Korang jangan jadi macam aku yerr…last minit baru nak cari
breast pump yang sesuai…tengok apa dah jadi?aku tak sempat nak kumpul stok EBM
banyak2 untuk Medina…bila dah mula kerja ni, baru nak menyesal..;kenapa aku tak
buat awal2 lagi?’
Sebenarnya alkisahnya begini,
Sebelum aku bersalin, aku sudah sediakan pam susu manual
jenama fiffy..harganya pun tersangatlah murah so, aku pun beli…dalam masa
berpantang tu, aku cuba untuk mempratikkan sesi mengepam susu…tau apa jadi…?
DUA-DUA TANGAN aku kebas beb~ tangan kanan penat mengepam, si kiri pula yang
ganti…bila penat kiri dan kanan, pinjam tangan sang hasben…last2 hasben pun
jenuh jugak nak mengepam…akhirnya, aku malas nak pam susu jadi aku teruskan
dengan directfeeding sampailah seminggu sebelum bekerja..lalalalala~
Oh ya, sebelum ni aku pernah cerita kat sini tentang impian
nak BF medina sampai 3bulan, 6 bulan dan 2 tahun tapi disebabkan masa awal
pantang dulu susu aku sikit dan medina mengalami jaundis yang agak tinggi
jugak, so decide nak bagi dia minum susu FM…masa inilah hati aku menangis2 dan
betul2 terasa down serta kecewa… sebab kalau boleh aku tak nak medina minum
susu FM..lagipun Medina menjerit2 nangis nak minum susu time itu, so aku
relakan juga. Lagipun mama dan mertua aku beriya2 suruh aku bagi minum medina
susu fm. Aku bukan nak mempertikaikan pandangan orang-orang tua aku tu tapi aku
seringkali berfikir macam mana kita nak slow talk kat dorang tentang ‘tidak ada susu lain selain susu ibu’ tanpa
mereka tidak terasa dengan kita?rata2 dikalangan ibu bapa kita sekarang
percaya, bayi tidak akan kenyang jika diberi minum susu ibu sahaja. Sampaikan bapa
aku cakap “ ala, kau masa umur sebulan lebih bapa sdh kasi bagi kau makan
nestum, teda apa2 jugak kan?”
Ok, cukup setakat itu. aku nak kongsi sikit pasal breast pump
yang aku beli ni.
Sebelum mula berkerja, tiba2 aku tersedar yang aku amat
perlukan breast pump.yeahh..inilah masa aku nak mencari2 pump yang bagus tapi yang
mampu dibeli..
Memang banyak jugaklah aku cari tempat, page, fb, website dan
link or bertanya dari kawan2 pasal jenama breastpump apa yang paling ok..rata2
ramai yang syorkan aku beli breastpump jenama avent, medela, rumble tuff,autumn
dan jenama yang pelik2 aku dengar..memang aku akui semua jenama tersebut amat
mahal,tahan dan sangat berbaloi2.errrr…. perlukah yang mahal jugak?????
Aku teringat sepupu aku pernah cakap, apa yang
penting dalam penyusuan ibu adalah DEMAND & SUPPLY…kau ader breast pump
atau tak, tak kesah yang penting usaha kau nak bagi susu ibu kat anak sendiri..tapi
bagi ummi yang bekerja seperti aku dan si sepupu aku itu, kami memang perlukan
breast pump…hehehhehe~ senang kau nak pump kat ofis nanti kan…?
Jadinye… cari punyalah cari terjumpalah brand Snow Bear Advanced Single Breast Pump yang
baru ni kat fb LITTLE GIUK, bila aku tengok dan baca perkataan GIUK tu aku dah
tau dia ni mesti rakyat sabahan punya..hahahaha~ so bila aku klik dan tengok
memang diaorang sabah~sukanya aku~ wei kalu kita deal bisness ngn orang rakyat
sendiri senang nak kaw2 beb…tak payah postage2 dah..terus jer datang beli dan
ambil tempat dia..kan senang…'
![]() |
harga standard: RM170 |
Dalam page fb LITTLE GIUK ni…dia ada buat satu
pakej breast pump back to
work..amboiii..faham jer ape yang kite nak kan?nak
beli breastpump berjenama macam yang aku cakap sebelum ni memang tak mampulah.
ada yang manual pun mencecah RM300. elektrik apatah lagi.. jadi untuk Snow Bear
harganya sangat berbaloi untuk elektrik dan bateri. Sebelum beli, aku dah check
dan kaji habis-habisan kenapa aku perlu beli breast pump macam tu..haaaa
perkara ni aku nak ingatkan korang…survey betol2 barang tu sebelum nak beli…baca
testimonial sama ada orang puji ke tak…bagus ke tak…dan so on……..
![]() |
aku pilih pakej ni..aritu husband kaw2 kat owner tu dapatlah murah sikit....syyyhhh~~~ |
Rupa2nya, breast pump
Snow Bear Advanced Single Pump ini laku macam pisang goreng…kenapa?
- 589 Mommies telah Memiliki Pam ini
Sejak Februari 2013
- 99.1% Mommies yang guna berpuas hati!
- Waranti 1 Tahun (kad waranti di
sertakan)
- Boleh pakai elektrik & bateri
- Mimik bayi (membantu ibu yang ada
inverted nipples)
- Tak sakit & Tak bising
- Praktikal & Tersangat Ringan 300g
sahaja!
- Kecil, diameter 12 cm sahaja &
senang bawa, masuk handbag
- Made in Korea (Ada servis center /
customer support)
- 2 Jenis Sedutan mimik bayi - pump
& urutan lepasan
- 3 Level sedutan untuk keselesaan
Mommies
- Anti Back Flow
- Corong pam yang lembut &
rekabentuk utk keselesaan
- Senang di pasang & di cuci.
(Hanya 4 parts utama)
- Selamat & Non toxic (BPA free and
Phthalates Free)
- US FDA approved material for safe
storage
(ini
yang aku copy and paste dari google)
Orang kata kalau pump dah bagus dan
mahal tapi kita tak ada usaha untuk banyakkan susu tak bagus gak kan.. so kesimpulannya,
gunalah apa saja jenis breast pump pun sama ada manual, bateri or letrik yang
penting usaha untuk banyakkan susu dan istiqomah dalam menyimpan stok ebm itu
ada..dan yang paling penting basic demand & supply itu sentiasa amalkan.
Bagaimana nak mengekalkan ketahanan
Breast Pump Snow Bear?
1. Jika ibu-ibu gunakan Bateri.. Sila
keluarkan bateri lepas guna..
2. Cuci - lepas guna harian basuh &
bilas dengan air biasa atau pencuci sahaja..
JANGAN & JANGAN BASUH GUNA AIR
PANAS!! cuma boleh pakai sterilizer atau rendam dalam AIR SUAM seminggu sekali.
3. Pastikan sambungan tiub & parts
RAPAT ketika sesi pumping dijalankan.
hasilnya? insyaAllah dalam entry seterusnya....bye~