Thursday, April 19, 2012

Mereka Sungguh HEBAT~

Assallamualaikum w.b.t...kaifa halukum ya al-ukh wal ukhuwah fil yaum?

Alhamdulillah, hari ini saya diberi peluang lagi untuk menulis blog setelah sekian lama saya kehilangan idea untuk menulis..tapi hari ini saya ingin kongsikan rasa bangga dan rasa hormat saya pada beberapa tokoh yang saya kenali ketika dulu...


USTAZ LOKMAN IBRAHIM, mantan pensyarah KIAS (kolej masa diploma dulu) dan kini bertugas di UM, KL. Kali terakhir melihatnya semasa dia menjadi ustaz undangan untuk program MUHASABAH DIRI di TV Al-Hijrah baru-baru ini. Sebelum ini beliau aktif berdakwah melalui satu program di bawah naungan TV9. Saya memang minat ustaz ni masa mula-mula beliau mengajar kami subjek Usul Fiqh. ketika itu, saya berada dalam semester 4 tahun dua jurusan diploma al-syariah. Cara mengajar beliau amat baik dan mudah difahami. hasilnya, ramai anak-anak muridnya mendapat A untuk subjek yang di ajar olehnya.(termasuk saya..alhamdulillah...)


Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah..nama selepas keislamannya..nama sebenar adalah jasiah ravi a/l jacob..huh? hairan? yup dia adalah seorang keturunan INDIA yang masuk Islam pada tahun 1989. Beliau adalah seorang PENSYARAH KUIS yang bertugas di fakulti Al-quran dan al-sunnah Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor...Tapi saya tak pernah belajar dengan beliau ni. saya cuma rajin mengikuti ceramahnya di Kolej dulu...dan dia amat dikenali ramai kerana sentiasa keluar masuk TV juga..banyak jug artikel yang ditulis tentang beliau ni. oohh yyyaa, saya kagum dengannya sebab beliau amat pakar dengan tajwid, tarannum dan semua yang berkaitan dengan al-quran...dan beliau juga merupakan saudara baru Islam yang pertama yang dilantik sebagai HAkim untuk Majlis Tilawah Al-Quran Kebangsaan yang ke 51 lalu. Hebatkan?


Siapa yang tak kenal ini???? Ya, Inilah ustaz yang paling popular pada masa ini.. Ustaz Don Daniyal Don Biyajid...Alhamdulillah..syukur sangat melihat pencapaian ustaz ni...ustaz yang femes dengan 30 MINIT USTAZ DON ini juga merupakan PENSYARAH KUIS yang mengajar Tajwid dan Al-Quran..saya sempat belajar dengan ustaz ni selama satu semester...mula-mula kenal dia, pasti ada yang ingat dia seorang pelajar di Kolej tu sebab cara dan gayanya tidak memperlihatkan beliau seorang Pensyarah...hahahaha...saya juga tertipu...saya ingat lagi bilik ustaz ni di tingkat 2 bangunan Akademi Islam KUIS. Sekarang ni tak tahu dia masih di sana atau sudah berpindah bilik baru. Ramai yang mengagumi ustaz ni tau...dan tidak kurang juga peminat ustaz ni pun ramai...tapi ramaikah yang tahu bahawa ustaz ini sudah pun BERTUNANG? hehehhe...selepas saya keluar dan graduat dari kolej tu, barulah ustaz ni mula popular di kalangan masyarakat yang minat mendengar ceramah. Tak sangka juga saya..Tahniah Ustaz, semoga Allah memberkati perjalanan dakwahmu...(gambar di atas di ambil di kawasan perkarang KUIS, mamat yg berdiri kat belakang tu ialah JUNIOR aku...bagus mamat ni..suka senyum)

p/s: Ya Allah, semoga aku dapat mendidik anak-anakku menjadi seorang yang SOLEH dan SOLEHAH...amin....

No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...