Assallamualaikum wbt...selamat menyambut Ramadhan El Mubarak...
Alhamdulillah...semalam dapat solat tarawih berjemaah kat rumah jer...terima kasih lah kat encik suami yang beriya2 mahu mengajak seluruh keluarga untuk berjemaah (walaupun tak semua) tapi tetap aku bersyukur kepada adik ipar yang join semalam walaupun anak2 takde sape yang menjaga, terpaksa mereka jaga diri sendiri jer..hehhehe
well, bukan aku tak nak solat tarawih sendiri kat rumah tapi aku nak target pahala tarawih secara berjemaah sebab pahala jemaah lagi besar dari pahala sendiri. Dah tu, kalu nak pahala jemaah sangat nape tak pergi masjid jer kan? emmm kalu ada yang tanya aku macam tu, memang kena leter dek aku la nampaknya.... 1st, aku ada anak yang berumur 6bulan lebih yang masih memerlukan ibunya setiap masa, sekurang2nya bila aku terawih kat rumah, aku dah ready untuk on call okay? 2nd, wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..Selain menghindar diri dari fitnah, wanita yang solat di rumah dapat berehat rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih...sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga
tapi kalu nak berjemaah kat masjid juga tidak ada masalah..
kadang2, pelik juga aku kenapalah ada member2 yang terkejar2 nak solat terawih kat masjid..yelah, kalu ko tak banyak wat keje waktu siang tu tak pelah..ni ko penat balik dari kerja, ambil anak kat sekolah, nak masak untuk berbuka lagi, nak buat itu ini, nak sedia itu ini..last2 masa ko nak terawih kat masjid, mata ko dah layu tak fokus nak solat...kan tak bagus macam tu? sedangkan kita kena faham bahawa solat tarawih itu solat' rehat'..so tak perlu terkejar kejar...Tarawih ni bermaksud rehat.. Solat tapi berehat.. bukannya solat express mahupun Transnasional.. dan tarawih ini dilakukan 2 rakaat.. kemudian 2 rakaat dan seterusnya..Dan juga boleh dibuat secara sendirian di rumah andai tak sempat ke masjid. Alhamdulillah..beruntungnya lahir dalam keadaan Islam sebab Islam itu indah, mudah dan adil...Syukur lah naaakkk...
InsyaAllah, nak teruskan solat tarawih jemaah untuk sebulan ini...harap encik husband istiqomah untuk jadi imam kami...heehehehehe
NotaKakiTangan: Nasib baik Medina time tu mertua boleh tolong jagakan...time nak berdoa, waleed dia suh amik medina kat bilik mertua..tengok2 jer medina syok tengok tv sambil membebel ntah paper, kat sebelah neneknya dah tertidur...kelakar jer aku tengok....bila aku angkat dan dukung medina, terus dia senyum kat aku..alolollolo...sweetnye anak aku neh...Okay, Jom Medina, Waleed panggil nak kiter doa sama2...