Friday, July 27, 2012

#02 : MEMAAFKAN orang



Memang sudah menjadi kebiasaan setiap hari ada saja orang yang menyakitkan hati kita samada dari kalangan keluarga sendiri, sahabat, kekasih, kawan kuliah atau kawan sepejabat mahupun siapa saja yang mengenali diri kita. Begitu juga aku yang kadang-kadang berhadapan dengan suasana begitu.
Kadang-kadang kalau diikutkan hati yang membara, mahu saja aku mempertahankan diri dengan kata-kata @#$%^&* kerana aku tahu aku tidak membuat apa-apa kesalahan. Namun, kerana tidak mahu memanjangkan hal atau perkara kecil yang remeh temeh, aku hanya mampu diam dan buat-buat memekakkan telinga dari mendengar kata-kata nista atau marah orang itu terhadap aku (huhuhu..amat sakit hati). Geram juga apabila membiarkan diri dimarahi walhal aku tahu orang itu sendiri bodoh kerana dia tidak sedar kesalahan itu berpunca dari dia sendiri. Mahu saja aku mencapai dan mencampakkan bakul sampah pejabat yang masih berisi bekas uncang teh, plastik mee segera serta polistrin yang berisi nasi lemak yang dibuang beberapa hari lalu ke arah kepalanya. Mahu saja lagi aku menyumbat mulut becoknya dengan dawai kokot yang bermacam-macam saiz di atas mejaku Tapi atas dasar keperimanusiaan yang masih ada dalam diri, aku cuma mem’blah’kan diri dari situasi itu yang ku anggap menganggu dunia aku yang hampir mengecapi ketenangan. Tergelak juga aku sendirian apabila orang itu terdiam melihat aku yang selamba saja buat tidak tahu dengannya. Apa kau ingat marah kau saja? marah aku macam mana????
"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang" (At Taghobun: 14)
Aku teringat sesuatu perkara bahawa orang yang hidupnya tenang dan tidak gelisah serta mudah tidur malam adalah orang yang suka memaafkan orang lain. Sesungguhnya, Adalah baik jika kita memaafkan seseorang sebelum tidur kerana dari situ kita akan terasa kelapangan dada. Memendam rasa memang sesuatu yang amat menyakitkan. Kita yang tidak bersalah belum tentu mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain yang telah dilakukan kepada kita.Namun kita sendiri sedar bahawa memaafkan seseorang yang menyakitkan hati kita bukanlah sesuatu yang mudah kerana diri kita mempunyai ego.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kalian tidak ingin bahwa Allah akan mengampuni kalian? Dan sesungguhnya Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang" ( An Nur: 22)
ada seorang sahabat Rasulullah saw yang mana Baginda telah menyebut-yebut namanya dihadapan sahabat-sahabat yang lain sebagai ahli syurga.
Hairan pada sahabat kerana Rasulullah menyebut namanya sebagai ahli syurga sebanyak 3 kali dihadapan mereka. Maka para sahabat mula menyiasat dan bertanya kepada sahabat tersebut :
“Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur”
JUE: Maafkan saja walau hati terluka.... ^^V

