Keindahan yang Allah pinjamkan buat aku adalah anugerah terbaik untuk aku terus ke hadapan dan maju dalam mencerna hidup sebagai seorang insan. Mengerti yang amat bahawa tidak semua orang bakal menyukai kita. Tidak mengapa, aku berdoa biar sebahagian yang kecil itu bakal menemui bahagia yang mereka cipta dalam mencerca. Yang penting aku kini sudah hampir memiliki KEBAHAGIAAN.
Allah berikan kita sesuatu atas sebab yang mahu menguji keimanan kita. Kemudian DIA menarik kembali sesuatu itu juga atas sebab yang mahu melihat ketabahan kita dalam menghadapi ujianNYA. Dalam beberapa sebab itulah ,kita mula mengenal erti kepayahan dan kesenangan dan mampu meneruskan hidup dengan tujuan dan matlamat yang baru. Berserah saja pada Qada dan QadarNYA , menunggu dengan doa dan tawakal, serta menerimanya dengan redha atau pasrah. Atas nama seorang insane biasa, kita pastinya mahu mencari kesempurnaan hidup.
Kadang-kadang apa yang di alami dan di lalui saat hidup ini adalah sesuatu yang sangat mengujakan. Benda yang tidak pernah dimpikan menjadi sebuah kenyataan diluar jangka fikiranku. Sungguh membahagiakan. Kalaulah boleh dilukiskan warna ceria ke seluruh dunia, mungkin warna jiwa sudah lagi tidak tinggal hitam-kelabu-putih sahaja.
Atas segala peristiwa yang berlaku dalam hidup aku, kini aku mula mencari sesuatu yang lebih baik dalam diri. Apakah mampu memiliki dunia baru dengan senang hati atau lebih berhati-hati? Ah, manusia yang biasa macam aku tidak perlu banyak benda dalam menjalani sisa kehidupan yang acapkali tidak sempurna. Yang aku dambakan cuma sedikit kehidupan yang tenang tanpa ada gangguan yang mendesak minda. Dan ketenangan yang sedikit itu sudah hampir ku miliki sekarang. Aku kini tenang dengan hidup baru dengan cinta baru. Sungguh ku amat bersyukur atas ketenangan itu walaupun sedikit tapi amat bermakna.
Andai aku punya dunia magikaku sendiri, sudah pasti aku boleh tentukan hidup aku sendiri. Aku yang berkuasa segalanya. Aku yang tentukan warna apa yang perlu ku calit atas kanvas duniaku. Aku akan pillih manusia yang punya jiwa suci tanpa dosa untuk hidup bersamaku. Aku akan buang segala kekotoran dan bau busuk yang melekat pada jiwa manusia-manusia yang berhati buruk. Namun, itu semua hanya imaginasi kartun yang tidak pernah wujud dalam hidup reality manusia. Sedangkan ulat yang hidup dibawah batu pun mampu mencari jalan hidupnya sendiri tanpa ada kuasa magis apatah lagi manusia yang dianugerahkan otak untuk berakal dan bijak berfikir, tidakkah itu sudah patutdisyukuri?apakah akal kita boleh melampaui batas kudrat Tuhan? Tidak bukan? Sebab manusia itu sendiri tidak sempurna, apatah lagi mahu mem’bikin’ dunia yang sempurna.
Kalau aku bercerita tentang hidup, tentang manusia dan tentang diriku yang tidak pernah sempurna, pasti tidak pernah habis sampai ke luar batas alam. Sebab itulah, kita perlukan wasatiyyah (kesederhanaan) dalam menyelusuri perjalanan dunia yang tak pasti bila penghujungnya (mati). Tidak elok kita membanggakan apa yang ada pada diri kita pada dunia walau sedikit pun. Gelaran? Pangkat? Kekayaan? Entahlah…aku tidak pernah ada gelaran , aku belum punya pangkat dan aku belum memiliki kekayaan..sebab apa? Sebab aku tidak perlu semua itu, yang aku mahu adalah aku BAHAGIA menuju ke jalan yang diredhai olehNYA.
JUE: 1. ku hargai pada mereka yang menyayangiku.
2.sentiasa berdoa untuk mereka yang membahagiakanku.
No comments:
Post a Comment