Followers

Friday, January 3, 2014

~pengalaman bersalin~


Assallamulaikum wbt….
Alhamdulillah dengan izinNya, akhirnya penantian kami untuk menerima seorang khalifah kecil dalam dunia kami telah pun terjawab. Pada 17.12.13 (Selasa) pada pukul 5.20PM aku selamat melahirkan seorang puteri comel yang putih kemerah-merahan (ceeewwaaahh). Pengalaman bersalin kali ini aku nak kongsikan bersama kalian yang setia membaca blog aku (kalau ada la) hehehe…

14.12.2013
Aku sudah mula terasa sakit di bawah ari2..orang ckp sakit macam ‘period pain’ tapi pada hari itu, aku, suami dan mizi sudah merancang mahu pulang ke Keningau untuk datang meraihkan dua perkahwinan sahabat2 aku. sakit yang cuma datang 30 minit sekali itu tidak menghalang untuk aku berjalan jauh (memang niat aku nak berjalan selalu sebab nak beranak cepat..hahahaha) lagipun due date aku di jangka bersalin ada dua minggu lagi. Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau, aku asyik mahu membuang air besar. Setiap perhentian kereta kami berhenti, aku akan pergi ke tandas. Perut asyik memulas2 dan pedih. Aku tahu, tanda-tanda untuk bersalin sudah banyak yang berlaku ke atas aku. antaranya perut memulas mahu membuang air besar.dan itu yang aku alami sejak akhir2 itu.

Sebaik sampai saja di rumah, aku membersihkan tandas rumah aku. ada 2 buah tandas yang perlu aku bersihkan. Sakit di ari2 masih terasa tapi aku tidak mengendahkannya. Biarlah, mungkin sakit ini akan hilang nanti. Yang penting tandas itu bersih sebab aku memang tak suka tandas kotor. Perangai ini memang aku ikut dari sikap mama aku. kami pantang benar kalu tandas kotor.

Tapi waktu malam, period pain yang aku alami semakin terasa. Susah mata aku mahu tidur disebabkan menahan kesakitan. Kesian encik suami, terpaksa ikut bangun malam dan mengurut aku. tapi apa boleh buat, siapa lagi yang aku harapkan waktu sakit2 macam tu. akhirnya, beberapa jam lepas aku mengalami kesakitan itu, aku dapat tidur dengan lenanya.

15.12.2013
Pagi itu, aku bangun. Kononnya mahu menyediakan sarapan untuk orang2 kat rumah tu. Almaklumlah, mama aku masih lagi berada di kuala Lumpur. Jadi tanggungjawab untuk menyediakan makanan untuk para lelaki dalam rumah tu aku yang pikul. aku pergi ke tandas untuk menyegarkan muka. Dan pada ketika itulah, aku mendapati ada lendir darah keluar semasa membuang air kencing. Terkejut juga aku, dalam hati ‘eh, takkanlah dah nak beranak kot?”. Cepat2 aku memngejutkan suami dari tidur lalu menunjukkan darah itu kepadanya. Hahahaha lantaklah, aku dah tak peduli dah masa tu. Kelam kabut suami aku mengetuk bilik papa aku. dalam fikiran kami semua, aku akan beranak hari itu juga, semakin berdebar pula aku memikirkannya. And then, Kami pun berangkat ke Hospital Keningau.

Sampai di Hospital, aku kena check bukaan rahim. Aduh sakitnya bukan kepalang masa kena check rahim tu. Dalam menahan kesakitan tu, doc tu cakap “ maaf puan, belum ada bukaan rahim lagi. Mungkin puan kena suruh balik rumah lepas ni selagi belum ada bukaan”. Hehehehe dalam hati aku, tak pelah, memang aku nak balik Kota Kinabalu hari itu juga. Dalam hati dah mula bimbang dah kalu terberanak dalam perjalanan balik  ke KK nanti.

Tetapi sebelum aku pulang, doc ada pesan “ puan, bila darah sudah keluar, maknanya puan kena bersedia dari sekarang. Sebab puan bila2 akan bersalin. Jadi saya syorkan puan kena banyak berehat.” Pesan Doc yang berbangsa cina tu. Aku Cuma balas ‘ok doc, thanks’.

