Wednesday, October 31, 2012

Jangan Benci Kisah Lalu.

 Rumah kecil yang aku bina semalam adalah demi kasih sayang aku pada kalian semua- blog LIFE & ME...nah, kesibukan yang melanda kerap kali sejak sekian lama, menyekat keinginanku untuk menulis. mahu berkongsi rasa, rasa-rasa yang semakin sarat dengan perisa manis dan pahit. entah mengapa ku gagahi jua jari jemari ini menekan aksara dan tetikus. mata berligar-ligar mencari ruang, otak terawang-awang mencari idea.

Taaddaaa.....blog ini berwajah baru lagi....walhal dalam hati aku, ada sedikit rasa tidak selesa melihat blog sebegini. tetapi tidak mengapa, kubiarkan saja. mana tahu, hati ini semakin selesa dan senang?

emmmm..sebenarnya aku tidak tahu mahu menulis apa-apa di sini..hari ini aku rajin mengunjung teman-teman blogger yang lain. sama ada aku kenal atau tidak.Berkunjung dari blog ke blog membuatkan aku terfikir, kenapa mereka boleh menulis begitu hebat? kenapa idea-idea mereka begitu cantik tersusun tatabahasanya?dan kenapa aku tidak begitu? mungkinkah ini yang menyebabkan aku hilang tumpuan pada blog sendiri? seolah-olah aku memang tidak punya bakat menulis.iya kah?

Tetapi, InsyaAllah, aku akan pastikan kehadiran aku di dunia maya ini tidak akan berakhir begitu sahaja. buat masa ini dunia aku masih terbuka untuk pembacaan umum bersama kalian semua, bersama-sama menyulam cinta, kasih sayang dan membina ukhwah antara satu sama lain. terfikir juga hendak menukar blog ini pada peribadi (private), akan tetapi aku lebih gemar berkongsi rasa.kerana aku tidak mahu rasa keseorangan *gelak sendiri*

kisah-kisah lalu sudah menjadi sejarah. ilmu dunia yang sentiasa bertukar-tukar kandungan. hikayat yang menjadikan diri kita lebih mengenali siapa diri kita sebenarnya. membantu membangkitkan semangat untuk meneruskan dan membina hidup yang baru untuk mencari cerita baru. Terima Kasih pada 'guru' ini yang mengajar kita erti hidup. Jadi, semanis mana pun bahagia kita, sepahit mana pun derita kita dulu, jangan benci kisah yang lalu. Kerana 'ia' adalah mentor kita.Benar. Aku tidak tipu. Kalau masih tidak percaya, lihatlah langit, awan biru dan paksi bumi yang berputar, begitulah hidup kita. Waallahu'alam.

Jue:Bila manusia mula alpa dan tidak mahu ingat sesuatu yang penting dalam hidup serta benci untuk belajar sesuatu yang penting dalam kehidupan, maka mereka harus tabah bila ditimpa kesusahan dan penderitaan.

No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...