Thursday, January 5, 2012

Hantaran pada Hari Pertunangan Kakak saya!

Posted by: Nani Jurainie (^^)

Walaupun telah lama kakak saya bertunang iaitu pada Oktober 2011 yang lalu, tapi saya ingin sekali mengupload photo hantaran kakak saya (Juraidah Jumatin)...

Malam sebelum Hari pertunangan, kami (saya, kakak saya dan kawan-kawan sekampung sama-sama mengubah hantaran pertunangan ni, cantik tau diorang buat..hehe)

Buah-buahan dalam bakul, simple tapi menarik...
Kain Pelikat dibuat macam kipas, siap ada manik mutiara dengan bunga lagi...

Al-Quran dan Rehal yang diletak atas bakul tanpa tangkai...


Kek pertunangan kakak saya 


Cincin untuk lelaki (saya yang hias..haha) - yang tepi tu adalah bantal pelamin, tak da gambar dah..

Ini hantaran drpd pihak lelaki - sirih junjung dengan duit pembuka RM50- cantik kan?

Pelbagai hantaran dari kedua-dua pihak (lelaki & perempuan)

Kakak saya & Tunang dia 


Sebenarnya ada pelamin lagi buatan sendiri jugak tapi dah hilang dari simpanan saya, tema putih dan biru, baju diorang pun biru juga sama macam hantaran, memang semua birulah. Ada hantaran coklat, tuala lagi tapi tak ada dah dalam simpanan saya, dah hilang coz lama dah baru nak upload kat blog kakak saya ni..hehe...

P/S: Semoga jodoh berpanjangan hingga ke jinjang pelamin dan selamanya... Tiba-tiba rasa nak buat bisnes Hantaran dan pelamin mini pula... kalau dah minat apa salahnya kan yang penting barang hiasan dah ada sedia...(^^)

No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...