Assallamualaikum;
Setiap orang ibu
mesti nak cerita experience penyusuan ibu pada anak kan? Memanglah, sebab
naluri hati perempuan ni kekadang mahu orang2 tertentu nak tau hidup dia jugak.
Bolehlah aku katakana ianya lumrah sebahagian hidup wanita yang berstatus IBU.
So am i….
Seorang ibu yang suka
bercerita, menulis dan berkongsi sesuatu dalam blog dia tak pernah lari
memiliki perasaan2 macam ni..semuanya pasti mahu BERKONGSI…
Jadi, untuk entri
kali ini, aku nak kongsi pengalaman menjadi ibu kepada Raudhah EL Medina..
Entry kat
SINI , aku dah cerita tentang breastpump yang aku
dah beli kan? Baikklahh..so far, tak sia2 jugak beli benda tu. Sebab apa yang
penting kita pandai jaga dan simpan elok2. Tak mustahil kalu barang murah dan
kecil macam tu boleh bertahan sampai 2 3 orang anak..INsyaAllah.. dan
Alhamdulillah, selepas aku kongsikan pasal breastpump ni, memang ada beberapa
kawan aku yang bertanya tentangnya. Mungkin ada juga yang dah beli dan
mencubanya atau beli jenama yang lebih baik dari Snow Bear ni. Its okaayy beb,
aku tak kisah pun apa jenama yang korang nak malah aku lebih syorkan korang
beli yang lebih elok dan tahan walaupun mahal harganya. Dan sekali lagi apa
yang penting, apa2 juga cara nak susukan anak biarlah yang berbaloi..supaya
anak2 tetap dapat susu ibu sehingga 2 tahun..
Dan syukur sangat sebab atas tekad dan semangat aku nak
BFkan medina, susu dah makin banyak. Aku bertahan pump susu ikut jadual (jadual
untuk ibu yang bekerja) bagi menambahkan stok EBM medina..walaupun letih balik
dari kerja namun demi nak membesarkan anak yang sihat, aku tetap teruskan…
Waktu bekerja pada hari biasa, untuk satu hari aku berjaya
mendapat 10-16oz susu ibu selepas dipump. Itu pun aku akan amik masa waktu pagi
(sebelum masuk kerja), tengah hari (lunch) dan petang (selepas balik dari
kerja). Waktu malam, Medina akan minum direct feed jer. Dan bila Medina tidur
pada waktu tengah malam atau sebelum subuh, aku akan cepat2 bangun untuk
memulakan sesi mengepam. Orang cakap waktu2 begitu, susu jadi banyak. Yup,
betul,,kadang2 aku boleh dapat 5-6oz untuk pump sebelah kanan atau
kiri..(hehehe..kenapa sebelah jer, sebab kalu medina bangun aku lebih prefer
susukan dia sebelah jer dan sebelah lagi untuk pump).
 |
ini adalah salah satu pic yang aku amik lepas pump susu kat ofis, tapi belum masuk sesi ke2 dan ke3 lagi...
|
 |
kadang2 suka simpan dalam storage plastic ni.. |
Tapi terus terang, Medina memang kuat menyusu, jadi kadang2
EBM yang disimpan dalam peti ais akan cepat berkurangan. Dan sekali lagi,
penyesalan akan mula hadir dalam diri sebab tak buat stok awal2 lagi..tapi
takper..aku tak kisah..aku tetap teruskan juga mengepam…yang penting Medina maintain
dapat minum susu ibu. Dan sekarang Medina dah cukup 3 bulan, ada 3 bulan lagi nak cukupkan 6 bulan..dan insyaAllah andai umur aku panjang, aku akan teruskan sampai 2 tahun...Doakan yer...
Rahsia susu jadi banyak?
Ramai ibu2 diluar sana mengambil ikhtiar atau inisiatif lain
(any supplement) untuk memperbanyakkan susu kan? Tapi ada juga aku pernah baca
tentang seorang ibu mempunyai susu yang banyak tanpa perlu makan apa2 supplement. Malah
maybe beliau lagi berjaya menghasilkan susu ibu tanpa supplement berbanding
orang lain. Beliau hanya mementingkan dan menjaga pemakanannya dengan sangat
BAIK dan TERATUR! Kalau korang nak tau siapa orangnye.. nah aku perkenal kan, korang boleh
tengok Facebook kakak ni ..
Aku tak kenal pun dia ni tapi aku rajin follow
perkembangannya, tips2 nak banyakkan susu dan pengalaman beliau untuk jadi
bahan rujukan aku. kalau tak silap aku, kakak ni dah banyak kali dijemput untuk
menjadi motivator seminar penyusuan. Memang respect lah kan?
Orite, berbalik pada rahsia susu susu jadi banyak…
Aku sekarang dah menjadi pengguna baru Set Menyusu
Shaklee..ngehngehngeh~~~
Yup, itulah rahsia aku…my MILKbooster….ESP + ALFALFA COMPLEX
+ OSTEMETRIK
+
Tidak dinafikan ramai yang cakap Shaklee ni
mahal…yezzaaa..memang mahal beb…tapi
sekarang Shaklee ada menyediakan pakej atau set budget bagi yang tidak
kemampuan atau tidak kecukupan duit untuk membeli barangan mahal macam ni. Set
ni dah cukup bagi aku. harga untuk set ini adalah dalam kurang RM200xx. Demi
anak, aku pejam mata je beli benda ni. yesss…demi anak ~~~~ huhuhuhu….
Bagi
aku, terpulanglah korang nak buat macam mana nak banyakkan susu, kalau korang
lebih prefer nak ikut macam kakak yang aku cerita kat atas tadi,buat jer
la..malah mungkin itu lebih baik kan. Tetapi untuk situasi aku ini, aku memang
perlukan MILKbooster sebab pemakanan seimbang yang disarankan oleh pakar kesihatan,
aku tak berjaya untuk mengikutinya. Yelah, kadang2 aku jarang makan makanan berkhasiat ,kadang2 aku
terlebih dan terkurang makan, ikut mood…so, aku suka amik dan buat perkara yang jimat masa…maksud
aku SHAKLEE tu ler.
Kalau
aku cerita pasal Shaklee ni memang berjela2 lah jadinya.. so, korang boleh google
sendiri kebaikan Shaklee ni… kesannya memang superrrbbbb!!!! Cubalah……
Sebenarnya
kalau korang rajin mencari jenama milkbooster yang lain memang banyak tau..ada
yang lebih murah dari Shaklee tu…jadi korang boleh cuba lah jenama yang aku
syor kat bawah ni :-
banyak pilihan kan?? jadi dengan adanya milkbooster2 yang berbagai2 jenis macam yang aku bagi kat atas, maka, tiada alasan untuk kita MALAS nak bagi anak2 minum susu kita sendiri...tiada alasan untuk 'mendakwa' susu kita sikit...apa yang penting adalah DUIT...DOA, USAHA, ISTIQOMAH dan TEKAD...serta selalu ada DEMAND & SUPPLY (asyik ini je aku mention kan??) pastikan orang2 terdekat kita memberi support yang tinggi untuk kita..terutamanya suami dan keluarga lain.
kenapa aku suka cakap pasal SUSU IBU ni..sebab atas KESEDARAN DIRI !
okay chow~~~