Friday, October 14, 2011

Kita kawan selamanya~

dear No one & Nobody;

aku tau kau perlukan perhatian dari seseorang...tapi aku tak pasti adakah seseorang itu adalah aku...memang aku sudah lama sedar kau mula bertindak secara halus....memerhatiku secara senyap dan memerhati dari arah jauh....aku tak pasti apa tujuan atau motif kau...aku tak pedulik dan aku tak ingin tahu semuanya..

kau tahu tak apa masalah kau? kau seorang yang sangat EGO dan KERAS KEPALA.....kau sedar itu tapi kau masih nak pertahankannya....apa yang kau dapat??sesalan?? 

kau teruskan saja kehidupan baru kau...hidup dengan dia yang telah menggantikan aku dalam hidup kau...bukan aku tidak peduli dengan kau, tapi aku megharapkan kau juga bahagia tika aku mula bahagia....kerana apa?kerana kita masih kawan selamanya~~

kita memang KAWAN kerana aku sudah mula menganggap sebegitu...jika kau tanya aku tentang sayang...Ya aku memang sayang kau...tapi sayang itu tidak seperti dulu...aku dah tukarkan sayang itu dari sayang seorang sahabat pada kawannya....jika kau tanya aku tentang kenangan, Ya Aku memang masih ingat kenangan itu tapi aku kenangan itu aku jadikan seperti pasir yang ditipu angin...semakin hilang dibawa pergi....ke utara, selatan, barat dan timur.....yang tinggal hanya sebutir pasir di mana aku cuma mengenal kau sebagai seorang kawan....jahat kah aku buat seperti itu?? tidak...

maka itu,aku sudah tekad.....aku tidak mahu mengungkit kisah lama, aku tidak mahu diselubungi bayangan silam dan aku tidak mahu memandang belakang lagi....aku mahu bina hidup baru dengan apa yang aku miliki sekarang.......

ouh terlupa...andai kau tanya aku tentang kau mahu menjadi kawan aku...ya, sudah tentu kita masih boleh berkawan...tapi kau dan aku punya batas tembok yang tinggi...kau di sana dan aku di sini...boleh??

dan pintaku cuma satu.....doakan saja kebahagiaan aku.....dan kalau boleh biar antara kita tidak ada perli memerli dan kutuk mengutuk....apa yang lepas biarkan saja ianya berlalu....aku tidak suka diungkit2 lagi...aku cuma mahu kita jadi kawan yang tetap kawan untuk selamanya....jangan salahkan aku atau berasa tidak puas hati di atas tindakan tegas aku ini..sebab inilah yang perlu aku lakukan....aku harap kau faham ya?


p/s: kepada yg tidak ada kena mengena tentang entri ini,ianya hanya untuk suka-suka saja....dun take it seyes k??but pada yang terasa...opppsss sowieee...just want to say SERVES YOUR RIGHT!!!!!

No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...