Tuesday, February 28, 2012

Berubah KeranaNYA yang Maha Esa


Alhamdulillah....Syukur sangat kerana aku, dia, kau,mereka dan manusia yang lain masih diberi peluang untuk merasai kenikmatan dunia yang diberikan oleh TUHAN....kerana apa yang pasti peluang ini adalah tanda kasih sayang TUHAN pada hamba-hambaNYA walaupun adakalanya kita, iaitu manusia sering alpa dan lalai dengan perintahNYA...manusia sentiasa hidup dalam dunia Istidrajh.....MasyaAllah...Astaghfirullah......

Hari ini tanggal 28 February 2012...hati aku terdetik untuk mengenal diri....mencari kesilapan dan menyesali dosa-dosa yang aku sendiri tidak terhitung banyaknya.....Ya Allah, betapa liatnya hati aku ini untuk lebih mendekati diriMU....aku lemah dan tertewas dengan ajakan Qarin ku (bayang-bayang Jin) sendiri....sedangkan aku lebih mengetahui apa yang maaruf dan apa yang mungkar....beruntunglah pada mereka yang diberi hidayah olehMU ya Allah, dapat merasai nikmah NUR yang terpapar diwajah2 serta hati mereka...dan kuyakin mereka pasti bahagia di dunia mahupun di akhirat.....Amin...

Aku tak pernah meluahkan apa yang aku rasa pada sesiapa...kerana aku malu, dan rasa ego yang asyik menguasai diri...sedangkan KAU tahu apa yang aku rasa dalam hati.....dan aku sering bertanya "Apa mungkin masih ada peluang untuk aku melangkah mendekati ke arahMu ya Allah?"


رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
(At-Tahrim : 8)
... رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan);

Jadi, apa yang harus aku lakukan? aku pasti rasa sesal ini akan berakhir setelah aku noktahkan kata-kataku di sini..kemudian, aku hanyut sekali lagi di bawa arus duniawi yang tidak kekal.....tolong bimbingi aku..........

Rasa Sesal:-
Jue.J


No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...