Followers

Monday, January 5, 2015

~mabuk cinta atas Star Cruises Superstar Aquarius~

Assallamualaikum sume..

Alhamdulillah ,kita dah masuk tahun baru 2015..syukur Allah masih memberi kita peluang untuk bernafas dan menikmati hidup ...dah berazam baru ke sume? aku pun tengah nak cari azam baru jgk ni..hehehe..

Sebenanrnya aku nak postpone entry pasal pengalaman aku bercuti baru2 ni tapi memandangkan ramai pula kengkawan tanya itu ini pasal Start Cruises..caner nak beli tiket,caner rupa star cruise,apa yang best kat sana,apa yang ade dan macam2 la..So aku decide nak post share pengalaman ni kat u olls...kot2 la kan ada yang nak pegi bercuti sana.lagipun kapal mewah ni cuma available sampai bulan February je.

Bagi yang berimpian nak bercuti atas kapal,aku memang syorkan korang pilih star cruises Superstar Aquarius ni..kapal ni berlabuh kat pelabuhan Jesselton Point, Kota Kinabalu, Sabah. Hari tu, kawan suami aku yang hantarkan kitaorang ke sana. Boleh jer korang nak bawa kereta sendiri dan tinggalkan kereta kat area parking depan check in hall Star Cruises tu (Parking berbayar) tapi berani ke nak tinggal kereta? hehehhe..suami aku lebih rela bayar tiket mahal dari nak beli tayar kereta mahal2 kalau kena curi nanti..kaann...

Sekarang, star cruises tengah buat promosi sampai bulan februari. Korang boleh beli melalui online atau pergi sendiri ke tours & travel agent yang terpilih kat kota kinabalu. Nanti aku share korang agent mane yang ada jual tiket star cruises..melalui online pula,korang boleh search kat google..star cruises superstar aquarius.

 Star cruises sekarang menawarkan pakej 3N4D, 2N3D dan 1N2D dengan harga yang berlainan mengikut cabin. masih ada promosei 30% all off pax. so, kalu korang bayar untuk 2 orang, harga yang sama tapi kalu korang bawa orang ke3 (maksudnya pergi bertiga) harga 3rd person tu dah jadi murah sikit. macam aku, suami dan Medina hari tu. emmm..yang aku faham, macam tu lah kan. kalau tak faham kena tanya agen la nampaknya,,,hehehe

Kat atas tu harga2 mengikut cabin..semuanya ada 30% off all pax.

Kat bawah tu pula, senarai agen travel yang jual tiket star cruises..korang boleh tengok dan refer..utk area kk je ye..

Check in kat Jesselton Point Hall.


Waktu check in adalah antara pukul 4.30 petang sehingga 7.30 malam, so korang kena check in selewat2nya pukul 7.00 atau 7.30 sebab kapal akan mula berlayar pada pukul 8malam. Kitaorang check in dalam kul 5petang. Semasa check in, korang akan diberikan satu access card yang berwarna biru, dan selepas itu, kad pengenalan korang akan di ambil masa nak masuk pintu kapal. So korang terpaksa keep access card tu sebab itu jer dokumen pengenalan korang yang ada. Kat access card tu tertera nama dan i/c korang, muster station no dan cabin no. and then kena bawa sepanjang korang berada atas kapal tu. 

Access Card

Kegunaan access card? yup itulah kunci cabin korang ye. Dan satu lagi, kalu nak makan kena bawa utk tempah meja makan, nak shopping pun kena bawa sebab korang tak perlu pakai duit kalu nak shopping. Kalau tak de benda ni, goodbye le jawabnyer ye..tapi korang kena ingat sebelum nak check out pukul 10 pagi, baru la korang boleh jelaskan bil2 kat reception di deck 7. Dan juga korang akan diberikan satu pamplet star navigator untuk rujukan korang nak tau timing nak makan atau nama2 restauran yang korang boleh makan, program2 yang menarik, atau promosi yang dorang buat. Percutian ni cuma 3hari 2 malam..cuma pusing2 kat High Seas Kota Kinabalu jer bukan menuju ke Palawan Filiphina..itu pakej lain...beza ye...


Star Navigator- kat pamplet ni la yang korang boleh refer tempat2 mana yang boleh makan, jadual makan dan program2 menarik yang ada kat kapal tu. pamplet akan diberikan sebaik saja korang masuk ke dalam balai pelepasan.


Welcome to the Star Cruises Superstar Aquarius!!