Sampai rumah, bapa aku fikir aku dah kena tahan wad. Hehehe…macam Nampak kecewa jak muka papa aku time tu..tak sabr nak dukung cucu le tu..so, pagi tu, niat untuk masak sarapan aku teruskan juga. Walaupun masih terasa sakit, aku gagahkan juga membuat kerja2 dapur. Perot lapar beb~

Kami selamat tiba di KK pada sebelah petang. Sakit yang dikatakan ‘period pain’ tu masih terasa. Tapi aku buat tak tahu saja. Pada sebelah malam, sakit tu datang balik. Dan sekali lagi aku tak dapat tidur.

16.12.13
Tepat kul 12tgh malam, sakit yang ku alami masih lagi terasa. Dan semakin masa berlalu semakin kerap sakit tu menyerang. Mungkin dalam kiraan aku, dalam tempoh setengah jam 2 3 kali sakit itu datang. Sehinggalah pukul 3 pagi, suami membuat keputusan untuk membawa aku ke Hospital. Siapa lah yang tak tahan melihat isteri menahan kesakitan oii…

Dalam sekitar pukul 4 pagi, kami sampai ke hospital likas, kk. Aku disuruh mendaftar di kaunter bilik penilaian. Sejurus selepas itu, aku diberi pakaian persalinan hospital. Selepas 10 minit, namaku di panggil untuk dinilai. Dan sekali lagi, doctor perempuan berbangsa cina memeriksa bukaan rahim aku. Ya Allah, itu yang aku takut sebenarnya. Sakit wei bila jari masuk dalam ‘lubang’ tu..tuhan je yang tahu sakitnya…

Apa yang mengecewakan aku, sekali lagi doctor tu memberitahuku bahwa belum ada bukaan. Aduh, kenapa begitu? Constraction yang aku rasa ini memang perit tapi apa boleh buat. Selagi belum ada bukaan, confirm doctor tu suruh aku balik rumah. Nak tak nak, aku terpaksa discharge sekali lagi. Waktu itu hari isnin, jadi awal2 lagi suami dah bagitahu bos aku yang aku tak dtg kerja pada hari itu. Takut bila2 saja aku bersalin. Dengan perasaan sedikit kecewa, kami balik dan singgah untuk membeli sarapan di Kingfisher. Sebelum balik rumah, kami sempat lagi ke pejabat KKFM. Sebab suami ada kerja nak buat. Walaupun constraction attack aku berulang kali, aku tahankan saja. Tak senang duduk aku di atas kerusi sebab situasi constraction tersebut.

Aku berehat saja di rumah sehinggalah pukul 10 malam hari itu, constraction semakin kuat. Dan stiap kali aku pergi ke tandas, setiap kali itu lah aku perasan darah yang bersifat lendir masih lagi ada. Risau jugak aku bila melihat darah itu tidak berhenti keluarnya. Bila masuk waktu tidur, sakit itu sudah mula menyerang sekali setiap 10 minit. Tapi aku tak bleh buat apa, sebab sebelum balik dari hospital likas, ada seorang nurse sudah pesan, kalu terasa constraction secara konsisten sebanyak 3 x dalam 10 minit, itu maknaya kena dtg check ke hospital. Mungkin rahim sudah terbuka. Aku pula mula mengira time constraction tu datang.. sekali sakit dalam tempoph 10 minit..oh jadi maknany belum konsisten lagi.hehehe

17.12.13
masuk waktu Tengah Malam , aku langsung tak dapat melelapkan mata. Sakit di ari2 semakin kuat. Suami aku pula balik2 tengok jam mengira masa constraction tu datang. Suami aku cakap, ‘eh dah 3x in 10 minit ni..” aku plak menjawab, belum lagi kot, tunggu jap lagi”. Dan begitulah seterusnya, kami terus menunggu dan mengira jarak sakit tersebut. Suami aku yakin aku dah sakit 3x in 10 minit. Walau mcm mnapun aku tetap berdegil tak nak ke hospital, dengan alas an takut belum ada bukaan lagi, sia2 saja ke hospital. Entahlah, macam serik pula sebab dah 2x kena macam tu.

