Tuesday, February 28, 2012

Berubah KeranaNYA yang Maha Esa


Alhamdulillah....Syukur sangat kerana aku, dia, kau,mereka dan manusia yang lain masih diberi peluang untuk merasai kenikmatan dunia yang diberikan oleh TUHAN....kerana apa yang pasti peluang ini adalah tanda kasih sayang TUHAN pada hamba-hambaNYA walaupun adakalanya kita, iaitu manusia sering alpa dan lalai dengan perintahNYA...manusia sentiasa hidup dalam dunia Istidrajh.....MasyaAllah...Astaghfirullah......

Hari ini tanggal 28 February 2012...hati aku terdetik untuk mengenal diri....mencari kesilapan dan menyesali dosa-dosa yang aku sendiri tidak terhitung banyaknya.....Ya Allah, betapa liatnya hati aku ini untuk lebih mendekati diriMU....aku lemah dan tertewas dengan ajakan Qarin ku (bayang-bayang Jin) sendiri....sedangkan aku lebih mengetahui apa yang maaruf dan apa yang mungkar....beruntunglah pada mereka yang diberi hidayah olehMU ya Allah, dapat merasai nikmah NUR yang terpapar diwajah2 serta hati mereka...dan kuyakin mereka pasti bahagia di dunia mahupun di akhirat.....Amin...

Aku tak pernah meluahkan apa yang aku rasa pada sesiapa...kerana aku malu, dan rasa ego yang asyik menguasai diri...sedangkan KAU tahu apa yang aku rasa dalam hati.....dan aku sering bertanya "Apa mungkin masih ada peluang untuk aku melangkah mendekati ke arahMu ya Allah?"


رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
(At-Tahrim : 8)
... رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan);

Jadi, apa yang harus aku lakukan? aku pasti rasa sesal ini akan berakhir setelah aku noktahkan kata-kataku di sini..kemudian, aku hanyut sekali lagi di bawa arus duniawi yang tidak kekal.....tolong bimbingi aku..........

Rasa Sesal:-
Jue.J


Tuesday, February 21, 2012

::Buku itu tentang aku dan kamu::



Setiap helaian buku ini..
Ada cerita tentang aku dan kamu…
Di situ aku hiasi cerita bahagia..


Di situ juga aku baluti dengan cerita kecewa…
Walau dihinggapi bau kertas lama…
Ku tetap hulur kepada kamu ..
sebagai hadiah kenangan…
Di dalam buku itu, kamu letakkan cinta…
Yang amat cantik…
Dibaluti dengan kertas warna putih salju..
Disapu dengan warna emas dan perak…
Untuk kau titip kepada aku sebagai tanda jawapan hati…
Kamu hulur tangan menerimaku…
Aku sambut dengan air mata kesyukuran…
Kamu tersenyum manis madu…
Aku tersenyum dalam tangisan hiba…
Di dalam buku ini…
Takdir letakkan aku dan kamu….
Dibalut cinta yang harum mewangi…
Disapu rindu yang cantik pelangi…
Kerana takdir sudah mengiyakan…
Bahawa bahagia itu akan menjadi milik kita……
InsyaALLAH….

with ♥
Jue.J

Thursday, January 19, 2012

My Gift for My B'day


malas nak cakap banyak kat sini sebab dah mengantuk..hehehe..tapi tak palah...apapun, aku nak ucapkan terima kasih sangat pada encek tunanganku sebab hadiahkan buku ini sempena hari jadiku.... huh, mati2 aku percaya kat dia kononnya dia nak aku jual buku ni sebab tersalah beli dan tak best baca. siap suruh aku cari kwan2 yang minat untuk membelinya.

btw, i really appreciate it..and very love it...akan ku jaga dan simpan ia sebaik mungkin...dan of coz la aku baca buku ni...lagipun minat aku pada membaca tidak akan hilang walaupun aku mula jarang membaca sekarang.hehehe

oklah...cukup untuk itu....thanks so much my dear fiance.... love u hard2....mmuuaahh....(opppsss..tak boleh lagi le...hahahaha)....see ya..