Cabin/Bilik 

Tentang bilik pula, ikut budget la..tinggi budget lebih sempoi la biliknya .Bilik kitaorang kat Deck 9 no. 9017 .Pengalaman tidur diatas kapal itu yang penting. Jangan expect tinggi sangat yer sebab ruang bilik takla sebesar macamana kita tinggal dihotel-hotel biasa. Bagaimanapun semua kemudahan lengkap. Setiap bilik terdapat televisyen..eh tu pun nak bagitau ke? Rilek jangan marah apa yang menariknya dalam TV ini terdapat paparan navigasi kapal untuk membolehkan kita mengetahui kedudukan kapal dan satu saluran CCTV luar kapal membolehkan kita tengok pemandangan depan kapal ( entahla nampak laut jer..).  

tak nak cakap panjang, korang hadap gambar jer la ye...kih kih kih..

ini no cabin kitaorang..pintu nampak jer kecil..tapi kat dalam.....huhuhu

siap nak amik pic bilik air lagi....ampehh

bentuk apa ni???
terus siap2 simpan baju dalam tu sebab takut kedut..hahha


 

oppsss...sensorrrr....


sebenarnya katil tu single bed tau..tapi kitaorang gabungkan sekali...hehe

camnila ghupeenyee..

anak beranak tu tengah explore sume benda dalam tu..alahaiii..




jadi modelll sikit...


siap ada peti ais kecill...senang la nak menapau makanan nanti..

suka sangat Minah ni syok sendiri tengok cermin..siap korek2 gigi lagi tu...

uiiiii beraninya anak ummiwaleed ni tengok laut kat tingkap...ummi gayat weeeii

heeppp...hepppp..heeepp..

perangai MEdina ni, kalu dah nampak kartun, mata tak lari dari tv dah...time ni baru bangun pagi ni..huhuhuhu

tengok...duduk kat sofa pun masih lagi tuuuu.....makan biskut dulu sebelum mandi..
kaler biru tu kawasan laut pelabuhan kota kinabalu..nampak tak garisan merah? yang tulah kawasan High Seas.

korang boleh tengok kat tv, map perjalanan kapal tu atau kordinat kapal tu berlayar.

sofa tu boleh jadi katil jugak tau...mase mula2 masuk nampak sofa tu dibuka jadi katil, tapi kitaorang tutup balik jadi sofa..so, ruang jadi luas..senang nak solat dan tempat medina berkeliaran..hahhaha

lagi sekaliiii...

morning day .....time ni hari sabtu pagi...tak sempat nak tengok sunrise..huhuhuhu


Buffet  & Supper 

Masa makan malam(buffet) bermula dari pukul 6petang hingga 8.30 malam untuk semua pelanggan kapal. Memang best dan sedap makanan yang disediakan..semuanya halal. Maaf tak banyak gambar makanan yang aku ambil, yelah aku sibuk mengambil macam-macam juadah. Kalau nak cerita apa yang ambil aku pun segan nak bagitau he he he kang terkejut pulak. Macam2 wei...So disini aku bagi sedikit sedikit tips, check in awal sebelum pukul 6. Lepas solat Maghrib cepat-cepat pergi makan. Biar perut kenyang baru best nak ronda-ronda dalam kapal ini. dah puas korang berjalan, boleh singgah untuk supper plak pukul 11.30-12.30p.m..makan lagi...hehehe~

Makan pagi/ Breakfast 

Makan pagi pun best juga. Kepelbagaian menu yang disediakan pada pendapat aku okla.dan yang bagusnya, kapal ni ada sediakan bubur, so taklah aku bimbang nak bagi Medina makan ape kan.siap makan hidangan pertama, sambung dengan hidangan kedua, ketiga.....hahahhaha...percuma lah katakan...berabis la..

Stardust Lounge (Deck11)

Lepas makan, dalam pukul 8.30 kitaorang gerak ke Stardust Lounge ini untuk menyaksikan pertunjukkan dari Eropah. Magic show pada malam pertama dan Pementasan Muzikal Show pada malam kedua -Tarian,nyanyian+sketsa dan sedikit akrobatik merupakan initpati pertunjukkan ini. Ini pun percuma juga buat semua pengunjung kapal. Bolehla rehatkan perut tadi. Kalau ngantuk tidur je dalam tu  ha ha. Lepas pertunjukkan terpulanglah nak kemana pun nak berkaroke ke nak makan lagi ke nak berdisko ke ikut suka hati korangla (ayat perli)...tapi kitaorang masuk bilik and then solat isyak dan rehat. tak berjalan sangat waktu malam sebab angin agak kuat kat atas kapal.







