Friday, July 27, 2012

#02 : MEMAAFKAN orang



Memang sudah menjadi kebiasaan setiap hari ada saja orang yang menyakitkan hati kita samada dari kalangan keluarga sendiri, sahabat, kekasih, kawan kuliah atau kawan sepejabat mahupun siapa saja yang mengenali diri kita. Begitu juga aku yang kadang-kadang berhadapan dengan suasana begitu.
Kadang-kadang kalau diikutkan hati yang membara, mahu saja aku mempertahankan diri dengan kata-kata @#$%^&* kerana aku tahu aku tidak membuat apa-apa kesalahan. Namun, kerana tidak mahu memanjangkan hal atau perkara kecil yang remeh temeh, aku hanya mampu diam dan buat-buat memekakkan telinga dari mendengar kata-kata nista atau marah orang itu terhadap aku (huhuhu..amat sakit hati). Geram juga apabila membiarkan diri dimarahi walhal aku tahu orang itu sendiri bodoh kerana dia tidak sedar kesalahan itu berpunca dari dia sendiri. Mahu saja aku mencapai dan mencampakkan bakul sampah pejabat yang masih berisi bekas uncang teh, plastik mee segera serta polistrin yang berisi nasi lemak yang dibuang beberapa hari lalu ke arah kepalanya. Mahu saja lagi aku menyumbat mulut becoknya dengan dawai kokot yang bermacam-macam saiz di atas mejaku Tapi atas dasar keperimanusiaan yang masih ada dalam diri, aku cuma mem’blah’kan diri dari situasi itu yang ku anggap menganggu dunia aku yang hampir mengecapi ketenangan. Tergelak juga aku sendirian apabila orang itu terdiam melihat aku yang selamba saja buat tidak tahu dengannya. Apa kau ingat marah kau saja? marah aku macam mana????
"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang" (At Taghobun: 14)
Aku teringat sesuatu perkara bahawa orang yang hidupnya tenang dan tidak gelisah serta mudah tidur malam adalah orang yang suka memaafkan orang lain. Sesungguhnya, Adalah baik jika kita memaafkan seseorang sebelum tidur kerana dari situ kita akan terasa kelapangan dada. Memendam rasa memang sesuatu yang amat menyakitkan. Kita yang tidak bersalah belum tentu mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain yang telah dilakukan kepada kita.Namun kita sendiri sedar bahawa memaafkan seseorang yang menyakitkan hati kita bukanlah sesuatu yang mudah kerana diri kita mempunyai ego.

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kalian tidak ingin bahwa Allah akan mengampuni kalian? Dan sesungguhnya Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang" ( An Nur: 22)
ada seorang sahabat Rasulullah saw yang mana Baginda telah menyebut-yebut namanya dihadapan sahabat-sahabat yang lain sebagai ahli syurga.
Hairan pada sahabat kerana Rasulullah menyebut namanya sebagai ahli syurga sebanyak 3 kali dihadapan mereka. Maka para sahabat mula menyiasat dan bertanya kepada sahabat tersebut :
“Tiada apa yang istimewa yang saya lakukan dalam hidup saya melainkan saya selalu memaafkan kesalahan orang lain terhadap saya sebelum tidur”
JUE: Maafkan saja walau hati terluka.... ^^V

No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...