Followers

Thursday, March 20, 2014

BREASTpump + MILKbooster



Assallamualaikum;

Setiap orang ibu mesti nak cerita experience penyusuan ibu pada anak kan? Memanglah, sebab naluri hati perempuan ni kekadang mahu orang2 tertentu nak tau hidup dia jugak. Bolehlah aku katakana ianya lumrah sebahagian hidup wanita yang berstatus IBU.
So am i….
Seorang ibu yang suka bercerita, menulis dan berkongsi sesuatu dalam blog dia tak pernah lari memiliki perasaan2 macam ni..semuanya pasti mahu BERKONGSI…
Jadi, untuk entri kali ini, aku nak kongsi pengalaman menjadi ibu kepada Raudhah EL Medina..

Entry kat SINI , aku dah cerita tentang breastpump yang aku dah beli kan? Baikklahh..so far, tak sia2 jugak beli benda tu. Sebab apa yang penting kita pandai jaga dan simpan elok2. Tak mustahil kalu barang murah dan kecil macam tu boleh bertahan sampai 2 3 orang anak..INsyaAllah.. dan Alhamdulillah, selepas aku kongsikan pasal breastpump ni, memang ada beberapa kawan aku yang bertanya tentangnya. Mungkin ada juga yang dah beli dan mencubanya atau beli jenama yang lebih baik dari Snow Bear ni. Its okaayy beb, aku tak kisah pun apa jenama yang korang nak malah aku lebih syorkan korang beli yang lebih elok dan tahan walaupun mahal harganya. Dan sekali lagi apa yang penting, apa2 juga cara nak susukan anak biarlah yang berbaloi..supaya anak2 tetap dapat susu ibu sehingga 2 tahun..

Dan syukur sangat sebab atas tekad dan semangat aku nak BFkan medina, susu dah makin banyak. Aku bertahan pump susu ikut jadual (jadual untuk ibu yang bekerja) bagi menambahkan stok EBM medina..walaupun letih balik dari kerja namun demi nak membesarkan anak yang sihat, aku tetap teruskan…
Waktu bekerja pada hari biasa, untuk satu hari aku berjaya mendapat 10-16oz susu ibu selepas dipump. Itu pun aku akan amik masa waktu pagi (sebelum masuk kerja), tengah hari (lunch) dan petang (selepas balik dari kerja). Waktu malam, Medina akan minum direct feed jer. Dan bila Medina tidur pada waktu tengah malam atau sebelum subuh, aku akan cepat2 bangun untuk memulakan sesi mengepam. Orang cakap waktu2 begitu, susu jadi banyak. Yup, betul,,kadang2 aku boleh dapat 5-6oz untuk pump sebelah kanan atau kiri..(hehehe..kenapa sebelah jer, sebab kalu medina bangun aku lebih prefer susukan dia sebelah jer dan sebelah lagi untuk pump).

ini adalah salah satu pic yang aku amik lepas pump susu kat ofis, tapi belum masuk sesi ke2 dan ke3 lagi...

kadang2 suka simpan dalam storage plastic ni.. 

Tapi terus terang, Medina memang kuat menyusu, jadi kadang2 EBM yang disimpan dalam peti ais akan cepat berkurangan. Dan sekali lagi, penyesalan akan mula hadir dalam diri sebab tak buat stok awal2 lagi..tapi takper..aku tak kisah..aku tetap teruskan juga mengepam…yang penting Medina maintain dapat minum susu ibu. Dan sekarang Medina dah cukup 3 bulan, ada 3 bulan lagi nak cukupkan 6 bulan..dan insyaAllah andai umur aku panjang, aku akan teruskan sampai 2 tahun...Doakan yer...

Rahsia susu jadi banyak?

Ramai ibu2 diluar sana mengambil ikhtiar atau inisiatif lain (any supplement) untuk memperbanyakkan susu kan? Tapi ada juga aku pernah baca tentang seorang ibu mempunyai susu yang banyak tanpa perlu makan apa2 supplement. Malah maybe beliau lagi berjaya menghasilkan susu ibu tanpa supplement berbanding orang lain. Beliau hanya mementingkan dan menjaga pemakanannya dengan sangat BAIK dan TERATUR! Kalau korang nak tau siapa orangnye.. nah aku perkenal kan, korang boleh tengok Facebook kakak ni ..


Aku tak kenal pun dia ni tapi aku rajin follow perkembangannya, tips2 nak banyakkan susu dan pengalaman beliau untuk jadi bahan rujukan aku. kalau tak silap aku, kakak ni dah banyak kali dijemput untuk menjadi motivator seminar penyusuan. Memang respect lah kan?
Orite, berbalik pada rahsia susu susu jadi banyak…

Aku sekarang dah menjadi pengguna baru Set Menyusu Shaklee..ngehngehngeh~~~

Yup, itulah rahsia aku…my MILKbooster….ESP + ALFALFA COMPLEX + OSTEMETRIK

+


Tidak dinafikan ramai yang cakap Shaklee ni mahal…yezzaaa..memang mahal beb…tapi  sekarang Shaklee ada menyediakan pakej atau set budget bagi yang tidak kemampuan atau tidak kecukupan duit untuk membeli barangan mahal macam ni. Set ni dah cukup bagi aku. harga untuk set ini adalah dalam kurang RM200xx. Demi anak, aku pejam mata je beli benda ni. yesss…demi anak ~~~~ huhuhuhu….

Bagi aku, terpulanglah korang nak buat macam mana nak banyakkan susu, kalau korang lebih prefer nak ikut macam kakak yang aku cerita kat atas tadi,buat jer la..malah mungkin itu lebih baik kan. Tetapi untuk situasi aku ini, aku memang perlukan MILKbooster sebab pemakanan seimbang yang disarankan oleh pakar kesihatan, aku tak berjaya untuk mengikutinya. Yelah, kadang2 aku jarang makan makanan berkhasiat ,kadang2 aku terlebih dan terkurang makan, ikut mood…so, aku suka amik dan buat perkara yang jimat masa…maksud aku SHAKLEE tu ler.

Kalau aku cerita pasal Shaklee ni memang berjela2 lah jadinya.. so, korang boleh google sendiri kebaikan Shaklee ni… kesannya memang superrrbbbb!!!! Cubalah……

Sebenarnya kalau korang rajin mencari jenama milkbooster yang lain memang banyak tau..ada yang lebih murah dari Shaklee tu…jadi korang boleh cuba lah jenama yang aku syor kat bawah ni :-




2.       Qaseh Gold Adinda












 banyak pilihan kan?? jadi dengan adanya milkbooster2 yang berbagai2 jenis macam yang aku bagi kat atas, maka, tiada alasan untuk kita MALAS nak bagi anak2 minum susu kita sendiri...tiada alasan untuk 'mendakwa' susu kita sikit...apa yang penting adalah DUIT...DOA, USAHA, ISTIQOMAH dan TEKAD...serta selalu ada DEMAND & SUPPLY (asyik ini je aku mention kan??) pastikan orang2 terdekat kita memberi support yang tinggi untuk kita..terutamanya suami dan keluarga lain. 

kenapa aku suka cakap pasal SUSU IBU ni..sebab atas KESEDARAN DIRI  !
  okay chow~~~


No comments:

Post a Comment