Anak itu rezeki.Alhamdulillah, Allah kurniakan kami rezeki
itu. Aku disahkan ‘bunting pelamin’ 6 minggu (ketika ini). sebelum hari yang
aku tahu yang aku hamil, macam-macam tanda yang aku alami. So aku nak citer
pengalaman my own tanda2 pregnant, Selepas
2minggu berkahwin , aku mula mengalami:-
1.
Rasa loya, mual dan nak
muntah.
Entah kenapa, tekak aku rasa tidak selesa pada waktu pagi. Aku
fikir mungkin sebab angin banyak masuk. Sebab kalu lambat je sarapan, mula la
perut aku masuk angin. So , aku biarkan je la.kadang-kadang aku bawa makan
asam2 tuk hilangkan rasa2 tu. Kurangla sikit. Tapi satu hari (time besday mama
mertua aku) suami aku amik dari tempat kerja. Masa dalam perjalanan balik,
tekak dan perut dah rasa lain. Macam mabuk jalan tapi agak pelik sebab aku dah
berhari2 jalan ulang alik dari tuaran ke KK takkan tak biasa lagi kot? Hehehe…so,
hari tu, kami tak terus pulang kerumah, kami ke Pekan Tuaran nak ambil kek
untuk hari jadi mama mertuaku. Kononnya nak wat suprisela..walaupun badan tak
sihat time tu aku gagahkan diri nak join jugak besday party tu. Hah masa adik
ipar aku amik kek tu la, aku terus muntah-muntah, nasib luar kreta, kalu tak,
naya kereta tu bau muntah aku.hahahahah. suami dah panik sikit time tu. Aku
cakap kat dia, maybe ari ni kerja penat sikit. Sebab banyak sangat kerja kat
ofis time tu. Suami aku gosok kat belakang aku,terasa nyaman sedikit. But,
sampai rumah aku dah ok sikit, lagipun time tu besday mama mertua, so tak perlu
lah aku nak tayang muka tak sihat aku ni.nasib baik la aku dah rasa ok sikit time
tu. Jadi, malam tu kami enjoy makan kek dan makan2…
2.
Rasa lapar
Haaaaa ni yang ketara sangat…perut aku
asyik nak makan je…masa ni aku fikir maybe aku nak period dah sebab time period
aku nak dekat dah. So, aku biarkan jugak sebab memang perangai aku kuat makan
kalu nak period time. Bagi jela apa2 makanan, mesti aku belasah punye.dah lah
asyik nak makan pedas je.kalu tak pedas, tak sedap pula makanan aku. ape je
suami aku belikan makanan, aku makan.kacang yang aku jarang makan pun, aku
belasah sampai habis.
3.
Sengugut macam nak period
atau cramp perut.
Aku dah mula sakit2 kat bawah perut
seminggu sebelum aku disahkan hamil. 2hari pertama rasa sakit macam tu aku dah
cakap dalam hati “ouh tak lama dah nak period ni”. Biasanya, aku akan rasa
cramp kat perut 1 atau 2 hari sebelum period, so aku tengok calendar, tarikh
nak period memang nak sampai dah. So, aku tahan2 kan jela sakit tu sebab dah
biasa.
Tapi, selepas 4 hari sakit tu masih ada dan
mula menular ke bahagian pinggang. Dan tak pasal2 aku mula rasa sakit pinggang.
Sekali lagi aku check kalender. Terkejut juga aku sebab time period aku dah
lewat 2 atau 3 hari. Mulanya aku fikir
maybe bulan ni lewat skit kot. Tak pe, aku tunggu lagi 2 hari. But, aku masih
mengalami cramp kat bawah perut. So, aku search google. Sebab aku dah mula syak
aku pregnant.
Aku baca semua maklumat tanda-tanda orang
mengandung, semuanya memang aku dah kena. Dalam pada masa yang sama jugak,
suami aku pun syak aku pregnant so aku suh dia beli UPT kat farmasi. UPT yang
pertama aku beli dengan harga RM12 itu aku simpan dalam beg elok2. Dan time aku
nak mandi (masa tu nak dekat maghrib) aku bawa UPT tu sekali sebab nak check
air kencing tapi keputusannya adalah –ve. Memang ada rasa kecewa sikit sebab
tanda-tanda mengandung dah ada. Tapi bila aku tnya kawan2 aku, dorang cakap
kadang-kadang tanda mengandung ni macam nak period. So, bile dah dorang cakap
macam tu, aku pun mula beranggapan aku nak period cuma mungkin agak lewat.
Suami aku pujuk ‘tak pe, nanti kita cuba lagi k?”
