Walaupun aku tidak sempurna baiknya, namun aku suka melihat kebaikan dan cuba belajar untuk membuat kebaikan. kadang-kadang aku tidak suka diri aku dilihat oleh orang lain ketika aku ingin membuat kebaikan. Aku takut pada wujudnya sifat riak atau terbit perasaan suka menunjuk. Bila hal begitu terjadi, aku menjadi malu pada Tuhan.Seboleh-bolehnya aku cuba tidak bercakap tentang kebaikan yang aku lakukan di depan orang.
satu perkara yang aku pelik pada diri aku adalah, bila mana aku mahu melakukan sesuatu yang baik, ianya tetap tidak bertahan lama. Sekejap saja aku berubah. Tidak istiqomah dalam mendirikan sesuatu perkara yang mulia, khususnya pada hubunganku dengan Rabbku sendiri. Lihat, sedangkan pada Yang Esa pun tidak terjaga hubungannya, apatah lagi dengan diri sendiri dan orang lain?mampukah aku menjadi orang yang baik?
semua orang dilahirkan menjadi manusia yang baik, namun terpulang pada manusia itu sendiri yang menentukan jalan hidupnya menjadi baik atau buruk. Kita diberi akal untuk berfikir membuat pilihan, tetapi walaupun berakal, kita masih bodoh ketika kita memilih jalan yang tidak baik. sebab itulah ramai umat kita yang jauh dari landasan iman dan taqwa. Kita diberi peluang untuk memilih jalan yang luas tapi tetapi masih ramai yang memilih jalan yang sempit.
tetapi apa yang aku perhatikan setiap manusia ini mempunyai nilai kebaikannya sendiri. Sejahat-jahat manapun dirinya, namun jauh di sudut hati masih ada terselit kebaikan yang dia miliki. aku sedar semua ini sebab sudah ramai yang aku jumpa jenis macam ni. Bayangkan, orang yang aku jumpa ini adalah orang Mak Nyah, tapi dalam saat dia berseorangan, dia suka mendengar dan menonton program keagamaan.Yang lebih menarik lagi, mak nyah ini antara orang yang aktif menderma di rumah-rumah kebajikan anak yatim dan warga emas. Sekarang, perlukah aku mendefinisikan MAKNYAH ini adalah orang yang kotor dan sesat hatinya?
berbalik pada diri aku... apa kebaikan yang sudah pernah aku lakukan sebelum ini? entah, aku tak ingat ataupun langsung tidak ada apa-apa kebaikan yang aku lakukan? sama ada aku sedar atau tidak, biarlah kebaikan itu dihitung di Akhirat nanti. Yang pastinya, buat baik jangan SEKALI, tetapi berKALI-KALI...!
JUE: Sejuta mana pun kebaikan yang kau lakukan dengan orang namun orang tetap akan ingat dosa yang kau lakukan walhal sekali saja. pelikkan?
No comments:
Post a Comment