Swimming Pool (Deck11 & 12)

Swimming pool terletak diruang atas kapal. Ramai yang suka lepak kat sini sambil tengok permandangan luar. sebelah swimming pool tu pula ada cafe (Oceanna BBQ). tapi time pagi pukul 10-11pagi dan 3-4ptg jer...Kat sini ada jacuzzi dan child pool. tapi kitaorang just tengok jer la orang duk mandi kat sana..suami niat nak mandi, siap bawa seluar pendek lagi tapi tengok2 ramai pula yang join mandi..tus cancel..

sebelah malam..pemandangan dari spices restaurant







Mariners dan Spices Restaurant (Deck 9 & 11)

Apa benda ini. Ok, ini adalah restoran berstatus halal diatas kapal ini,so buat pengunjung beragama Islam boleh la makan disini atau lepak minum secawan kopi ker.Restoran Mariners berada kat deck 9, tempat ni agak terlindung sikit so kena cari pelan-pelan lagipun Deck 9  tak luas mana so senang nak jumpa.Mula-mula tercari-cari jugak restoran ni, Untuk Spices Restaurant (makanan melayu), boleh naik ke deck 11..restaurant terletak kat hujung kapal..memang terasa gile ar kapal bergoyang..nak makan banyak pun tak jadi sebab dah start2 nak mabuk...uweeeekkkk~~~



Antara Hidangan melayu..daging lembu, daging kambing, ayam, ketam, telur, DLL


Suasana Sipces Restaurant





Sarapan Pagi..Ini baru hidangan pertama...heheheh kat Marines Restaurant~


Demonstrasi Keselamatan (Deck 7)

Antara selepas dinner dan sebelum kitaorang ke Stardust Lounge, sume penumpang diarahkan turun ke deck 7 untuk demo keselamatan. kat sana krew2 kapal dah tunggu. para penumpang akan berkumpul mengikut Muster Station masing2 (boleh tengok kat Access Card). So, diaorang akan tunjukkan cara- nak pakai jaket keselamatan dan lain2.




Tempat2 Lain

Kedai Duty Free (bebas cukai), Klinik, Pusat Jagaan Anak, Kasino, Kedai jamtangan,Kedai beg  kulit ,Kedai T-shirt, kedai souvenier, gymnasium, basketball , bilik disko, karaoke, jogging track , meja ping-pong, pusat urut (massage centre), Sauna, Jakuzzi, Saloon dan lain-lain. Yang aku tulis tu setakat yang aku perasan jela.






















Deck 11-executive deck



ada juga pusat jagaan anak..sejam RM15..mahal weii..



beg cantik2 tapi harga pun sangatlah cantikk..hehehhe






bye2 Star Cruise..dah nak check out dah...hehhe


Sorryy, tak dapat nak amik gambar waktu malam sebab kitaorng tak keluar dari bilik...hhahaha



Jangan Lupa!!

*Bawa bersama I/C dan passport. xde benda tu, gudbye la..!! hehe

*Bawa ubat2an .cth: ubat mabuk, koyok, atau minyak angin

*jangan bawa benda tajam, macam kat lapangan terbang jugak, barangan korang akan diimbas  melalui mesin pengimbas metal

*Korang dinasihatkan agar tidak menghidupkan telefon anda semasa berada diperairan antarabangsa. Kadar caj adalah mengikut perantauan antarabangsa. Guna mod penerbangan (flight mode)

*Pegang elok2 access card korang dan bawa kemana saja, jangan tukar dengan sesiapa. Sekiranya korang nak membeli apa-apa perkhidmatan korang perlu membayar  bil2 tersebut semasa claim  kad pengenalan kad deck 7 atau sebelum check out pada pukul 10 pagi.

*Makanan dan minuman dari luar adalah dilarang. So nak bawak air mineral pegang siap-siap masa check-in . Air mineral dibenarkan bawa masuk ok.

*Bagi yang beragama Islam dinasihatkan agar tidak berjudi – Haram sebab kat sana kalu iman korang xkuat..macam2 benda haram korang boleh nampak..casino, disko, jackpot dll...so don't ever ever try it....

Nasihat Terakhir: Jangan Yakin Sangat korang Tak Mabuk Naik Kapal Star Cruises ok?hahahhaha~


9 comments:

  1. Yup mmg best...boleh bawa wife honeymoon...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bc blog mna ntah ckp minum kne byr..haha..btol ke

      Delete
    2. ouh mungkin minum yang kena bayr tu tempat bar atau tea cafe yang open 24 hours...

      Delete
  2. Salam...byr parking bp...parking situ ke..ok x..best x naik...minum kne byr ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak park kete kat sana sebab mahal ar parking die..kitaorang minta tolong member husband hantarkan je..balik pula minta amik..

      memang ada certain tempat kena bayar tpi restauran yang saya cakap tu mmg free... :)

      Delete
  3. salam... nak promo sikit. kami ada menawarkan pakej star cruise dengan harga yang murah. layari laman web kami untuk maklumat lanjut.

    terima kasih tuan tanah ;)

    ReplyDelete
  4. salam.. enaknya.. tapi klo aku naek kapal tuh pastilah muntah2 karna mual mabuk laut :p

    Watch movie bluray

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat naik cruise... Insya Allah giliran kami sekeluarga naik mediterranean cruise tahun depan

    ReplyDelete