4. Jerawat
aigggoooooo......aku ingat time nak period je muke aku berjerawat tapi jerawat juga salah satu petanda preggy tau (aku baca kat google)...maybe, lain wanita lain hormon kot? kan? punye lah besar jerawat yang kuar kat muka aku...bapak jerawat ke ape? sabar jer la...
4. Jerawat
aigggoooooo......aku ingat time nak period je muke aku berjerawat tapi jerawat juga salah satu petanda preggy tau (aku baca kat google)...maybe, lain wanita lain hormon kot? kan? punye lah besar jerawat yang kuar kat muka aku...bapak jerawat ke ape? sabar jer la...
5.
Pitam/Pengsan
Hahahahahh….ni yang aku nak sangat citer.
Selepas 3 /4 hari iaitu dari hari yang aku check UPT, aku masih rasa cramp perut, loya,lapar masih berterusan dan
masih belum period lagi. Tapi,aku cuba
abaikan saja.walau macam manapun entah kenapa naluri aku kuat yang mengatakan
aku ni pregnant. tapi aku tak berani nak buat UPT lagi sebab takut kecewa.
Pada hari Jumaat yang lepas, aku awal balik
dari tempat kerja sebab sakit pinggang dan pening menyerang aku. suami aku ajak
pi klinik kesihatan ibu dan anak kononnya nak test pregnancy lagi, aku cuba
membantah tak nak pergi sebab aku takut keputusan tetap sama. Tapi suami tetap
pujuk dan akhirnya aku pun setuju. Sampai je kat klinik tu, jururawat suh aku
test urin kat makmal dan sekali lagi keputusan tetap –ve. Kan aku dah ckp
dah….huhuhuhu. tapi tak pelah, aku pun tak kisah. Aku terima dan anggap belum
ada rezeki. So, kami balik dan singgah ke kedai makan.
seperti biasa aku asyik nak makan sehinggalah
waktu malam tu iaitu selepas makan malam, aku asyik bercerita dengan adik ipar
aku sambil bermain dengan anak buah dan tengok TV. Sebelum nak masuk tidur (oo
ya masa tu suami aku kuar main futsal), aku sempat mengadu kat adik ipar aku
yang aku ada rasa pening. So, aku minta izin masuk bilik sebab nak bawa kepala pening
tu tidur awal. Selepas 1 jam aku tidur, sekurang2 nya dalam kul 11 lebih mlam
tu, kepala aku mula terasa berat sangat dan pandangan aku mula berpinar2. Bumi
macam dah berpusing2.bila aku buka mata, pandangan sangat kabur. Aku cuba
menjerit memanggil nama suami aku tapi masa tu suami tengah mandi (time suami
dah balik rumah).
Sambil tutup mata (sebab pandangan dah
kabur), aku panggil nama adik ipar aku, tapi dia tak datang2. Sampailah aku
menjerit memanggil namanya sekali lagi barulah kali tu dia datang.masa tu aku
dah pegang kepala. Adik ipar dah mula susah hati melihat aku. cepat2 dia
mengetuk bilik air sambil memanggil suami aku suruh keluar cepat. Dan, sebaik
sahaja suami aku keluar dari bilik air dan pakai baju, aku jatuh PENGSAN. Jeng
jeng jeng~~~~~~
Setelah sedar, aku sudah dikerumuni oleh
orang2 dalam rumah tu termasuk papa dan mama mertuaku, pakcik2, makcik, sepupu
sepapat suami aku. Ya Allah, masa tu aku dah berdoa jangan jadi apa2 kat
aku.time tu aku dapat rasakan tangan suami aku di atas dada aku. Berulang kali
dia menyentuh dada aku sama ada aku masih bernafas atau tidak. mungkin dia dah
mula panik. Aku faham sangat dah dia tu. Keprihatinannya sangat tinggi.Terasa
tangan dia menggeletar memegang aku dari belakang. Aku tahu dia tengah susah
hati. Tapi aku memang betul2 tidak bermaya masa tu. Seolah-olah badan aku dah
xde tulang. Lemah sangat.
Perjalanan ke hospital mengambil masa 10
minit, dalam masa yang singkat itu aku mengadu aku tak boleh buka mata sebab
dah kabur.papa mertua aku yang memandu dan mama mertua duduk disebelahnya. Dan
suami aku memangku aku yang masih terbaring. Pada masa itu juga aku nak muntah,
dan akhirnya segala makanan yang aku telan pada hari itu dah aku muntahkan
semua. Dahlah aku muntah atas jaket kesayangan suami.hehehe.sorry boss! Dan
sekali lagi aku terasa lemah dan tidak bermaya.
