Wednesday, January 23, 2013

Rasa Hidup.


Hari berlalu tanpa rasa,
Tanpa disedari aku telah meninggalkan memoriku di belakang,
Dan kembali ku terjerat dalam gulungan waktu,
Berbaris, berderet waktu itu tanpa sempat kufahami,
Ku renungkan dan kuteliti detik-detik yang mengusik,
Apa yang harus kususun dan kuratakan?

Aku cuba berdiri didepan cermin hati, biar ku tahu betapa hitam putihnya hati,
Aku basuh telapak kaki agar tahu sejauh mana ku mampu melangkah,
Aku pegang cawan perasaanku, biar jangan sampai meluap menerima kekencangan hati,
Aku pagari rumah angan-anganku, agar aku tidak dibuang ke negeri harapan yang sia-sia,
Aku jernihkan larutan fikiranku agar tidak keruh memulakan langkah hidup.


Ya Allah,Bersujud dan berdoa telah ku persembahkan pada-MU
Dari kesedaran jiwa yang mendatang secara tiba-tiba,
Dari setiap cubaan dan ujian yang KAU layangkan kepada keluargaku,
Tapi sepertinya, mengapa aku terasa lapang menerima Kifarah-MU?
Mungkin juga rasa resah telah penuh melingkari hidupku sebelum ini,
kerna aku sudah tegar menerima semuanya...

Aku harus belajar daripada burung-burung, agar dapat terbang dan dapat melihat luas indahnya warna alam ini..
Aku harus belajar daripada ikan, biar dapat  menyelami hingga ke dasar bumi dan kupelajari rahsia Tuhan yang tersembunyi.
Ironinya hidup ini kan?

Dan dari segala rasa resahku,
Aku mau belajar kepada siapa saja yang mau mengajariku tentang dunia, tentang hidup, tentang apa saja yang dapat membuat damai dalam kedamaian.
Yaa Rabb……Aku berlindung kepada Mu dari hati yang hitam.

JUE:"Hidup tak perlu selalunya manis macam cotton candy.Kadang-kadang perlu jugak rasa pahit-pedas-pelik-annoying macam wasabi" (Teringat ketika makan boat Takoyaki bersama si Fiance)


Wednesday, January 16, 2013

Syukur.

Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali...

Assallamualaikum...

Hari ini, genap seminggu dari kejadian rumah aku terbakar di kampung. Memang tidak ku sangka, ujian berat begini yang diberikan oleh Allah kepada keluarga aku. tapi anehnya, aku mudah pasrah dan redha untuk menerimanya. cuma apa yang aku terkilan adalah, banyak barang yang musnah dan hangus akibat kejadian kebakaran tersebut...barang yang penuh dengan kenangan kami sekeluarga. kalau aku senaraikan satu persatu barang-barang itu, entah bila entry ini sampai ke noktahnya. orang cakap, barang yang hilang boleh diganti tapi yang penting nyawa keluarga aku selamat.. yes, agree. itu yang aku harapkan. Alhamdulillah Allah masih melindungi keluarga aku. Syukur.

Setiap dugaan itu pasti ada sebab dan hikmah. sama ada kita sedar atau tidak. kata pakcik Ahmad (abang mak aku):-

"sebenarnya kamu diuji oleh Allah s.w.t kerana Allah sayang hamba2NYA...ALLAH mahu manusia sedar bahawa tidak selamanya hidup kita senang, kerana susah itu pasti datang. ALLAH mahu kita berubah ke arah yang lebih baik. ALLAH mahu memberi kita peluang untuk memperbaiki keimanan dan ketaqwaan kita kepadaNYA. sepatutnya kamu bersyukur kerana kamu dipilih antara yang terpilih. dan mungkin ini juga, kifarah atas dosa-dosa yang kamu pernah lakukan, maka bertaubatlah."

mengalir air mata aku apabila mndengarnya.Ya Allah, Syukur Ya Rabb...mungkin kesan dari kejadian ini, hidup aku lebih bermakna dan bermatlamat....

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...