Friday, January 13, 2012

ku hanya mahu secebis cuma~



mereka adalah kawan baik, dan persahabatan itu sudah lama terjalin sejak beberapa tahun yang lalu...dan aku baru sahaja mengenali mereka atas nama TAKDIR. Tetapi aku sendiri tidak pasti sejauh mana keikhlasan mereka bersahabat...kerna aku tidak pernah berhadapan secara peribadi dengan mereka dan sukar untuk aku menilai semuanya. Walaubagaimanapun, dari jauh aku juga sentiasa mengikuti perkembangan mereka walau sedikit cuma.

Apa yang aku sedari dari dulu ialah, aku cuma mahu menjalinkan persahabatan dengan mereka...walaupun mungkin masih ada 'unfinished business" yang terjadi antara kami...perempuan vs. perempuan...tapi aku tak kisah...kerna aku tahu, sebagai manusia, aku mahu menyayangi insan2 disekelilingku...sayang kerana lillahita'ala...tetap sayang walaupun ada di kalangan mereka menganggap aku musuh cinta baginya...

kenapa mereka jadi begitu? bersalah sangatkah aku ini?damn....!!!

apa beza kamu dengan aku?
apa kamu lebih baik dari aku?
apa kamu anggap aku ini perampas?

mungkin kamu lebih bijak dari aku..
mungkin kamu lebih cantik dari aku...
mungkin kamu lebih berada dari aku...

tapi sebagai perempuan. kita sama2 lemah demi sesuatu.....

OMG....aku harap, aku tidak mula membenci kamu...kerana aku khuatir, aku akan mengeruhkan keadaan.........aku cuma mahu secebis keikhlasan dari kalian untuk bersahabat denganku....hanya secebis cuma......

Moga Allah memberkati kamu sekalian~


::the END::

Sunday, January 8, 2012

Your Birthday Is My Bestday~


7th January 2012

On this so especial day I want you to spend a really good day honey, a love you and I will be with you forever and ever.
My fiance, MOHD NIZHAMUL HAYAT, I hope you enjoy your day and you know I will be here for you whenever you need me. I love you .
I am sending you this post,so you can remember that I am totally in love with you and I know this love is making me happier day after day .
on 7th january 2012, you are one more year older than me, my love. I just want you to know that I want to be with you today, tomorrow and forever. do you know something? when I woke up, I was happy because that day is your birthday and you will be with me every time. The gift i gave you, to show my appreciate because every day you give me love and safety. Because you are always showing me how much you love me.
:: Thank for being so cute with me:: Thanks for treating me right::Thanks for staying with me everyday::
and I was waiting for this special day to tell you that I am really happy being with you, and for the first time celebrating together your birthday. I will give you all of my love and more every day of my life.
and i want u know that ur Birhday is my Bestday... HAPPY BIRTHDAY TO YOU My DEAR ~~

Thursday, January 5, 2012

Hantaran pada Hari Pertunangan Kakak saya!

Posted by: Nani Jurainie (^^)

Walaupun telah lama kakak saya bertunang iaitu pada Oktober 2011 yang lalu, tapi saya ingin sekali mengupload photo hantaran kakak saya (Juraidah Jumatin)...

Malam sebelum Hari pertunangan, kami (saya, kakak saya dan kawan-kawan sekampung sama-sama mengubah hantaran pertunangan ni, cantik tau diorang buat..hehe)

Buah-buahan dalam bakul, simple tapi menarik...
Kain Pelikat dibuat macam kipas, siap ada manik mutiara dengan bunga lagi...

Al-Quran dan Rehal yang diletak atas bakul tanpa tangkai...


Kek pertunangan kakak saya 


Cincin untuk lelaki (saya yang hias..haha) - yang tepi tu adalah bantal pelamin, tak da gambar dah..

Ini hantaran drpd pihak lelaki - sirih junjung dengan duit pembuka RM50- cantik kan?

Pelbagai hantaran dari kedua-dua pihak (lelaki & perempuan)

Kakak saya & Tunang dia 


Sebenarnya ada pelamin lagi buatan sendiri jugak tapi dah hilang dari simpanan saya, tema putih dan biru, baju diorang pun biru juga sama macam hantaran, memang semua birulah. Ada hantaran coklat, tuala lagi tapi tak ada dah dalam simpanan saya, dah hilang coz lama dah baru nak upload kat blog kakak saya ni..hehe...

