Monday, June 25, 2012

Masa Berjalan Tanpa Henti



25hb jun 2012 (bersamaan dengan 05 syaaban 1433H yang jatuh pada hari isnin adalah merupakan hari pertama my encek Fiance menjalani hari praktikalnya selama 3 bulan. Dia dan 2 orang sahabatnya ditempatkan di Penjara bahagian Zon Kepayan yang terletak lebih kurang 3km dari Bandar Kota Kinabalu. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengatur segala perjalanan hidup manusia ini, akhirnya perjuangan encek Fiance sebagai Siswa UMS sudah hampir kepenghujungnya. Aku berharap segala titik usahanya dan kepayahannya dalam mencari ilmu selama bertahun-tahun ini, dapat dibalas dengan segulung ijazah. InsyaAllah.
“Waah cepatkan masa berlalu?” Kata Encek Fiance suatu hari, matanya fokus ke arah hadapan sambil memandu. Aku hanya diam (ku kira seperti ada ku katakan sesuatu ketika itu, tapi aku sendiri sudah lupa) , sepi sahaja tika itu..ku rasa tenang berada di atas kerusi si KANCIL SAA 5270 K yang sedang menyelusuri jalan raya. Dan aku masih merenung jauh di luar tingkap kereta…
Ya, tanpa kita sedar masa terus berjalan tanpa henti. Dan diam tak diam, sudah bermacam-macam perjalanan hidup yang aku hadapi. Memang ini kerja tuhan, yang merancang tanpa kita tahu apa-apa. Sedangkan yang 10 minit selepas ini pun aku tidak tahu apa yang terjadi, ini pula di masa-masa akan datang. Maha Suci Allah….betapa khilafnya manusia dan betapa Agungnya diriMU ya Allah…
Kenangan pun semakin banyak, akan tetapi masih tidak sempat untuk aku coretkan kenangan-kenangan itu..usia semakin meningkat, dan aku semakin lupa dan samar-samar tentang kenangan-kenangan itu juga. At the same time,Sekalipun kerja-kerja harian semakin menghimpit dan desakan kewangan yang kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada…aku masih mampu meneruskan sisa-sia hidup yang semakin tua ini. Macam-macam kan kerja Tuhan yang diaturkan pada kita? Cuma aku ini saja yang jarang sekali pandai bersyukur. Hidup aku diseliputi Istidraj..astaghfirullah….
Persoalan sekarang : Masa terus berjalan tanpa henti namun aku masih terkebil-kebil memikirkan tentang masa depanku sendiri, ku sendiri tidak pasti apa yang ku mahu, dan masih ada kesamaran tentang kerjayaku. “sayang, lepas praktikal mahu buat apa? Kerja atau bagaimana?” tanyaku pada sang kekasih. “ Entah, saya tidak merancang apa-apa, saya hanya mengikut apa yang dirancangkan oleh Tuhan untuk saya”. Aku hanya diam.
Biarlah, apapun aku masih ada target tentang cita-citaku. Iaitu PEGUAM SYARIE. Yang ini aku akan pastikan ia tercapai. InsyaAllah. Aku sedang berjalan ke arah itu. Yang selebihnya, aku pasrah apa yang terjadi pada hidupku nanti. Biar masa terus berjalan, agar cepat ku ketahui apa yang berlaku nanti.
P/s: “Nani, kau balik Sarawak 1hb Julai kan? 2 mggu lagi ni.” Soalku semasa perbualan aku dengan adik perempuanku minggu lepas. Ketika itu kami sedang menikmati sarapan pagi. “ Iya kak, cepatkan masa berlalu?” jawabnya. Aku diam. Jawapan yang sama dari adikku juga. Masa berlalu begitu pantas bukan?

No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...