Puas kami mencari ikhtiar macam mana nak confirmkan sakit macam tu dah blh pergi ke hospital atau tak, nasib baik lah, kami dapat menghubungi salah seorang nurse hospital likas tu untuk meminta kepastian sama ada aku patut ke hospital atau tidak. Nurse tu suruh kami ke hospital juga untuk membuat penilaian sekali lagi. Dan akhirnya kami bersetuju untuk ke hospital. Itu maknany sudah masuk ke 3x la yer?

Macam dah merancang kot, sekali lagi dalam sekitar pukul 4 pagi kami sampai ke Hospital Likas. Sampai kan doctor sana cakap, kenapa mesti datang pukul 4 pagi? Heheh…dalam sakit2 tu aku sempat senyum lagi. Dalam hati “eh eh, suka ati ar datang pukul berapa pun”. Hahahahahaha~

Untuk ke3x nya, rahim aku diperiksa sekali lagi. Terpaksa lagi menahan sakit. Ayark~~ dan syukur, kali ni doc dah bagi kepastian bahawa pintu rahim aku dah terbuka 2cm..akhirnya……lega plak aku rasa time tu…sekurang2nya aku tak perlu balik ke rumah sekali lagi untuk menahan sakit kesekian kalinya. Setelah aku diperiksa dan dinilai,aku pun memaklumkan perkara itu kepada suami aku. doc cakap aku dah boleh admit wad.kena tunggu bukaan rahim yang setersunya.okayyy~ takpe..nak tak nak terpaksa la aku menunggu.

Mungkin suami aku dah maklumkan kepada semua keluarga di rumah dan di kampung..dan aku serahkan segalanya kepada Allah untuk berhadapan melahirkan baby ni. Lama juga aku tunggu giliran aku untuk dibawa masuk ke dalam wad. Dari jauh, kesian pula aku tengok suami menunggu lama kat luar bilik penilaian tu. Rupa2nya, ujian darah aku tak lepas, sebab tu tak boleh admit wad lagi. Untuk kedua kalinya, darah aku diambil lagi. Ayarkkk….constraction dah semakin sakit…masa nilah suami aku bagi satu doa untuk memudahkan bersalin. Dan macam2 la doa, selawat dan zikir yang bermain dibibir aku. rasa takut, bimbang dan gembira pun ada. Perasaan yang amat bercampur baur. Wei apa taknya..tengah berhadapan dengan syahid tu..kau fikir senang ke???

Kira2 dalam pukul 9-10 pagi aku dah dibenarkan masuk wad kenanga 1 bilik no.3, masa tu waktu melawat pukul 12.30-2 ptg belum tiba lagi, so suami terpaksa balik rumah dulu. Dengan perasaan berat hati, aku biarkan suami pulang ke rumah dulu. Dan berjanji akan datang semula pada waktu melawat. Aku ditempatkan di katil paling hujung dekat ngn tingkap. Dalam bilik tu, lebih kurang ada enam orang termasuk aku. aku lihat semuanya sedap tidur. Aku? dengan perasaan yang berdebar dan terpaksa menahan sakit, mcm mana nak tidur?so, aku duduk jer la.

Dalam masa2 tu, aku sempat lagi berurusan dengan client dan rakan sekerja aku untuk menyediakan surat penangguhan perbicaraan. Kenapa? Wei 18hb tu sebenarnya aku kena masuk mahkamah nak selesaikan masalah pembahagian harta pusaka client aku. tapi nak buat mcm mana, aku tak jangka pun aku nak bersalin dah time tu. Aku Cuma berharap, client aku faham keadaan aku dan Mahkamah menerima penangguhan perbicaraan tu. Selebihnya aku redha jer apa yang jadi.

