Friday, February 28, 2014

Breast Pump (Mampu Milik) untuk EBM Medina

Korang jangan jadi macam aku yerr…last minit baru nak cari breast pump yang sesuai…tengok apa dah jadi?aku tak sempat nak kumpul stok EBM banyak2 untuk Medina…bila dah mula kerja ni, baru nak menyesal..;kenapa aku tak buat awal2 lagi?’

Sebenarnya alkisahnya begini,
Sebelum aku bersalin, aku sudah sediakan pam susu manual jenama fiffy..harganya pun tersangatlah murah so, aku pun beli…dalam masa berpantang tu, aku cuba untuk mempratikkan sesi mengepam susu…tau apa jadi…? DUA-DUA TANGAN aku kebas beb~ tangan kanan penat mengepam, si kiri pula yang ganti…bila penat kiri dan kanan, pinjam tangan sang hasben…last2 hasben pun jenuh jugak nak mengepam…akhirnya, aku malas nak pam susu jadi aku teruskan dengan directfeeding sampailah seminggu sebelum bekerja..lalalalala~

Oh ya, sebelum ni aku pernah cerita kat sini tentang impian nak BF medina sampai 3bulan, 6 bulan dan 2 tahun tapi disebabkan masa awal pantang dulu susu aku sikit dan medina mengalami jaundis yang agak tinggi jugak, so decide nak bagi dia minum susu FM…masa inilah hati aku menangis2 dan betul2 terasa down serta kecewa… sebab kalau boleh aku tak nak medina minum susu FM..lagipun Medina menjerit2 nangis nak minum susu time itu, so aku relakan juga. Lagipun mama dan mertua aku beriya2 suruh aku bagi minum medina susu fm. Aku bukan nak mempertikaikan pandangan orang-orang tua aku tu tapi aku seringkali berfikir macam mana kita nak slow talk kat dorang tentang  ‘tidak ada susu lain selain susu ibu’ tanpa mereka tidak terasa dengan kita?rata2 dikalangan ibu bapa kita sekarang percaya, bayi tidak akan kenyang jika diberi minum susu ibu sahaja. Sampaikan bapa aku cakap “ ala, kau masa umur sebulan lebih bapa sdh kasi bagi kau makan nestum, teda apa2 jugak kan?”

Ok, cukup setakat itu. aku nak kongsi sikit pasal breast pump yang aku beli ni.
Sebelum mula berkerja, tiba2 aku tersedar yang aku amat perlukan breast pump.yeahh..inilah masa aku nak mencari2 pump yang bagus tapi yang mampu dibeli..

Memang banyak jugaklah aku cari tempat, page, fb, website dan link or bertanya dari kawan2 pasal jenama breastpump apa yang paling ok..rata2 ramai yang syorkan aku beli breastpump jenama avent, medela, rumble tuff,autumn dan jenama yang pelik2 aku dengar..memang aku akui semua jenama tersebut amat mahal,tahan dan sangat berbaloi2.errrr…. perlukah yang mahal jugak?????

Aku teringat sepupu aku pernah cakap, apa yang penting dalam penyusuan ibu adalah DEMAND & SUPPLY…kau ader breast pump atau tak, tak kesah yang penting usaha kau nak bagi susu ibu kat anak sendiri..tapi bagi ummi yang bekerja seperti aku dan si sepupu aku itu, kami memang perlukan breast pump…hehehhehe~ senang kau nak pump kat ofis nanti kan…?

Jadinye… cari punyalah cari terjumpalah brand Snow Bear Advanced Single Breast Pump yang baru ni kat fb LITTLE GIUK, bila aku tengok dan baca perkataan GIUK tu aku dah tau dia ni mesti rakyat sabahan punya..hahahaha~ so bila aku klik dan tengok memang diaorang sabah~sukanya aku~ wei kalu kita deal bisness ngn orang rakyat sendiri senang nak kaw2 beb…tak payah postage2 dah..terus jer datang beli dan ambil tempat dia..kan senang…'


harga standard: RM170

 Dalam page fb LITTLE GIUK ni…dia ada buat satu pakej breast pump back to 
work..amboiii..faham jer ape yang kite nak kan?nak beli breastpump berjenama macam yang aku cakap sebelum ni memang tak mampulah. ada yang manual pun mencecah RM300. elektrik apatah lagi.. jadi untuk Snow Bear harganya sangat berbaloi untuk elektrik dan bateri. Sebelum beli, aku dah check dan kaji habis-habisan kenapa aku perlu beli breast pump macam tu..haaaa perkara ni aku nak ingatkan korang…survey betol2 barang tu sebelum nak beli…baca testimonial sama ada orang puji ke tak…bagus ke tak…dan so on……..

