Tuesday, June 5, 2012

segala puji bagi MU dan kepadaMU aku memohon keampunan



teringat kata2 seorang pensyarah masa kolej dulu...

apabila datang musibah pada kamu, sebut lah ALHAMDULILLAH...
dan apabila datang benda baik kepada kamu sebutlah ASTAGHFIRULLAH....

mula2, saya tak faham kenapa...TAPI...
akhirnya semakin lama saya dewasa, saya sudah semakin memahaminya..

MUSIBAH adalah Ujian yang diberikan oleh Allah pada hamba2Nya...itu adalah tanda bahawa Allah mahu menguji tahap kesabaran dan keimanan yang ada pada diri kita..dan ketahuilah bahawa itu juga tanda ALLAH Sayang pada kita...

manakala apabila BENDA2 BAIK yang datang kepada kita, Allah juga mahu menguji kita sebenarnya..sama ada kita bersyukur atau tidak, sama ada kita semakin tahu bagaimana untuk menghargai pemberian Tuhan, sama ada hati dan jiwa bersih dari rasa takabbur, sombong dan riak, serta sama ada perkara2 negatif atau positif yang wujud dalam diri kita itu membawa kita lari dari landasan iman..terpesong jauh dari jalan-jalan keredhaan Allah s.w.t...apa yang lebih memilukan adalah, manusia semakin kurang bersyukur walaupun limpahan rezeki terus diberikan kepadanya...

Musibah yang berlaku pada kita sebenarnya adalah pampasan dari Allah kepada kita di akhirat nanti.. (pampasan insurans cuma di dunia saja :p), DIA mahu hamba2NYA terus istiqomah dalam mendirikan tiang agama walaupun pelbagai dugaan dan cabaran serta ujian yang diperolehi.

Alhamdulillah - Segala puji bagi MU ya Allah
Astagfirullah - kepadaMU aku memohon keampunan......

p/s: kepadaMU ya Allah Aku bersyukur atas limpahan kurnia dan rahmat serta rezeki yang KAU berikan...dan aku memohon keampunan dariMU atas dosa-dosaku yang semakin mengunung tinggi....

No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...