Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...
Salam Kasih Dan Ukhwah buat semua readers....
Tentu di luar sana ramai yang masih menyambut Hari Kekasih bukan? eee tolong laa...sudah banyak kali amaran, nasihat dan teguran untuk anak-anak muda Islam zaman sekarang supaya jangan mengamalkan amalan bukan orang Islam ini. Bukankah elok hubungan cinta yang kalian bina ini diraih dengan menjalinkan ikatan perkahwinan?ish ish ish....apa dah jadi?
opsss...sebenarnya bukan pasal ini yang aku nak ceritakan...kali ni aku mahu berkongsi tentang HIKMAH. kenapa tiba-tiba post pasal hikmah ni? sedangkan ramai dah tau apa itu hikmah dan sudah banyak entri yang bercerita pasal hikmah kan?
wahai yang arif lagi bijaksana pembaca ku sekalian, hikmah terjadi dalam bentuk yang berbeza-beza dalam hidup seseorang, sama ada muda atau tua, kecil atau besar, kaya atau miskin, dan jahat atau baiknya seseorang itu...sesungguhnya Allah maha Perancang yang Bijak dan Tepat,apa yang Allah mahu, itulah yang terjadi.. KUN FAYAKUN....jadi, apa yang berlaku ke atasku juga berbeza, maka berbeza jugaklah cerita aku dari cerita hikmah yang pernah kalian baca sebelum ini.
sejak kejadian rumah aku yang terbakar pada 09.01.2013 lalu sebenarnya memberi kesan pada hidup aku, kesan yang aku maksudkan adalah, hikmah-hikmah yang telah Allah aturkan untuk aku...Subhanallah, walhamdulillah Allahuakbar.....segala langit dan bumi yang Allah ciptakan, maka Allah jua yang menjanjikan segala kebaikan dibalas dengan pahala yang setimpal, dan segala yang jahat ditimbang segala dosanya.... Ya, selepas bencana yang berlaku ke atas keluarga aku, aku sendiri tidak terkira berapa banyak bantuan dan pertolongan yang datang bertubi-tubi dari arah dan latar belakang masyarakat yang berbeza..syukur, masyarakat Malaysia terutamanya rakyat Daerah Keningau, Sabah masih mempunyai hati yang pemurah dan baik hati serta belas kasihan yang aku tidak sangka-sangka....hasil bantuan yang ada, keluarga aku dapat tinggal di sebuah rumah sementara yang dibina oleh bapaku sendiri..lega hati aku bila aku lihat keluarga aku dapat tinggal dengan selesa di rumah sendiri berbanding menumpang tempat orang lain. lagipun proses untuk membuat rumah batu yang dijadualkan akan siap sebelum bulan Mei masih berjalan dan tertangguh disebabkan masalah-masalah kewangan yang lain.
selepas aku tidak lagi bimbang tentang keluarga aku, datang pula berita gembira dari tunanganku sendiri tentang seseorang (Kak Saizuka Sakura -bukan namanya yang sebenar) yang meminta maaf kepadaku berikutan kejadian yang pernah berlaku antara kami bertiga dulu. Perkataan MAAF itulah yang telah lama aku tunggu sebenarnya. Memohon maaf, dimaafkan, dan memaafi adalah simbol ikatan persaudaraan yang baru dibina. harapanku, biarlah hubungan ini merupakan Ukhwahfillah til jannah.walaupun aku tidak bersemuka dengannya, namun aku tetap bersyukur yang kami sudah berbaik. Meski tidak rapat, aku sentiasa berdoa atas kebahagiaannya. Malah lebih bahagia daripada aku. InsyaAllah..
dalam melalui kehidupan yg penuh dgn dugaan ni...kita perlukan masa utk bangun dan bangkit dr ssuatu kejatuhan
*Monolog: Terima kasih jugak kak, sebab pernah hadir dalam hidup saya...
Dan, dalam masa yang sama pula, aku dan incik tunangan sudah mula menyibukan diri dengan perancangan perkahwinan kami pada 29.03.2013 dan 30.03.2013, biiznillah, maka berjalanlah majlis ini dengan baik. InsyaAllah. Apa yang aku bersyukur sangat adalah, seolah-olah majlis aku ini dipermudahkan oleh Allah kerana pelaksanaan kerja-kerja persiapan untuk kahwin semakin lancar walaupun kadang-kadang aku dan incik tunangan bergaduh kecil semasa membuat pemilihan barang. terasa lucu pula kalau diingatkan semula..kadangkala aku juga geram dan marah dengan incik tunangan walaupun dia yang banyak bersabar. namun hilang juga kesabarannya, kalau dia pula yang panas hati dan marah, aku pula yang diam mengecut.jadi untuk tidak memanjangkan masalah ini, aku cuba ikut saja kemahuannya.
Rezeki dalam dunia pekerjaan pula sentiasa ada, sebagai Peguam Syarie yang baru saja merangkak dalam arena perkerjaan, aku cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah-masalah anak guaman yang melantik aku sebagai peguam mereka. Walhal, aku sendiri tidak pasti sama ada aku mampu melakukan kerja peguam ini dan dalam pada masa yang sama juga aku sibuk menyiapkan kerja conveyancing/loan department yang bertimbun2, di samping kerja-kerja perkahwinan yang banyak lagi mahu diuruskan. bak kata incik tunangan, bawalah solat Dhuha, InsyaAllah segala urusan dan rezeki akan dipermudahkan. Iya, aku akan ingat semua itu. Thanks sayang....
oklah, masa sudah terus berjalan, kerja-kerja ofis mesti diselesaikan dengan segera. walaupun hari ini mood untuk berkerja tiada namun aku akan teruskan tanggungjawab ini. kerana kerja itu ibadah, kerja itu amanah dan kerja itu juga rezeki kita...jadi, tidak perlu aku mengeluh... InsyaAllah, kita akan berjumpa lagi dalam entry yang seterusnya. terima kasih kerana membaca. Salam sayang dariku.
Jue: Amaran dikeluarkan " Jangan Sambut Hari Valentine Day", Faham?
No comments:
Post a Comment