Thursday, July 26, 2012

#01: Tentang Hidup



Keindahan yang Allah pinjamkan buat aku adalah anugerah terbaik untuk aku terus ke hadapan dan maju dalam mencerna hidup sebagai seorang insan. Mengerti yang amat bahawa tidak semua orang bakal menyukai kita. Tidak mengapa, aku berdoa biar sebahagian yang kecil itu bakal menemui bahagia yang mereka cipta dalam mencerca. Yang penting aku kini sudah hampir memiliki KEBAHAGIAAN.
Allah berikan kita sesuatu atas sebab yang mahu menguji keimanan kita. Kemudian DIA menarik kembali sesuatu itu juga atas sebab yang mahu melihat ketabahan kita dalam menghadapi ujianNYA. Dalam beberapa sebab itulah ,kita mula mengenal erti kepayahan dan kesenangan dan mampu meneruskan hidup dengan tujuan dan matlamat yang baru. Berserah saja pada Qada dan QadarNYA , menunggu dengan doa dan tawakal, serta menerimanya dengan redha atau pasrah. Atas nama seorang insane biasa, kita pastinya mahu mencari kesempurnaan hidup.
Kadang-kadang apa yang di alami dan di lalui saat hidup ini adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Benda yang tidak pernah dimpikan menjadi sebuah kenyataan diluar jangka fikiranku. Sungguh membahagiakan. Kalaulah boleh dilukiskan warna ceria ke seluruh dunia, mungkin warna jiwa sudah lagi tidak tinggal hitam-kelabu-putih sahaja.
Atas segala peristiwa yang berlaku dalam hidup aku, kini aku mula mencari sesuatu yang lebih baik dalam diri. Apakah mampu memiliki dunia baru dengan senang hati atau lebih berhati-hati? Ah, manusia yang biasa macam aku tidak perlu banyak benda dalam menjalani sisa kehidupan yang acapkali tidak sempurna. Yang aku dambakan cuma sedikit kehidupan yang tenang tanpa ada gangguan yang mendesak minda. Dan ketenangan yang sedikit itu sudah hampir ku miliki sekarang. Aku kini tenang dengan hidup baru dengan cinta baru. Sungguh ku amat bersyukur atas ketenangan itu walaupun sedikit tapi amat bermakna.
Andai aku punya dunia magikaku sendiri, sudah pasti aku boleh tentukan hidup aku sendiri. Aku yang berkuasa segalanya. Aku yang tentukan warna apa yang perlu ku calit atas kanvas duniaku. Aku akan pillih manusia yang punya jiwa suci tanpa dosa untuk hidup bersamaku. Aku akan buang segala kekotoran dan bau busuk yang melekat pada jiwa manusia-manusia yang berhati buruk. Namun, itu semua hanya imaginasi kartun yang tidak pernah wujud dalam hidup reality manusia. Sedangkan ulat yang hidup dibawah batu pun mampu mencari jalan hidupnya sendiri tanpa ada kuasa magis apatah lagi manusia yang dianugerahkan otak untuk berakal dan bijak berfikir, tidakkah itu sudah patutdisyukuri?apakah akal kita boleh melampaui batas kudrat Tuhan? Tidak bukan? Sebab manusia itu sendiri tidak sempurna, apatah lagi mahu mem’bikin’ dunia yang sempurna.
Kalau aku bercerita tentang hidup, tentang manusia dan tentang diriku yang tidak pernah sempurna, pasti tidak pernah habis sampai ke luar batas alam. Sebab itulah, kita perlukan wasatiyyah (kesederhanaan) dalam menyelusuri perjalanan dunia yang tak pasti bila penghujungnya (mati). Tidak elok kita membanggakan apa yang ada pada diri kita pada dunia walau sedikit pun. Gelaran? Pangkat? Kekayaan? Entahlah…aku tidak pernah ada gelaran , aku belum punya pangkat dan aku belum memiliki kekayaan..sebab apa? Sebab aku tidak perlu semua itu, yang aku mahu adalah aku BAHAGIA menuju ke jalan yang diredhai olehNYA.
JUE1. ku hargai pada mereka yang menyayangiku.
2.sentiasa berdoa untuk mereka yang membahagiakanku.

Sunday, July 15, 2012

Passion of law





Some Lawyer say: "The Law Is Reason Free From Passion"

But...in one year i have to find that passion is a key ingredient to the study and practice of law and of life. it is with passion, courage of conviction and strong sense of self..that we take our nest steps into the world...remembering that first impressions are not always correct...you must always have faith in people and most importantly you must have faith in yourself...

Friday, July 6, 2012

Nisfu Syaaban 15 Syaaban 1433H (5 Julai 2012)

Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam sama seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah.
Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah SAW dan Baginda akan lebih banyak berpuasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan Ramadan.

Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.
Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak puasa sunat, bertaubat dan beristiqhfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya.

Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati membesar serta mengagungkan Allah.
Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah.
Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita.

Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud: “Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku di angkat ketika aku berpuasa.” (Hadis riwayat an-Nasaie)

Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam hari raya Aidiladha, malam hari raya Aidilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran.
Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

sumber: Artikel dari Internet.. (Rajin2lah surf google...banyak ilmu Allah yang boleh dikongsikan....!)

p/s; Selamat berpuasa Syaaban!!!!

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...