanya sudah berkubur tanpa nisan.
Akibat dia hidup dalam kecurangan.
Meremukkan hati kau yang menahan segala kesakitan.
Tapi dia seperti lupa apa yang dia pernah putuskan.

Teman.
Dia minta untuk berjumpa.
Walaupun enggan, kau turutkan juga.
Setelah lama terpisah, kau bertentang mata.
Tiada lagi getaran di jiwa.
Tiada lagi sinar harapan bercahaya.
Jiwa kau kosong tanpa sebarang rasa.
Walaupun di jarinya masih tersarung cincin milik berdua.
Di saat itu kau memutuskan, bukan dia orangnya.
Yang kau mahu hidup bersama membina keluarga.
Walaupun dia merayu bagaikan orang gila.
Kau sudah mampu berlalu sambil tersenyum mesra.
Bagaikan tidak berlaku apa-apa.

 


Nota Kaki :
Buat seorang teman, walaupun hidup ini kadangkala menyeksa dan
menyesakkan, ketahuilah, kita mampu untuk berusaha keluar daripada
kesusahan sedemikian.

Thursday, September 26, 2013

Senyuman



Aduh, ada orang kata senyuman aku adalah senyuman palsu. Senyuman penuh dengan kepura-puraan. Aku mengeluh dan Cuma balas dengan satu soalan sahaja.

“kamu tinggal dalam hati aku ke?”

Hati ini mula penuh dengan kasih sayang..yang penting aku sedang merasa nikmat kebahagiaan. Mustahil senyuman aku adalah palsu di kala ini…

Hari2 aku bersama dengan suami aku, hati banyak bahagia tau….

Hari2 aku merasa gerakan dalam rahim aku, bertambah bahagia aku….

Hari2 aku berdoa moga suami dan anak dalam perut ini hidup dengan penuh kesihatan dan kesenangan...

Bagaimana aku bisa mencetuskan senyuman palsu…???

Wajah aku sememangnya sudah tidak ada seri (inikan penarikan budak yang dikandung?)…bukan bermakna hidup aku tidak berseri…adeh….

Malah aku kini tidak sabar menunggu kelahiran sang anak….Mudahan2 segalanya berjalan dengan lancar dan selamat..InsyaAllah…

*Bah..itu jak…bye~

Wednesday, September 18, 2013

HIDUP ITU MENARIK, PERANCANGAN ALLAH ITU CANTIK

 Kau Senyumlah….ukirkan secangkir senyuman di bibir manis itu..hidup memang begini…tidak selamanya indah, akan tetapi jika ujian dan dugaan datang melanda, aku dengan pasti tahu bahawa kita harus tabah mengahdapinya. Bahkan dengan senyuman itulah, kekuatan mampu dikumpul dan tenaga hidup mampu di simpan semula. Kalau mahu menangis sekalipun, ketahuilah air mata yang mengalir itu akan jadi kekuatan suatu hari nanti. Lepaskan segalanya dan bangkit semula.

Dulu aku juga pernah bersendirian. Ya, menjalani kehidupan sendirian bukan sahaja satu dugaan bahkan ianya merupakan satu cabaran sama ada kau mampu untuk bertahan dan melawan pelbagai jenis ujian yang akan datang. Ia bukannya senang tetapi ia memberikan kita lebih mengenal erti matang dan lebih berkeyakinan.

Jadi setelah kau meraung dan menangis sekuat hati, senyumlah sejurus itu…kesakitan itu perlu ditinggalkan sendirian kerana ia akan hilang sendirinya. Bukankah tangisan itu satu kekuatan?

Jangan benci kehidupanmu sekarang..walaupun ia berterabur dan berselerak , kau mampu untuk menyusun dan mencantikkannya semula..

Jangan sakit dengan kehidupan kau, mulakan saja dengan kehidupan yang baru..kerana tiada alasan untuk kau tidak senyum..kehilangan segalanya bukan bermakna ia meragut senyumanmu..percayalah…

Setelah kau sakit kemudian gembira dan kembali perit, bahkan semakin bahagia selepas itu, kau akan sedar bahawa hidup ini amat menarik…kerana perancangan Allah itu cantik…kau pasti tertarik….InsyaAllah..


JUE: Dunia ini penuh MAGIS Allah~

Thursday, August 1, 2013

Tercipta untuk Aku

Dia yang dicipta untuk ku..
Dia yang diberi tugas untuk memberi cinta untuk aku..
Dia yang dipertanggungjawabkan meluruskan jalan bengkok aku...
Dia yang segalanya~~~

Senyumannya, ciumannya, belaiannya....
bagai hilang segala himpitan hidup...
bagai terbang segala debu kekusutan...
bagai jantung yang bernafas semula...

kehadirannya di sisi dinanti-nanti...
ketiadaannya dicari-cari...
hendak berpisah walau sejarak inci, 
hati sudah bertaut rindu...

Duhai Suamiku yang amat disayangi...
menyintaimu lillahitaala...
kerna syurgaku adalah dari syurgamu....
Terima Kasih Allah..Atas Anugerah Insan ini...
sesungguhnya aku amat menyintainya-

~NizhamulHayat~

Friday, June 28, 2013

DOA SEORANG ISTERI SOLEHAH BUAT SUAMI TERCINTA

Aku jumpa doa ni dalam FB member aku “Hani Khalisa”… tersentuh sedikit tentang doa ni selepas membacanya…mungkin doa ni boleh saya kongsikan dengan reader2 di luar sana..insyaAllah, sama2 kita amalkan ya?


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

السلام عليكم ورحمة الله و بركات

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjurank
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...