Thursday, February 27, 2014

Ummi & Walid cuba buat yang terbaik untuk MEDINA


Assallamualaikum;

Macam biasa, bila dah ade mood nak berblog baru lah nak update blog usang ni…tak lah usang sangat pun, baru 2 bulan lebih tak update kan…entry ni dah lama simpan dalam draft, bru nak post..kih kih kih~
Okaayyy, aku dah habis pantang ..Alhamdulillah…akhirnya aku dapat keluar juga waktu ‘kuarantin’ ni..memang tahap kesabaran aku benar2 diuji dalam tempoh menjaga, menyusu dan membesarkan anak yang masih kecil.. disamping juga, pemakanan dan tubuh badan kena jaga dengan teratur…ape yang mak cakap tak boleh itu ini, kenalah ikut…yerlah..kalu tak mak bebel nanti..antara ayat femes yang biasa keluar dari mulut mak adalah “ muda2 sekrang memanglah tak terasa kesan sakitnye, tapi kau tua nanti,,haah kau rasalah nanti caner sakitnyer…”

Memang banyak pantang bila lepas beranak! Nah..amik kau! Sape2 yang dah pernah beranak memang setuju giler ar ngn aku kan? Sampai sekrang pun walaupun dah habis pantang, aku masih disuruh jaga pemakanan aku..tak boleh makan pedas, tak boleh banyak makan seafood dan tak boleh minum air sejuk2 lagi…kenapa? Sebab mak dan mertua aku cakap, aku masih menyusu badan si Medina tu…takut apa yang aku makan boleh bawa kesan kat Medina…gatal2 ke, ruam2 ker dan anything la…oooookay, kalu Medina punya pasal, memang aku kena ikutlah…demi anak, sape yang tak sanggup berkorban kan?

hasben dan family la yang banyak support tau..kalau tak, hampir meroyan aku nanti…nauzubillah….ape?umur medina?...yup sekarang Medina dah masuk 2 bulan 10 hari…pic terbaru medina? Nanti aku uploadkan pic medina masa umur dia 3 bulan nanti…hahahah suspen…suspen…..

Btw, sekarang wajah aku dan hasben dah mula dikesan kat wajah Medina..ramai yang cakap ikut muka walid die dan lebih ramai yang cakap ikut ummi die… kih kih kih…dan ade plak ikut wajah pakcik2 dan makcik2 die..ntahlah wei..mana2 jerlah…janji Medina jadi anak yang sihat dan comel yer sayang….

Dan satu perkara lagi, aku dah kembali bekerja seperti biasa..start balik masa 17hb February ari tu..memang agak letih dan blur bila masuk kerja selepas 2 bulan otak fikir pasal Medina jer…

Sekarang aku nak ‘repair’ balik jadual pembahagian masa antara kerja dan keluarga aku  dengan perlahan2…sebab ape?sepanjang aku kembali kerja dalam masa 2minggu ini, aku selalu lambat masuk ofis. Yerlah, bila aku dan hasben bangun untuk bekerja, Medina akan ikut bangun dan asyik mahu menyusu. Sudahlah medina mahu melekat jer kat badan aku bila menyusu , nak tak nak aku kena layan sampai dia kenyang dan tidur.

Dan Medina terpaksa mandi awal pukul 7 pagi sebelum dia dijaga oleh Mertua aku..aku yang nak dia mandi time tu selagi dia belum tidur….why? kenapa tak suruh mertua aku jer mandikan? Sebab aku suka mandikan dan pakaikan baju untuk medina ..bagi aku, adalah satu kenikmatan dan kepuasan apabila aku mandikan medina sendiri. Itu aku la, tak tau lah korang caner kan….len mak len ragamnye..kuang~kuang~  (Cuma hari ni tak sempat nak mandikan medina sebab dia tidur, kesian nak kejutkan.so aku bergantung pada mertua jerla..thanks mama)

Aku harap, aku dapat tenaga yang cukup untuk melalui semua ini…cepat tol terasa letih lepas balik dari kerja..letih2 tu kena plak susukan medina…..takpe2…sabar….emmmm..hasben pulak, aku rasa dia la hasben yang terbaik dalam hidup aku sebab faham dan selalu membantu..walaupun aku kadang2 Termarah, Tertinggi suara, Ter…Ter…dan Ter…… disebabkan beban kerja banyak dibuat oleh aku..balik dari kerja, mandi,solat, susukan medina, cuci baju medina,cuci baju kami, bersihkan botol2 ebm medina,tengah malam kena bangun sebab nak pam susu tuk medina dan macam2 lagilah..kalu medina meragam itu ini, hasben akan menggantikan aku buat kerja tu…tapi aku beruntung juga ada mertua yang faham, sebab hal2 masak memasak die jer yg sediakan..teringin nak memasak juga tapi masa aku terhad..kalu diberi peluang untuk memasak, tunggulah medina tidur nyenyak dulu kan…selagi medina bangun, selagi tu aku sukar nak tumpukan kerja2 lain..

Kata orang, pengorbanan ibu bapa tu amat besar…yup, itu yang aku alami sekarang…selagi kita dapat title ibu,ummi,mama,mom atau seangkatan dengannya,pengorbanan tak pernah abis beb..siyess~~kenapa aku ckp mcm tu? Sebab aku tengok sendiri dengan mata sepet aku ni bahawasanya mama dan mama mertua aku masih berkorban nak menjaga medina,sebagai cucu mereka….darah daging mereka juga..biarpun umur semakin menghampiri tahap ‘warga emas’..heheheh..respect beb! Aku angkat tangan sebagai tabik hormat!!
Demi medina, ummi dan walid sanggup berkorban apa saja nak…..doa kami moga medina jadi anak yang solehah dan taat pada keluarga…hari2 kami doa untuk medina…semoga Allah memurahkan rezeki kita..InsyaAllah~

emmmm tetiba terjumpa pic lama....

pic time amik degree dulu kot?









No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...