Alhamdulillah dengan izinNya, akhirnya penantian kami untuk menerima seorang khalifah kecil dalam dunia kami telah pun terjawab. Pada 17.12.13
(Selasa) pada pukul 5.20PM aku selamat melahirkan seorang puteri comel yang
putih kemerah-merahan (ceeewwaaahh). Pengalaman bersalin kali ini aku nak
kongsikan bersama kalian yang setia membaca blog aku (kalau ada la) hehehe…
Aku sudah mula terasa sakit di bawah ari2..orang ckp sakit
macam ‘period pain’ tapi pada hari itu, aku, suami dan mizi sudah merancang
mahu pulang ke Keningau untuk datang meraihkan dua perkahwinan sahabat2 aku.
sakit yang cuma datang 30 minit sekali itu tidak menghalang untuk aku berjalan
jauh (memang niat aku nak berjalan selalu sebab nak beranak cepat..hahahaha)
lagipun due date aku di jangka bersalin ada dua minggu lagi. Sepanjang
perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau, aku asyik mahu membuang air besar.
Setiap perhentian kereta kami berhenti, aku akan pergi ke tandas. Perut asyik
memulas2 dan pedih. Aku tahu, tanda-tanda untuk bersalin sudah banyak yang
berlaku ke atas aku. antaranya perut memulas mahu membuang air besar.dan itu
yang aku alami sejak akhir2 itu.
Sebaik sampai saja di rumah, aku membersihkan tandas rumah
aku. ada 2 buah tandas yang perlu aku bersihkan. Sakit di ari2 masih terasa
tapi aku tidak mengendahkannya. Biarlah, mungkin sakit ini akan hilang nanti.
Yang penting tandas itu bersih sebab aku memang tak suka tandas kotor. Perangai
ini memang aku ikut dari sikap mama aku. kami pantang benar kalu tandas kotor.
Tapi waktu malam, period pain yang aku alami semakin terasa.
Susah mata aku mahu tidur disebabkan menahan kesakitan. Kesian encik suami,
terpaksa ikut bangun malam dan mengurut aku. tapi apa boleh buat, siapa lagi
yang aku harapkan waktu sakit2 macam tu. akhirnya, beberapa jam lepas aku
mengalami kesakitan itu, aku dapat tidur dengan lenanya.
Pagi itu, aku bangun. Kononnya mahu menyediakan sarapan
untuk orang2 kat rumah tu. Almaklumlah, mama aku masih lagi berada di kuala
Lumpur. Jadi tanggungjawab untuk menyediakan makanan untuk para lelaki dalam
rumah tu aku yang pikul. aku pergi ke tandas untuk menyegarkan muka. Dan pada
ketika itulah, aku mendapati ada lendir darah keluar semasa membuang air kencing.
Terkejut juga aku, dalam hati ‘eh, takkanlah dah nak beranak kot?”. Cepat2 aku
memngejutkan suami dari tidur lalu menunjukkan darah itu kepadanya. Hahahaha
lantaklah, aku dah tak peduli dah masa tu. Kelam kabut suami aku mengetuk bilik
papa aku. dalam fikiran kami semua, aku akan beranak hari itu juga, semakin
berdebar pula aku memikirkannya. And then, Kami pun berangkat ke Hospital
Keningau.
Sampai di Hospital, aku kena check bukaan rahim. Aduh
sakitnya bukan kepalang masa kena check rahim tu. Dalam menahan kesakitan tu,
doc tu cakap “ maaf puan, belum ada bukaan rahim lagi. Mungkin puan kena suruh
balik rumah lepas ni selagi belum ada bukaan”. Hehehehe dalam hati aku, tak
pelah, memang aku nak balik Kota Kinabalu hari itu juga. Dalam hati dah mula bimbang
dah kalu terberanak dalam perjalanan balik
ke KK nanti.
Tetapi sebelum aku pulang, doc ada pesan “ puan, bila darah
sudah keluar, maknanya puan kena bersedia dari sekarang. Sebab puan bila2 akan
bersalin. Jadi saya syorkan puan kena banyak berehat.” Pesan Doc yang berbangsa
cina tu. Aku Cuma balas ‘ok doc, thanks’.