Aku sempat makan tengah hari (itu pun kena paksa nurse sebab kalu tak makan nanti takde tenaga nak meneran masa beranak) huh, dengar je nurse cakap mcm tu, aku paksa je makan nasi yang disediakn oleh hospital. Faham2 la makanan hospital macam mana kan..tawar siuuuttt…..lepas makan, aku minum air penawar yang bapa aku bekalkan dari kampung. Entah macam mana, lepas minum tu, air ketuban aku pecah. Habis basah baju dan katil. Terus aku menjerit kat nurse sana bagitahu air ketuban dah pecah. Nurse datang periksa. “aah betol la air ketuban dah pecah tapi tak banyak”. So, aku lega sikit. Sekurang2nya baby aku tak lemas menunggu tanpa air ketuban.

Suami dan mama mertua sampai juga akhirnya, time tu aku dah menjerit2 kesakitan. Dah tak peduli dah para pesakit2 disekeliling aku. lama aku menunggu doctor datang periksa keadaan aku. sebab dorang tengah sibuk periksa pesakit yang satu lgi. Terpaksala aku menunggu giliran. aku dah mengadu kat suami, aku tak tahan sakit. Rasa nak minta kena suntik ubat penahan sakit buat kali kedua lagi tapi doctor tak bagi sebab takut aku mengantuk masa nak meneran. Waaaaa~ air mata dah keluar bertubi2 menahan sakit..tak dapat nak gambarkan perasaan sakit tu macam mana. Aku hanya mampu beristighfar dan menyebut nama Allah berulang kali.

Bila doctor check keadaan aku, bukaan rahim dah terbuka 4-5 cm, and then dorang check CTG baby.ok ke tak jantung baby tu. Adduhh…memang lama ar menunggu keputusan ctg tu siap. Aku Cuma mampu memeluk suami untuk menahan sakit. Memang terasa emosi betul2 tak stabil time tu. Bila saja suami pegang muka aku (kononnya nak bagi aku tenang kot) aku tepis tangan suami dan marah2..sebenarnya tak sengaja pun nak marah suami time tu tapi disebabkan sakit yang amat, aku terasa sangat rimas.

Akhirnya dalam pkul 2 ptg, aku dibenarkan masuk labour room. Sebelum tu, aku dah minta maaf banyak2 kat suami aku. minta ampun if ada salah silap. Fikiran dah bermain macam2 dah. Tak tahu apa yang akan terjadi kan? Nauzubillah~

Sampai di labour room, aku terpaksa lagi menunggu bukaan rahim yang seterusnya, Ya Allah terasa lama sangat masa berlalu…constraction semakin kerap dan terlalu sakit. Aku haraplah sangat sakit tu dapat membantu bukaan rahim yang seterusnya tapi bila doc check lagi, masih lagi 4cm…what should I do? Nurse yang bertugas sana dah pesan jangan meneran awal2, takut bengkak kat ‘sana’. Aku mengangguk faham tapi dalam masa yang sama aku terteran sikit2. Heheheh~

Aku diberi alat sedut untuk menahan sakit tapi tak membuahkan hasil malah alat tu buat aku rasa mengantuk pula. Bila nurse bagitahu alat tu buatkan kita mengantuk, cepat2 aku berhenti. Tak pelah biar lah aku sendiri tarik nafas dan hembus. Napelah nurse tu tak cakap awal ea.patutlah aku rasa nak tertidur jer.

Aku cuba memotivasikan diri. Aku menahan sebaik mungkin sakit nak beranak tu. Bila saja constraction tu datang, aku Cuma jerit ‘ chayok2 baby, u can do it.teruskan usaha nak keluar’ dan dalam masa yang sama aku cuba nak teran2 sikit sebab dalam fikiran aku, mungkin kalu aku curi teran sikit2, cepatlah baby nak keluar dan makin besar bukaan rahim aku. sampaikan ada seorang nurse tu cakap ‘baguslah kamu ni, tenang jak’ tapi lama kelamaan aku pula yang surrender sebab dah sakit sangat..dah tak der rasa tenang2 dah..aku menjerit sekuat hati ‘nurse, sya dah rasa macam nak terberak dah ni, tolonglah check”. Dan memang betollah, bila doc check rupanya dah Nampak rambut baby. See? Aku dah agak dah, kalu aku tak teran skit2 time tu mesti lambat lagi nak tunggu buka samapi 10cm.

