Followers

Friday, October 21, 2016

kesian kakak

medina dah jadi kakak dah... sepanjang 2 bulan ni medina dah start terima adik. secara perlahan-lahan dia dah sedar yang dia dah ada adik. memang aku perasan ada sedikit jurang aku dengan kakak sejak ada adik ni. adik asyik nak melekat dengan aku. dalam masa yang sama kakak pula nak manja2. kesian aku tengok kakak. kadang2 kalu dah x tahan rasa, dengan tak snegaja aku marah kakak. moga aku dapat bersabar menghadapinya. kesian kakak.

selalu sayang adik ya kakak....love u both!


Saturday, August 27, 2016

Adik untuk kakak

ALHAMDULILLAH...syukur nya YA Allah.. aku selamat melahirkan puteri ke 2 seberat 2.69kg... berat..wajah dan tubuhnya sebijik rupa seperti kakaknya,medina... putih melepak...bersih... kali ni aku dapat merasa baby diletakkan di dadaku... sambil melihat wajahnya..teringat kakak di rumah..entah tau ka tidak yang umminya ni sdh melahirkan adiknya... papun.. selamat lahir ke dunia wahai Jezmina El Laura... moga kehadiranmu menceriakan suasana kehidupan ummi, waleed dan kakak...


Jezmina El Laura

alahai jelinganmu dik oiii

Selamat berpantang Jue..yeah...!!

Wednesday, January 6, 2016

~tanpa tajuk~



Ya Allah
seandainya dugaan mengandung ini adalah kifarah atas dosa2 ku padaMU, pada suami dan anakku, pada ibu bapa dan mertuaku, serta pada mereka2 yang berbuat baik padaku, maka aku terimanya dengan hati terbuka dan redha atas kesakitan ini.

namun Ya Allah, Kau selamatkanlah kandungan kedua ini dan semoga khalifah ini lahir ke dunia dengan paras rupa dan akhlak yang baik,tidak ada cacat celanya dan yang paling penting sihat tubuh badannya.

tidak dinafikan aku sudah tidak larat lagi untuk mengurus hal2 dalam rumah tangga..memasak...mengemas...cuci,jemur dan lipat baju...apalagi mengurus Medina dengan baik...apa yang kuharapkan adalah dari ehsan dan simpati dari suami tercinta. Terima kasih kepadanya yang banyak membantu dan cuba untuk memhami keadaanku walaupun aku sentiasa marah dan terus marah terhadap benda kecil atau remeh temeh yang berlaku antara kami. Maafkan sayang, Abang...tidak bermaksud untuk melukakan hatimu tapi ketahuilah aku tidak mampu mengawal amarah dan bengis yang ada tersimpan jauh disudut hati ini. dalam keadaan yang lemah ini semakin perasaan itu tidak dapat ditapis malah terus membakar.Sesungguhnya syaitan dan jin yang menghasut kuat ini berjaya merosakkan hati isterimu.

Ya Allah...hidayah dari MU yang aku cari..semoga terus istiqomah aku mencarinya walaupun aku kadang2 lupa tentang diriMu ya Allah...berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menhgadapi ujian mengandung ini..sesungguhnya Engkau lebih tahu tentang tahap kekuatan aku untuk ujianmu.


untuk suami,

tolong maafkan isterimu ini.....walau sejahat mana sekalipun aku ini, aku tetap memohon secubit kemaafan dari mu...sekiranya berlaku sesuatu kepadaku, tolong jaga Medina baik2...besarkan dia dengan kasih sayang...didik dia tentang agama dan akhlak....walau aku isteri yang jahat aku tetap mahu dia menganggap aku ummi yang baik pada pandangan matanya. jangan dia lupa tentang atuk dan nenek sebelah umminya..biar dia terus kenal susur keluarga umminya.

maaf sekali lagi....