P/S: Semoga jodoh berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan selamanya... Tiba-tiba rasa nak buat bisnes Hantaran dan pelamin mini pula... kalau dah minat apa salahnya kan yang penting barang hiasan dah ada sedia...(^^)

Wednesday, December 14, 2011

Aku S.c.A.i.Y.n.A.t.N.a.G Kamu~

Tuhan temukan aku dengan kamu atas satu sebab...*MAHU DISATUKAN~ InsyaAllah..(kudoakan untuk itu)....sedalam mana cinta kamu padaku, dalam lagi cintaku padamu....CINTA yang diberi oleh ALLAH swt untuk kamu adalah satu anugerah terindah buatku...seolah2 tiada lagi kata-kata indah atau puitis yang mampu kulafazkan untuk menyatakan betapa aku meyintaimu seikhlas hati....SYUKUR ALHAMDULILLAH......

Usai solat, aku sentiasa mendoakan ada kebahagiaan untuk kita...walaupun aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa yang kita sendiri tidak tahu bila, namun aku mahu sentiasa berada di sisimu walau dalam keadaan apapun...boleh kan?dengan itu, izinkan aku menjadi PEMAISURI hatimu...selamanya~*KALAU BOLEH biarkan diriku seorang saja memilikimu biarpun aku tidak meletakkan harapan tinggi ke atas dirimu....

Aku.........dengan jujurnya....BAHAGIA dengan kamu, SENANG apabila berada disampingmu,GEMBIRA melihat senyumanmu, SEDIH melihat dirimu berduka, TENANG apabila bersamamu...dan kadang-kadang aku merasakan kita berkongsi HATI dalam dua jasad....seolah-olah ada hukum tarikan antara kita...bukankah itu dikatakan CINTA?

Subhanallah...Maha Suci Allah Nan Satu.....yang memberikan "hadiah" ini kepadaku...untuk disayangi,dihargai,dijagai dan dicintai setiap waktu....walapun kamu bukan yang PERTAMA namun aku janji kamu adalah yang TERAKHIR....insyaALLAH~




Sunday, October 30, 2011

JIWA,LANGIT BIRU,PAYUNG DAN AKU


Saat kaki melangkah, JIWA selalau berasa gelisah jika melihat LANGIT BIRU sebelum keluar setiap pagi. Adakah LANGIT BIRU itu yang sama sedang ditatap oleh dia…((AKU harap dia punya perasaan yang sama….))
adakah mungkin saat ini LANGIT BIRU itu bakal membawa hujan bahagia dan angin taufan sengsara?
Selalu AKU terfikir wajarkah AKU membawa PAYUNG atau tidak?
Walhal sebenarnya hati dan JIWA serta minda sudah lama mengetahui iaitu tetap mahu membawa PAYUNG..
::manusia belajar daripada pengalaman hidup yang sudah berlalu,perkara kekalahan dan kesilapan yang berlaku boleh dielakkan andai kita mampu bertahan pada waktu itu…tetapi apa daya akal fikiran tika itu andai hati dan JIWA terbelangkai lemah kerana minda yang kusut lemah dek kekalahan menghadapi dugaan hidup::
Mungkin kerana inilah,PAYUNG yang AKU fikir membawa kepada kebahagiaan…dan juga mungkin kemenangan menghadapi belukar hidup itulah yang lebih membawa beban berat dari sangkaan aku sebelum ini…….
JUEJAJ: usai melihat si mentari menyinar hari ini, tiba-tiba saja aku mengimpikan bumi disirami hujan yang membasahi setiap inci tanah dengan kasih sayang. Hati sedang kering dan pipi sudah tidak pandai untk basah lagi. Terima kasih pada anggota tubuh badan yang sanggup bekerja demi menghargai sebuah nyawa….dan lagi, adakah PAYUNG diperlukan lagi tika ini?

Friday, October 14, 2011

Hari Penghargaan :)

hai readers!!

hari ini hari penghargaan...jom kita saling menghargai~~

oleh kerana hari ini adalah hari penghargaan (yang dicipta oleh AKU) aku ingin nak nyatakan sesuatu di sini....

bangun pagi setiap hari juga dikira satu kenikmatan terbesar dalam hidup aku yang diberikan oleh ALLAH swt...jadi, penghargaan pertama, ALHAMDULILLAH segala kebesaran hanya untukMU ya ALLAH...syukur sesangat di atas pinjaman nikmat yang KAU berikan ini...walaupun aku tak pasti bila ianya akan ditarik balik...