Masa tulah doc dan nurse2 sekalian kelam kabut membuat persediaan untuk melahirkan baby aku. haaa baru korang nak kelibut ea?

Orite, saat baby nak keluar tula saat yang paling mendebarkan. Aku dah tak terkira dah berapa orang nurse and doc kuar masuk bilik tu nak bantu aku melahirkan. Terdengar juga suara2 nurse yang bagi support.memang mereka semua memberi sokongan yang memberangsangkan. Aku pun seolah baru dapat semangat baru, bersiap sedia nak meneran. Sebaik saja sakit tu datang, aku mula tarik nafas dan terus meneran. Orang cakap macam kita teran t**i keras gitu..kih kih kih…

Malangnya, sakit constraction aku Cuma bertahan selama 20saat dalam jarak 3 minit. Doctor dah banyak kali cakap kat aku cuba teran dengan bersungguh2.Masalahnya, aku dah berusaha untuk teran dan tarik nafas seperti yang diajar tapi sekiranya constraction itu sendiri tidak memberi aku masa yang lama untuk meneran , apa aku nak buat? Mereka suma juga mengakui bahawa constraction aku Cuma berlangsung selama 20 saat dan menunggu untuk sakit itu datang semula dalam jarak 3 minit. Lama kan? So, baby aku yang dah tersepit kat pintu rahim aku pula mcm mn ngn keadaan dia?

Aku Tanya doc, tak der cara len ke nak bagi constraction aku bertahan lama sikit?at least aku boleh sambung berjuang untuk meneran. Tapi, aku tak menjangka pula doc akan membuat keputusan untuk mengunakan vacuum untuk menarik baby aku? alamak….aku semakin takut. Aku Tanya nurse yang berdiri disebelah aku, tak bahaya ke kalu guna vacuum?ada effect tak? Dan tak semenanya, aku dah Nampak doc memegang vacuum tu. Sempat lagi aku pesan kat doc, buat betol2.hehehehe

Memang terasa sakit bila kepala vacuum tu disumbat masuk dalam pintu rahim aku. doc cakap kepala baby dah nak kuar, kalu kami bergantung kepada constraction aku, takut baby tersepit lama.so, aku redha jer apa yang berlaku pada amsa itu. Dalam hati dah berdoa, semoga selamat baby aku tu.

Alhamdulillah, tepat pukul 5.20pm, seorang baby selamat dilahirkan dari rahim aku. Tangisan kecil yang aku dengar membuatkan perasaan aku berbunga2. Terasa beban sakit yang ditanggung hilang macam tu je..perut pun terasa kosong dan sepi. Tiada lagi rasa gerakan baby menendang2 mahu keluar. Syukur sangat masa tu. Sebelum baby aku dibersihkan, aku sempat bertanyakan doc aku dapat baby apa, yalah, aku tak pasti lagi aku dapat baby gegel ke boboi…ari tu banyak kali scan, tak dapat tgk ‘anu’nya..hehehe..lalu, nurse yang pegang baby aku tu bagi tunjuk punggung baby kat aku. “tahniah, puan dapat baby gegel”. Aku senyum gembira. Memang aku dah agak aku dapat baby gegel. Naluri seorang ibu tak pernah salah. Dalam fikiran, aku dah tahu nama apa yang akan diberikan pada baby aku. Dan aku tahu suami aku juga terfikir nama yang sama. Nanti aku bagitahu namanya siapa ya.

Selepas baby aku dibawa keluar, aku pula yang mendapat masalah. Doc masih memeriksa pintu rahim aku. Aku masih tak tahu apa yang berlaku. Banyak kali aku Tanya nurse di sana, seorang pun tak jawab soalan aku, mungkin dorang sendiri tak pasti apa yang berlaku. Selama beberapa minit aku menunggu apa yang berlaku, doc pempuan yang bertugas pada masa itu memberitahu bahawa rahim aku mengalami koyak yang agak besar. Koyak itu hampir dekat lubang d****r aku. Dan doc bagitahu juga, aku mungkin mengalami pendarahan yang banyak sekiranya tidak dibedah segera. Ya Allah, mcm mana lah boleh sampai jadi begitu. Aku tengok muka doc pempuan tu macam dah cuak dah. Tersilapkah dia? Atau dia yang cuai?

