Saat kaki melangkah, JIWA selalau berasa gelisah jika melihat LANGIT BIRU sebelum keluar setiap pagi. Adakah LANGIT BIRU itu yang sama sedang ditatap oleh dia…((AKU harap dia punya perasaan yang sama….))
adakah mungkin saat ini LANGIT BIRU itu bakal membawa hujan bahagia dan angin taufan sengsara?
Selalu AKU terfikir wajarkah AKU membawa PAYUNG atau tidak?
Walhal sebenarnya hati dan JIWA serta minda sudah lama mengetahui iaitu tetap mahu membawa PAYUNG..
::manusia belajar daripada pengalaman hidup yang sudah berlalu,perkara kekalahan dan kesilapan yang berlaku boleh dielakkan andai kita mampu bertahan pada waktu itu…tetapi apa daya akal fikiran tika itu andai hati dan JIWA terbelangkai lemah kerana minda yang kusut lemah dek kekalahan menghadapi dugaan hidup::
Mungkin kerana inilah,PAYUNG yang AKU fikir membawa kepada kebahagiaan…dan juga mungkin kemenangan menghadapi belukar hidup itulah yang lebih membawa beban berat dari sangkaan aku sebelum ini…….
JUEJAJ: usai melihat si mentari menyinar hari ini, tiba-tiba saja aku mengimpikan bumi disirami hujan yang membasahi setiap inci tanah dengan kasih sayang. Hati sedang kering dan pipi sudah tidak pandai untk basah lagi. Terima kasih pada anggota tubuh badan yang sanggup bekerja demi menghargai sebuah nyawa….dan lagi, adakah PAYUNG diperlukan lagi tika ini?
No comments:
Post a Comment