Sampai rumah, bapa aku fikir aku dah kena tahan wad.
Hehehe…macam Nampak kecewa jak muka papa aku time tu..tak sabr nak dukung cucu
le tu..so, pagi tu, niat untuk masak sarapan aku teruskan juga. Walaupun masih
terasa sakit, aku gagahkan juga membuat kerja2 dapur. Perot lapar beb~
Kami selamat tiba di KK pada sebelah petang. Sakit yang
dikatakan ‘period pain’ tu masih terasa. Tapi aku buat tak tahu saja. Pada
sebelah malam, sakit tu datang balik. Dan sekali lagi aku tak dapat tidur.
Tepat kul 12tgh malam, sakit yang ku alami masih lagi
terasa. Dan semakin masa berlalu semakin kerap sakit tu menyerang. Mungkin
dalam kiraan aku, dalam tempoh setengah jam 2 3 kali sakit itu datang. Sehinggalah
pukul 3 pagi, suami membuat keputusan untuk membawa aku ke Hospital. Siapa lah
yang tak tahan melihat isteri menahan kesakitan oii…
Dalam sekitar pukul 4 pagi, kami sampai ke hospital likas,
kk. Aku disuruh mendaftar di kaunter bilik penilaian. Sejurus selepas itu, aku
diberi pakaian persalinan hospital. Selepas 10 minit, namaku di panggil untuk
dinilai. Dan sekali lagi, doctor perempuan berbangsa cina memeriksa bukaan
rahim aku. Ya Allah, itu yang aku takut sebenarnya. Sakit wei bila jari masuk dalam
‘lubang’ tu..tuhan je yang tahu sakitnya…
Apa yang mengecewakan aku, sekali lagi doctor tu
memberitahuku bahwa belum ada bukaan. Aduh, kenapa begitu? Constraction yang
aku rasa ini memang perit tapi apa boleh buat. Selagi belum ada bukaan, confirm
doctor tu suruh aku balik rumah. Nak tak nak, aku terpaksa discharge sekali
lagi. Waktu itu hari isnin, jadi awal2 lagi suami dah bagitahu bos aku yang aku
tak dtg kerja pada hari itu. Takut bila2 saja aku bersalin. Dengan perasaan
sedikit kecewa, kami balik dan singgah untuk membeli sarapan di Kingfisher.
Sebelum balik rumah, kami sempat lagi ke pejabat KKFM. Sebab suami ada kerja
nak buat. Walaupun constraction attack aku berulang kali, aku tahankan saja.
Tak senang duduk aku di atas kerusi sebab situasi constraction tersebut.
Aku berehat saja di rumah sehinggalah pukul 10 malam hari
itu, constraction semakin kuat. Dan stiap kali aku pergi ke tandas, setiap kali
itu lah aku perasan darah yang bersifat lendir masih lagi ada. Risau jugak aku
bila melihat darah itu tidak berhenti keluarnya. Bila masuk waktu tidur, sakit
itu sudah mula menyerang sekali setiap 10 minit. Tapi aku tak bleh buat apa,
sebab sebelum balik dari hospital likas, ada seorang nurse sudah pesan, kalu
terasa constraction secara konsisten sebanyak 3 x dalam 10 minit, itu maknaya
kena dtg check ke hospital. Mungkin rahim sudah terbuka. Aku pula mula mengira
time constraction tu datang.. sekali sakit dalam tempoph 10 minit..oh jadi
maknany belum konsisten lagi.hehehe
masuk waktu Tengah Malam , aku langsung tak dapat melelapkan mata.
Sakit di ari2 semakin kuat. Suami aku pula balik2 tengok jam mengira masa
constraction tu datang. Suami aku cakap, ‘eh dah 3x in 10 minit ni..” aku plak
menjawab, belum lagi kot, tunggu jap lagi”. Dan begitulah seterusnya, kami
terus menunggu dan mengira jarak sakit tersebut. Suami aku yakin aku dah sakit
3x in 10 minit. Walau mcm mnapun aku tetap berdegil tak nak ke hospital, dengan
alas an takut belum ada bukaan lagi, sia2 saja ke hospital. Entahlah, macam
serik pula sebab dah 2x kena macam tu.
Puas kami mencari ikhtiar macam mana nak confirmkan sakit
macam tu dah blh pergi ke hospital atau tak, nasib baik lah, kami dapat
menghubungi salah seorang nurse hospital likas tu untuk meminta kepastian sama
ada aku patut ke hospital atau tidak. Nurse tu suruh kami ke hospital juga
untuk membuat penilaian sekali lagi. Dan akhirnya kami bersetuju untuk ke
hospital. Itu maknany sudah masuk ke 3x la yer?
Macam dah merancang kot, sekali lagi dalam sekitar pukul 4
pagi kami sampai ke Hospital Likas. Sampai kan doctor sana cakap, kenapa mesti
datang pukul 4 pagi? Heheh…dalam sakit2 tu aku sempat senyum lagi. Dalam hati
“eh eh, suka ati ar datang pukul berapa pun”. Hahahahahaha~
Untuk ke3x nya, rahim aku diperiksa sekali lagi. Terpaksa lagi
menahan sakit. Ayark~~ dan syukur, kali ni doc dah bagi kepastian bahawa pintu
rahim aku dah terbuka 2cm..akhirnya……lega plak aku rasa time tu…sekurang2nya
aku tak perlu balik ke rumah sekali lagi untuk menahan sakit kesekian kalinya.
Setelah aku diperiksa dan dinilai,aku pun memaklumkan perkara itu kepada suami
aku. doc cakap aku dah boleh admit wad.kena tunggu bukaan rahim yang
setersunya.okayyy~ takpe..nak tak nak terpaksa la aku menunggu.
Mungkin suami aku dah maklumkan kepada semua keluarga di rumah
dan di kampung..dan aku serahkan segalanya kepada Allah untuk berhadapan melahirkan
baby ni. Lama juga aku tunggu giliran aku untuk dibawa masuk ke dalam wad. Dari
jauh, kesian pula aku tengok suami menunggu lama kat luar bilik penilaian tu.
Rupa2nya, ujian darah aku tak lepas, sebab tu tak boleh admit wad lagi. Untuk
kedua kalinya, darah aku diambil lagi. Ayarkkk….constraction dah semakin
sakit…masa nilah suami aku bagi satu doa untuk memudahkan bersalin. Dan macam2
la doa, selawat dan zikir yang bermain dibibir aku. rasa takut, bimbang dan
gembira pun ada. Perasaan yang amat bercampur baur. Wei apa taknya..tengah
berhadapan dengan syahid tu..kau fikir senang ke???
Kira2 dalam pukul 9-10 pagi aku dah dibenarkan masuk wad
kenanga 1 bilik no.3, masa tu waktu melawat pukul 12.30-2 ptg belum tiba lagi,
so suami terpaksa balik rumah dulu. Dengan perasaan berat hati, aku biarkan
suami pulang ke rumah dulu. Dan berjanji akan datang semula pada waktu melawat.
Aku ditempatkan di katil paling hujung dekat ngn tingkap. Dalam bilik tu, lebih
kurang ada enam orang termasuk aku. aku lihat semuanya sedap tidur. Aku? dengan
perasaan yang berdebar dan terpaksa menahan sakit, mcm mana nak tidur?so, aku
duduk jer la.
Dalam masa2 tu, aku sempat lagi berurusan dengan client dan
rakan sekerja aku untuk menyediakan surat penangguhan perbicaraan. Kenapa? Wei
18hb tu sebenarnya aku kena masuk mahkamah nak selesaikan masalah pembahagian
harta pusaka client aku. tapi nak buat mcm mana, aku tak jangka pun aku nak
bersalin dah time tu. Aku Cuma berharap, client aku faham keadaan aku dan
Mahkamah menerima penangguhan perbicaraan tu. Selebihnya aku redha jer apa yang
jadi.
Aku sempat makan tengah hari (itu pun kena paksa nurse sebab
kalu tak makan nanti takde tenaga nak meneran masa beranak) huh, dengar je
nurse cakap mcm tu, aku paksa je makan nasi yang disediakn oleh hospital.
Faham2 la makanan hospital macam mana kan..tawar siuuuttt…..lepas makan, aku
minum air penawar yang bapa aku bekalkan dari kampung. Entah macam mana, lepas
minum tu, air ketuban aku pecah. Habis basah baju dan katil. Terus aku menjerit
kat nurse sana bagitahu air ketuban dah pecah. Nurse datang periksa. “aah betol
la air ketuban dah pecah tapi tak banyak”. So, aku lega sikit. Sekurang2nya
baby aku tak lemas menunggu tanpa air ketuban.
Suami dan mama mertua sampai juga akhirnya, time tu aku dah
menjerit2 kesakitan. Dah tak peduli dah para pesakit2 disekeliling aku. lama
aku menunggu doctor datang periksa keadaan aku. sebab dorang tengah sibuk
periksa pesakit yang satu lgi. Terpaksala aku menunggu giliran. aku dah mengadu
kat suami, aku tak tahan sakit. Rasa nak minta kena suntik ubat penahan sakit
buat kali kedua lagi tapi doctor tak bagi sebab takut aku mengantuk masa nak
meneran. Waaaaa~ air mata dah keluar bertubi2 menahan sakit..tak dapat nak
gambarkan perasaan sakit tu macam mana. Aku hanya mampu beristighfar dan
menyebut nama Allah berulang kali.
Bila doctor check keadaan aku, bukaan rahim dah terbuka 4-5
cm, and then dorang check CTG baby.ok ke tak jantung baby tu. Adduhh…memang
lama ar menunggu keputusan ctg tu siap. Aku Cuma mampu memeluk suami untuk
menahan sakit. Memang terasa emosi betul2 tak stabil time tu. Bila saja suami
pegang muka aku (kononnya nak bagi aku tenang kot) aku tepis tangan suami dan
marah2..sebenarnya tak sengaja pun nak marah suami time tu tapi disebabkan
sakit yang amat, aku terasa sangat rimas.
Akhirnya dalam pkul 2 ptg, aku dibenarkan masuk labour room.
Sebelum tu, aku dah minta maaf banyak2 kat suami aku. minta ampun if ada salah
silap. Fikiran dah bermain macam2 dah. Tak tahu apa yang akan terjadi kan?
Nauzubillah~
Sampai di labour room, aku terpaksa lagi menunggu bukaan
rahim yang seterusnya, Ya Allah terasa lama sangat masa berlalu…constraction
semakin kerap dan terlalu sakit. Aku haraplah sangat sakit tu dapat membantu
bukaan rahim yang seterusnya tapi bila doc check lagi, masih lagi 4cm…what
should I do? Nurse yang bertugas sana dah pesan jangan meneran awal2, takut
bengkak kat ‘sana’. Aku mengangguk faham tapi dalam masa yang sama aku terteran
sikit2. Heheheh~
Aku diberi alat sedut untuk menahan sakit tapi tak
membuahkan hasil malah alat tu buat aku rasa mengantuk pula. Bila nurse
bagitahu alat tu buatkan kita mengantuk, cepat2 aku berhenti. Tak pelah biar
lah aku sendiri tarik nafas dan hembus. Napelah nurse tu tak cakap awal
ea.patutlah aku rasa nak tertidur jer.
Aku cuba memotivasikan diri. Aku menahan sebaik mungkin
sakit nak beranak tu. Bila saja constraction tu datang, aku Cuma jerit ‘
chayok2 baby, u can do it.teruskan usaha nak keluar’ dan dalam masa yang sama
aku cuba nak teran2 sikit sebab dalam fikiran aku, mungkin kalu aku curi teran
sikit2, cepatlah baby nak keluar dan makin besar bukaan rahim aku. sampaikan
ada seorang nurse tu cakap ‘baguslah kamu ni, tenang jak’ tapi lama kelamaan
aku pula yang surrender sebab dah sakit sangat..dah tak der rasa tenang2
dah..aku menjerit sekuat hati ‘nurse, sya dah rasa macam nak terberak dah ni,
tolonglah check”. Dan memang betollah, bila doc check rupanya dah Nampak rambut
baby. See? Aku dah agak dah, kalu aku tak teran skit2 time tu mesti lambat lagi
nak tunggu buka samapi 10cm.
Masa tulah doc dan nurse2 sekalian kelam kabut membuat
persediaan untuk melahirkan baby aku. haaa baru korang nak kelibut ea?
Orite, saat baby nak keluar tula saat yang paling
mendebarkan. Aku dah tak terkira dah berapa orang nurse and doc kuar masuk
bilik tu nak bantu aku melahirkan. Terdengar juga suara2 nurse yang bagi
support.memang mereka semua memberi sokongan yang memberangsangkan. Aku pun
seolah baru dapat semangat baru, bersiap sedia nak meneran. Sebaik saja sakit
tu datang, aku mula tarik nafas dan terus meneran. Orang cakap macam kita teran
t**i keras gitu..kih kih kih…
Malangnya, sakit constraction aku Cuma bertahan selama
20saat dalam jarak 3 minit. Doctor dah banyak kali cakap kat aku cuba teran
dengan bersungguh2.Masalahnya, aku dah berusaha untuk teran dan tarik nafas
seperti yang diajar tapi sekiranya constraction itu sendiri tidak memberi aku
masa yang lama untuk meneran , apa aku nak buat? Mereka suma juga mengakui
bahawa constraction aku Cuma berlangsung selama 20 saat dan menunggu untuk
sakit itu datang semula dalam jarak 3 minit. Lama kan? So, baby aku yang dah
tersepit kat pintu rahim aku pula mcm mn ngn keadaan dia?
Aku Tanya doc, tak der cara len ke nak bagi constraction aku
bertahan lama sikit?at least aku boleh sambung berjuang untuk meneran. Tapi,
aku tak menjangka pula doc akan membuat keputusan untuk mengunakan vacuum untuk
menarik baby aku? alamak….aku semakin takut. Aku Tanya nurse yang berdiri
disebelah aku, tak bahaya ke kalu guna vacuum?ada effect tak? Dan tak
semenanya, aku dah Nampak doc memegang vacuum tu. Sempat lagi aku pesan kat
doc, buat betol2.hehehehe
Memang terasa sakit bila kepala vacuum tu disumbat masuk
dalam pintu rahim aku. doc cakap kepala baby dah nak kuar, kalu kami bergantung
kepada constraction aku, takut baby tersepit lama.so, aku redha jer apa yang
berlaku pada amsa itu. Dalam hati dah berdoa, semoga selamat baby aku tu.
Alhamdulillah, tepat pukul 5.20pm, seorang baby selamat
dilahirkan dari rahim aku. Tangisan kecil yang aku dengar membuatkan perasaan
aku berbunga2. Terasa beban sakit yang ditanggung hilang macam tu je..perut pun
terasa kosong dan sepi. Tiada lagi rasa gerakan baby menendang2 mahu keluar.
Syukur sangat masa tu. Sebelum baby aku dibersihkan, aku sempat bertanyakan doc
aku dapat baby apa, yalah, aku tak pasti lagi aku dapat baby gegel ke boboi…ari
tu banyak kali scan, tak dapat tgk ‘anu’nya..hehehe..lalu, nurse yang pegang
baby aku tu bagi tunjuk punggung baby kat aku. “tahniah, puan dapat baby
gegel”. Aku senyum gembira. Memang aku dah agak aku dapat baby gegel. Naluri
seorang ibu tak pernah salah. Dalam fikiran, aku dah tahu nama apa yang akan
diberikan pada baby aku. Dan aku tahu suami aku juga terfikir nama yang sama.
Nanti aku bagitahu namanya siapa ya.
Selepas baby aku dibawa keluar, aku pula yang mendapat
masalah. Doc masih memeriksa pintu rahim aku. Aku masih tak tahu apa yang
berlaku. Banyak kali aku Tanya nurse di sana, seorang pun tak jawab soalan aku,
mungkin dorang sendiri tak pasti apa yang berlaku. Selama beberapa minit aku
menunggu apa yang berlaku, doc pempuan yang bertugas pada masa itu memberitahu
bahawa rahim aku mengalami koyak yang agak besar. Koyak itu hampir dekat lubang
d****r aku. Dan doc bagitahu juga, aku mungkin mengalami pendarahan yang banyak
sekiranya tidak dibedah segera. Ya Allah, mcm mana lah boleh sampai jadi
begitu. Aku tengok muka doc pempuan tu macam dah cuak dah. Tersilapkah dia?
Atau dia yang cuai?
Aku diberitahu bahawa, seorang doc pakar akan datang untuk
memeriksa sekali lagi sama ada kesan koyak itu bahaya atau tidak. Aik, makin
risau lah aku bila dengar doc cakap macam tu. Lebih kurang 10minit jugak la doc
pakar tu sampai. Dan bila doc pakar tu check, dia cakap ‘ouh, puan jangam
risau, kesan koyak ni boleh kita baiki lagi. Kami akan bawa puan ke dewan bedah
lepas ni.Cuma puan kena berhati2 apabila membuang air besar. Takut jahitan akan
terbuka semula’. Bapak aii..senang jer doc tu cakap kan?ingat kulit rahim aku
tu macam kain ela ke?
Selama hamper 30minit aku menunggu sebelum dibawa masuk ke
dewan bedah. Suami aku sempat berjumpa dengan aku. Katanya “baby dah kena
iqamat tadi”.eh cepatnye baby jumpa walid dia. Hik hik hik. Apa yang aku tahu,
suami dah diberi maklum tentang keadaan aku. Entah dia faham ke tak. Hahahaha…
Cuma apa yang kami berdua tahu, aku kemungkinan besar akan mengalami kehilangan
darah yang banyak.. ouh, darah aku jenis O..ada sesape nak bagi derma? Huhuhuh~
selepas 2jam lebih aku berada di dewan bedah,akhirnya aku ditempatkan dalam wad kenanga 2. kira2 dalam pukul 10malam, barulah aku dapat menatap wajah comel puteri yang aku lahirkan itu. Rasa tenang jer tau bila dapat tengok wajahnya. syukur sangat bila mengenangkan aku selamat bersalin selepas menghadapi dugaan sakit bersalin ni.Alhamdulillah. selepas 3 hari, aku sudah dibenarkan untuk discharge dari wad. Memang rasa sengsara duduk lama dalam wad tu. sebab angin dah masuk badan aku, jadi seluruh sendi2 aku dah terasa sengal badan yang melampau. ditambah lagi dengan sakit kepala yang amat. seluruh badan pun dah mula menggeletar. bila doc cakap aku dh boleh keluar, gembiranya bukan kepalang.
suami sempat mengurus surat beranak untuk anak kami di JPN cawangan Hospital Likas tu. nasib baik nama yang diberikan untuk anak kami dah ' lulus diterima masuk' ke dalam sistem pengenalan diri. hahahaha..syukur sekali lagi segala urusan hari itu dipermudhkan. tak sabar nak balik rumah.
okaaayyyy...rasanya dah berjela2 crita aku ni...sekarang aku nak perkenalkan puteri comel kami..jeng jeng jeng jeng ~
|
~RAUDHAH EL MEDINA~ |
naaaaaa~ ini lah dia baby medina....kenapa kami pilih nama ini?InsyaAllah, aku akan ceritakan dalam entri yang seterusnya...
p/s: amat berterima kasih kepada suami tercinta yang sentiasa menemani dan berada di sisi aku sepanjang menghadapi pengalaman bersalin ni serta keluarga dan kawan2 yang tidak putus berdoa. jutaan terima kasih buat Kak Siti Tinie yang sanggup menunggu dan menemaniku sepanjang aku berada di dalam labour room. Jasamu akan dikenang kak. dan juga terima kasih buat doc dan nurse2 yang bertugas ketika itu atas layanan baik mereka, yang ku kira layanan 1st class kot? dan semua mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..semoga Allah membalas jasa kalian semua..Amiin~