1. terima kasih pada keluarga

syukur aku masih punya keluarga yang sempurna....pada mama dan bapa tersayang, terima kasih atas kasih sayang yang kalian berikan...walaupun pada ketikanya ada perit jerih hidup yang menghimpit namun kalian masih bertahan membesarkan anak-anak demi masa depan kami....may ALLAH bless u both...pada adik2, kak long sayang kalian semua....walaupun korang ada bermacam2 perangai....ahaks~~

2. terima kasih pada kekasih hati a.k.a tunanganku a.ka future husband (insyaAllah)

saya nak hidup dengan awak bukan sebulan, setahun sahaja. kalau boleh saya nak hidup lama dengan awak. mungkin tak lama mana, seribu tahun pun cukuplah asalkan kita hidup bersama sampai akhir hayat~ ILYVM <3 font=""> (errr....awak...TERIMA KASIH YA?)

3. terima kasih pada pembenci.

terima kasih kerana masih terus membaca dan mencaci serta memaki. moga hidup anda dalam keadaan baik-baik saja ya? :)

4. terima kasih pada kawan, teman dan sahabat

kawan: terima kasih atas segalanya
teman: terima kasih kerana sentiasa menemaniku.
sahabat: wow u guys memang rock & roll!!! sangat sporting dan cambest!!! sayang korang sangat2 dan thanks for everything!!!

dan terima kasih pada seantero dunia!!

Kita kawan selamanya~

dear No one & Nobody;

aku tau kau perlukan perhatian dari seseorang...tapi aku tak pasti adakah seseorang itu adalah aku...memang aku sudah lama sedar kau mula bertindak secara halus....memerhatiku secara senyap dan memerhati dari arah jauh....aku tak pasti apa tujuan atau motif kau...aku tak pedulik dan aku tak ingin tahu semuanya..

kau tahu tak apa masalah kau? kau seorang yang sangat EGO dan KERAS KEPALA.....kau sedar itu tapi kau masih nak pertahankannya....apa yang kau dapat??sesalan?? 

kau teruskan saja kehidupan baru kau...hidup dengan dia yang telah menggantikan aku dalam hidup kau...bukan aku tidak peduli dengan kau, tapi aku megharapkan kau juga bahagia tika aku mula bahagia....kerana apa?kerana kita masih kawan selamanya~~

kita memang KAWAN kerana aku sudah mula menganggap sebegitu...jika kau tanya aku tentang sayang...Ya aku memang sayang kau...tapi sayang itu tidak seperti dulu...aku dah tukarkan sayang itu dari sayang seorang sahabat pada kawannya....jika kau tanya aku tentang kenangan, Ya Aku memang masih ingat kenangan itu tapi aku kenangan itu aku jadikan seperti pasir yang ditipu angin...semakin hilang dibawa pergi....ke utara, selatan, barat dan timur.....yang tinggal hanya sebutir pasir di mana aku cuma mengenal kau sebagai seorang kawan....jahat kah aku buat seperti itu?? tidak...

maka itu,aku sudah tekad.....aku tidak mahu mengungkit kisah lama, aku tidak mahu diselubungi bayangan silam dan aku tidak mahu memandang belakang lagi....aku mahu bina hidup baru dengan apa yang aku miliki sekarang.......

ouh terlupa...andai kau tanya aku tentang kau mahu menjadi kawan aku...ya, sudah tentu kita masih boleh berkawan...tapi kau dan aku punya batas tembok yang tinggi...kau di sana dan aku di sini...boleh??

dan pintaku cuma satu.....doakan saja kebahagiaan aku.....dan kalau boleh biar antara kita tidak ada perli memerli dan kutuk mengutuk....apa yang lepas biarkan saja ianya berlalu....aku tidak suka diungkit2 lagi...aku cuma mahu kita jadi kawan yang tetap kawan untuk selamanya....jangan salahkan aku atau berasa tidak puas hati di atas tindakan tegas aku ini..sebab inilah yang perlu aku lakukan....aku harap kau faham ya?


p/s: kepada yg tidak ada kena mengena tentang entri ini,ianya hanya untuk suka-suka saja....dun take it seyes k??but pada yang terasa...opppsss sowieee...just want to say SERVES YOUR RIGHT!!!!!

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...