Aku diberitahu bahawa, seorang doc pakar akan datang untuk memeriksa sekali lagi sama ada kesan koyak itu bahaya atau tidak. Aik, makin risau lah aku bila dengar doc cakap macam tu. Lebih kurang 10minit jugak la doc pakar tu sampai. Dan bila doc pakar tu check, dia cakap ‘ouh, puan jangam risau, kesan koyak ni boleh kita baiki lagi. Kami akan bawa puan ke dewan bedah lepas ni.Cuma puan kena berhati2 apabila membuang air besar. Takut jahitan akan terbuka semula’. Bapak aii..senang jer doc tu cakap kan?ingat kulit rahim aku tu macam kain ela ke?

Selama hamper 30minit aku menunggu sebelum dibawa masuk ke dewan bedah. Suami aku sempat berjumpa dengan aku. Katanya “baby dah kena iqamat tadi”.eh cepatnye baby jumpa walid dia. Hik hik hik. Apa yang aku tahu, suami dah diberi maklum tentang keadaan aku. Entah dia faham ke tak. Hahahaha… Cuma apa yang kami berdua tahu, aku kemungkinan besar akan mengalami kehilangan darah yang banyak.. ouh, darah aku jenis O..ada sesape nak bagi derma? Huhuhuh~

selepas 2jam lebih aku berada di dewan bedah,akhirnya aku ditempatkan dalam wad kenanga 2. kira2 dalam pukul 10malam, barulah aku dapat menatap wajah comel puteri yang aku lahirkan itu. Rasa tenang jer tau bila dapat tengok wajahnya. syukur sangat bila mengenangkan aku selamat bersalin selepas menghadapi dugaan sakit bersalin ni.Alhamdulillah. selepas 3 hari, aku sudah dibenarkan untuk discharge dari wad. Memang rasa sengsara duduk lama dalam wad tu. sebab angin dah masuk badan aku, jadi seluruh sendi2 aku dah terasa sengal badan yang melampau. ditambah lagi dengan sakit kepala yang amat. seluruh badan pun dah mula menggeletar. bila doc cakap aku dh boleh keluar, gembiranya bukan kepalang.

suami sempat mengurus surat beranak untuk anak kami di JPN cawangan Hospital Likas tu. nasib baik nama yang diberikan untuk anak kami dah ' lulus diterima masuk' ke dalam sistem pengenalan diri. hahahaha..syukur sekali lagi segala urusan hari itu dipermudhkan. tak sabar nak balik rumah.

okaaayyyy...rasanya dah berjela2 crita aku ni...sekarang aku nak perkenalkan puteri comel kami..jeng jeng jeng jeng  ~

~RAUDHAH EL MEDINA~

naaaaaa~ ini lah dia baby medina....kenapa kami pilih nama ini?InsyaAllah, aku akan ceritakan dalam entri yang seterusnya...

p/s: amat berterima kasih kepada suami tercinta yang sentiasa menemani dan berada di sisi aku sepanjang menghadapi pengalaman bersalin ni serta keluarga dan kawan2 yang tidak putus berdoa. jutaan terima kasih buat Kak Siti Tinie yang sanggup menunggu dan menemaniku sepanjang aku berada di dalam labour room. Jasamu akan dikenang kak. dan juga terima kasih buat doc dan nurse2 yang bertugas ketika itu atas layanan baik mereka, yang ku kira layanan 1st class kot? dan semua mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..semoga Allah membalas jasa kalian semua..Amiin~

6 comments:

  1. tahniah jue.....moga menjadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  2. ouhh contraction. sy igtkn ape construction tu hehe, thniah akk :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah..dah 3 bln umur baby ya..baby Nuha sy baru 31 hari.anak ketiga..semua kuar ikut tingkap..mtp merasa la juga sakit contractions.

    sy ada kongsikan di blog saya tentang pemakanan ibu menyusu & nutrisi si manja

    ReplyDelete
  4. Interesting birth story, thank u for sharing :)

    ReplyDelete
  5. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete