Thursday, January 9, 2014

Our little Princess, Raudhah El Medina


Bismillahirahmanirahim…

Assalamualaikum.
Ini kali kedua berupdate blog sepanjang berada dalam tempoh berpantang . Ni pun curik-curik update blog sebab anak tengah tido. Dijangkakan dalam masa setengah jam atau sejam lagi dia akan berjaga mintak susu. huhu. Sebelum ni, anak akan berjaga selang 2 jam, lepas tu akan kejutkan dia bagi susu. Tapi sehari dua ni nampak dah bertukar waktu minum dia. Selang sejam dia akan berjaga merengek lapar nak susu. huhu.


Last post dlm blog ni, aku dah update tentang pengalaman bersalin. Memang kalu difikirkan lagi pengalaman yang aku rasai itu, banyak lagi kot kejadian2 yang aku tak dapat ceritakan. Tak pelah. Last entry pun dah berjela2 cerita aku kan? Baiklah..kali ni aku nak cerita sikit pasal nama puteri kami , Raudhah El Medina….
  
Kenapa aku dan suami menamakan "Raudhah El Medina" ?
Nama baby ni ada maksud tertentu yang aku dan suami telah fikirkan sesuai sebagai seorang bayi perempuan dan yang pasti tiada makna buruk. Selama berbulan2 aku dan suami mencari nama yang paling unik dan sedap untuk nama seorang bayi perempuan. Kalu diimbas balik, kelakar tau bila suami bagi nama2 klasik atau nama zaman orang dolu2.. hehehehe dan Alhamdulillah, pada satu hari tu suami ada cakap yang dia dapat ilham untuk satu nama ni…maka, apa yang diilhamkan itulah yang diberikan kepada baby kami.

Medina adalah sebutan yang memberi makna Kota Madinah (bandar). Maksud ‘Raudhah’ pula adalah merujuk kepada Bahasa Arab yang bermaksud Taman-taman. Manakal El pula sebenarnya tidak ada maksud apa2. Perkataan ini di ambil dari perkataan ‘AL’ dan diubah sedikit kepada slang omputih iaitu ‘EL’. heheh Nama ini adalah pilihan suami aku yang suka dengan panggilan nama ni.
tadaaa~~~ Baby Medina time umur 1 hari...
  
Mengikut pendapat ilmuan, nama-nama bukan dari bahasa Arab yang elok maknanya juga harus dipakai. Nabi saw menyatakan sunat untuk meletakkan nama yang membawa maksud baik-baik, tapi tidak menyatakan wajib menggunakan bahasa Arab, namun mmg baik digunakan untuk beroleh keberkatan dari bahasa Al-Quran. Ustaz Azhar Idrus juga pernah menyatakan boleh guna semua bahasa dunia asalkan tidak membawa maksud yang buruk dan syirik. Namun yang paling penting, sebagai ibu bapa kenalah pandai didik anak kita supaya akhlak dan akidahnya terbela, kalau kita terlalu bergantung pada nama untuk menentukan nasib seseorang, tak betul juga kan, takut menyimpang dan syirik pula nanti.

Okay selesai bab nama baby Medina ni. Kalu diingat2 balik waktu bersalin dulu, aku rasa itulah pengalaman manis yang paling sakit aku alami. Aku selamat melahirkan Medina masa kandungan genap 38 minggu 1 hari. Semuanya jadi dengan pantas, tau-tau je baby dah keluar dengan selamat, lengkap 1 pakej anggota badan. Alhamdulillah syukur.