Sampai dihospital aku dimasukan 1 botol
air. Nak dekat 2 jam jugak la nak menunggu air botol tu habis. Doktor tanya
macam2, yang tukang menjawabnya adalah suami, papa dan mama mertua aku.heheheh
macam2 jugalah jawapan, tanggapan yang mereka utarakan pada doctor tu. Doktor
check darah aku, OK. Everything is ok but aku still rasa pening. Doctor bagi
ubat hilangkan pening sehinggalah aku tertidur. Selepas aku dah pulih sedikit,
aku dah boleh pulang. Rupa2nya, kat luar hospital, pakcik2 dan sepupu2 suami
aku menunggu di luar. Serba salah plak aku tengok. Kesian pula mereka beramai2
menunggu aku di luar. Untungnya aku dapat masuk keluarga begini. So, kami semua balik dalam pukul 2.30 pagi…
Sebelum balik, doctor tentukan satu
temujanji lagi untuk ujian darah dan air kencing pada waktu esok pagi.
Adoyaaaiii..kena check darah lagi ke?
Esoknya, suami aku bawa ke hospital untuk
temujanji tersebut. badan masih lemah tapi masih larat untuk berjalan. Aku
disuruh ke bilik air untuk ambil air kencing kemudian masuk ke makmal untu
ambil darah. Lepas tu, aku dan suami menunggu di luar makmal menunggu
keputusan. Aku cakap kat suami, kalau ada apa2 penyakit macam mana? Aku dah
mula risau.
Sambil menunggu, adik aku telefon aku.
berita aku pengsan semalam sudah sampai ke pengetahuannya. Memang sikapnya
begitu, pantang dengar kalu kak longnya sakit. Cepat2 je dia call. Dalam pada
masa itulah, keputusan aku keluar, ketika namaku dipanggil, suami aku yang
pergi ke depan kaunter.aku biarkan saja sebab aku masih bergayut dengan adik
aku. dan tika itulah aku dengar satu kalimah keluar dari mulut suami aku
“Alhamdulillah”…aku yang kat belakang terpinga2
nak tahu sebabnya.. “kenapa?” telefon masih kat telinga..adik aku yang
dihujung corong telefon senyap… “sayang pregnant la” kata suamiku sambil
tersenyum. “hah?????, betul ke?” “aah, orang makmal tu cakap ade kuar 2 line
kat test pregnant tapi yang line satu lagi masih samar2 tapi memang confirm
pregnant la”. Dalam hati macam tak percaya tapi aku happy sangat.Dan tanpa berlengah aku lihat suami aku terus SUJUD SYUKUR kat depan makmal tu. aku just senyum.terharu sangat beb~
So, hari tu juga, kami nak buat pengesahan
usia kandungan. Time tu dah masuk usia 5 minggu, suami aku terkejut, kenapa
5minggu walhal kahwin baru 3 minggu. So, jururawat kat sana terangkan. Usia
kandungan dikira dari 1st day period. So, oleh kerana 2 mggu sebelum
kawin aku dah period jadi 2 mggu + 3 minggu = 5minggu la. Heheheh. Ouh begitu
rupanyaaaaa~~~
Berita gembira tu kami kongsikan dengan
semua orang termasuk keluarga aku kat keningau. Sebab aku tau dorang dah naik
risau keadaan aku pasal aku jatuh pengsan ari tu. Keluarga aku juga meyambut
berita itu dengan lega hati dan gembira. Alhamdulillah. Mama aku dapat 2 cucu
sekaligus sebab adik aku pun pregnant juga. Heheheh..
Di bawah gambar ni adalah UPT yang aku beli
kali kedua dengan harga yang murah RM6 je. Aku suh suami beli sebab aku nak
tengok sendiri keputusan pregnant. Hari tu masa kat hospital, aku tak dapat
tengok. Oooh yaa, untuk melakukan ujian UPT, seelok2nya buat waktu pagi selepas
bangun dari tidur. Kajian mengatakan bahawa, air kencing waktu sangat pekat dan
mudah detect HG dalam air kencing. Patutlah, sebelum ni aku buat waktu petang
so dats why lambat detect. Dan akhirnya, keputusannya aku dah nampak dua line
merah. Laju je benda tu bergerak…hehehe jeng jeng jeng~~~~
![]() |
dari jarak dekat..nampak dua line? |
![]() |
jarak jauh...yeaaahhh dah keluar dah dua line! |
InsyaAllah...akan aku jaga kandungan ini dengan sebaik2nya......ini anugerah dan hadiah ternilai yang Allah bagi..Alhamdulillah......
Sang suami dah mula sibuk nak menjaga si isteri yang dah preggy!! hehehe~~