Tuesday, February 21, 2012

::Buku itu tentang aku dan kamu::



Setiap helaian buku ini..
Ada cerita tentang aku dan kamu…
Di situ aku hiasi cerita bahagia..


Di situ juga aku baluti dengan cerita kecewa…
Walau dihinggapi bau kertas lama…
Ku tetap hulur kepada kamu ..
sebagai hadiah kenangan…
Di dalam buku itu, kamu letakkan cinta…
Yang amat cantik…
Dibaluti dengan kertas warna putih salju..
Disapu dengan warna emas dan perak…
Untuk kau titip kepada aku sebagai tanda jawapan hati…
Kamu hulur tangan menerimaku…
Aku sambut dengan air mata kesyukuran…
Kamu tersenyum manis madu…
Aku tersenyum dalam tangisan hiba…
Di dalam buku ini…
Takdir letakkan aku dan kamu….
Dibalut cinta yang harum mewangi…
Disapu rindu yang cantik pelangi…
Kerana takdir sudah mengiyakan…
Bahawa bahagia itu akan menjadi milik kita……
InsyaALLAH….

with ♥
Jue.J

No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...