Thanks  jugak dekat suami sebab sentiasa memberi sokongan. Kalau nak imbas balik, sebelum baby keluar,aku dah menitik-nitik air mata menangis sebab risau kalau apa-apa jadi. Sebelum masuk dewan bersalin, aku cakapla kat suami mintak ampun semua kalau ada salah silap and halalkan makan minum sepanjang kitorang kawen. Mintak ampun siap-siap untuk mudahkan lagi proses nak bersalin.

inilah dua harta yang paling aku sayang dan cinta....Medina dalam pelukan walid die~

Lepas dah discharge dr hospital, bermulalah hidup aku sebagai seorang ibu. Berubah segala-galanya. Takdelah berubah ape pon , cuma rasa tanggungjawab tu dah lebih berat selain daripada pikul tanggungjawab sbagai isteri.
  
pertama kali tengok Medina buka matanye..aku senyum2 je sorang time ni...
Malam pertama dekat rumah, bagi aku belum mencabar lagi sebab mak mertua  yang banyak tolong kalau aku perlukan apa2. Bila masuk hari ke-5 macam tu la kot, baru start rasa mencabar. Mencabar sebab apa? Sebab baru nak biasakan diri bangun tiap-tiap pagi bagi susu dekat Medina. Dengan sakitnya lagi belum hilang. Masih lagi aku ingat satu malam tu Medina menangis2 sebab tidak kecukupan susu badan. Waktu tu susu badan aku tak banyak lagi, tapi nafsu minum Medina membuak2. Apa yang aku boleh buat? Menangis-nangis je lah yang aku tau. Tambah lagi waktu tu kepala aku sakit yang amat, makinlah aku tension. Bila dah stress sampai macam tu sekali, makinlah air susu tak nak kuar. Sedih sangat bila tengok Medina terpaksa minum susu formula. Masa nak susukan dia, menitik2 air mata aku menahan sebak. Impian nak bagi BF kat medina selama 6 bulan pertama hancur berkecai.Tak pelah, aku redha dengan keadaan macam tu, yang penting Medina sihat dan kenyang. Tapi Alhamdulillah, mak mertua dan suami banyak tolong aku, kadang-kadang aku tak larat bangun, diorang tolong jaga baby. Waktu Medina confirm akan bangun ialah around pukul 2 pagi-5 pagi.

tengookk.. sedap je tiidur waktu siang..tapi get ready ar waktu malam nnti.. hehe 
Lagi satu, bila Medina terkena Jaundis (Kuning), tuhan je tau perasaan aku bila tengok Medina terkena Jaundis dan kena amik darah selama 3- 4 hari berturut2. Walaupun masih dalam tempoh berpantang, nak tak nak kena turun juga ke klinik untuk check up Medina dan aku sendiri. Sehinggalah doctor ‘stop’kan check darah dan berpuas hati dengan  darah Medina, barulah aku dan suami rasa lega. Syukur~
  
Sekarang bila dah nak 2 minggu lebih, dah dapat biasakan diri sikit. Aku pun sekarang dah balik kampong halaman. Kat sini giliran mak aku pula yang jaga aku sampai habis pantang. Dan waktu ni pun dah boleh hafal dan faham jadual waktu bangun dan tidur Medina. So senang la nak berjaga dan get ready untuk susukan Medina. Tapi kadang-kadang Medina menangis malam pun aku bukannya sedar sangat.huhu. Memang sejak azali tido mati :'D  Sebab tu dah pesan siap-siap dengan mak aku, kalau Medina menangis je, terus kejutkan aku. Dari segi penjagaan dan menguruskan Medina, aku banyak belajar dari mak mertua dan mak aku. Termasuklah cara mandikan baby, cara nak tidokan baby, cara nak atasi bila perut baby kembung, and lain-lain. Kalau ceritakan macam ni nampak macam ringkas je, tapi sebenarnya banyak yang kena belajar daripada orang pengalaman lagi2 golongan mak-mak kita.
  
 
dah pandai pakai puting bohong..sebenarnya tak digalakkan pun pakai puting ni..tapi nak wat caner, cara ni jer nak bagi die diam sementara..

time die tgk TV ngn nenek die~ tapi mak ckp, time ni pandangan medina masih kabur2 lagi..

hehehe..masa ni aku panggil nama die, trus die paling tengok aku..alolololo~

Tu je lah kot untuk entry kali ni. Entry kali ni banyak gambar anak je. Terima kasihlah pada kalian yang sudi membaca blog aku ni.


Last but not least, terimalah senyuman
daripada Raudhah El Medina,  junior aku dan nizhamul Hayat :)

 
dahi Medina kena letak kunyit sebab selsema...petua orang tua ~

No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...