Friday, January 13, 2012

ku hanya mahu secebis cuma~



mereka adalah kawan baik, dan persahabatan itu sudah lama terjalin sejak beberapa tahun yang lalu...dan aku baru sahaja mengenali mereka atas nama TAKDIR. Tetapi aku sendiri tidak pasti sejauh mana keikhlasan mereka bersahabat...kerna aku tidak pernah berhadapan secara peribadi dengan mereka dan sukar untuk aku menilai semuanya. Walaubagaimanapun, dari jauh aku juga sentiasa mengikuti perkembangan mereka walau sedikit cuma.

Apa yang aku sedari dari dulu ialah, aku cuma mahu menjalinkan persahabatan dengan mereka...walaupun mungkin masih ada 'unfinished business" yang terjadi antara kami...perempuan vs. perempuan...tapi aku tak kisah...kerna aku tahu, sebagai manusia, aku mahu menyayangi insan2 disekelilingku...sayang kerana lillahita'ala...tetap sayang walaupun ada di kalangan mereka menganggap aku musuh cinta baginya...

kenapa mereka jadi begitu? bersalah sangatkah aku ini?damn....!!!

apa beza kamu dengan aku?
apa kamu lebih baik dari aku?
apa kamu anggap aku ini perampas?

mungkin kamu lebih bijak dari aku..
mungkin kamu lebih cantik dari aku...
mungkin kamu lebih berada dari aku...

tapi sebagai perempuan. kita sama2 lemah demi sesuatu.....

OMG....aku harap, aku tidak mula membenci kamu...kerana aku khuatir, aku akan mengeruhkan keadaan.........aku cuma mahu secebis keikhlasan dari kalian untuk bersahabat denganku....hanya secebis cuma......

Moga Allah memberkati kamu sekalian~


::the END::

No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...