aku pilih pakej ni..aritu husband kaw2 kat owner tu dapatlah murah sikit....syyyhhh~~~

Rupa2nya, breast pump Snow Bear Advanced Single Pump ini laku macam pisang goreng…kenapa?

Jawapannya: Murah, Ringan, Senang Bawa, Kecil, Senang Basuh, Efektif & Sangat Berbaloi-Baloi!

- 589 Mommies telah Memiliki Pam ini Sejak Februari 2013
- 99.1% Mommies yang guna berpuas hati!
- Waranti 1 Tahun (kad waranti di sertakan)
- Boleh pakai elektrik & bateri
- Mimik bayi (membantu ibu yang ada inverted nipples)
- Tak sakit & Tak bising
- Praktikal & Tersangat Ringan 300g sahaja!
- Kecil, diameter 12 cm sahaja & senang bawa, masuk handbag
- Made in Korea (Ada servis center / customer support)
- 2 Jenis Sedutan mimik bayi - pump & urutan lepasan
- 3 Level sedutan untuk keselesaan Mommies
- Anti Back Flow
- Corong pam yang lembut & rekabentuk utk keselesaan
- Senang di pasang & di cuci. (Hanya 4 parts utama)
- Selamat & Non toxic (BPA free and Phthalates Free)
- US FDA approved material for safe storage

 (ini yang aku copy and paste dari google)

Orang kata kalau pump dah bagus dan mahal tapi kita tak ada usaha untuk banyakkan susu tak bagus gak kan.. so kesimpulannya, gunalah apa saja jenis breast pump pun sama ada manual, bateri or letrik yang penting usaha untuk banyakkan susu dan istiqomah dalam menyimpan stok ebm itu ada..dan yang paling penting basic demand & supply itu sentiasa amalkan.

Bagaimana nak mengekalkan ketahanan Breast Pump Snow Bear?



1. Jika ibu-ibu gunakan Bateri.. Sila keluarkan bateri lepas guna..
2. Cuci - lepas guna harian basuh & bilas dengan air biasa atau pencuci sahaja.. 
JANGAN & JANGAN BASUH GUNA AIR PANAS!! cuma boleh pakai sterilizer atau rendam dalam AIR SUAM seminggu sekali.
3. Pastikan sambungan tiub & parts RAPAT ketika sesi pumping dijalankan.


hasilnya? insyaAllah dalam entry seterusnya....bye~

19 comments:

  1. kita sebagai mak ni memang sebenarnya apalagi kalau dala pantang kan, kita memang nak anak kita tu minum susu kita saja kan. tapi yela, kalau anak kita dah melalak2 susu kita tak ada, jadi terpaksa la kan, takkan nak biar dia nangis kan, sambil2 tu kita usaha dan doa juga supaya susu kita banyak kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..betul...terpaksa jgk bagi anak susu fm sebab susu bf sikit jer..apa yg penting anak kita sihat...thanks comment~ :)

      Delete
  2. tq for the review.. mau try jg la ni brand...

    ReplyDelete
  3. ok...tgh survey breast pump utk 3rd baby ni...so far rasenya nak try snow bear

    ReplyDelete
  4. Tq utk info..sy pun tgh tunggu snow bear ni..xsbr nk kumpul stok..

    ReplyDelete
  5. salam..boleh share x kt mana/website nk beli breast pump jenis ni.berapa harga dia..t.kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cari kat FB https://www.facebook.com/SnowBearAdvancedBreastPump

      Delete
  6. korang boleh cari dan beli kat FB Snow Bear Advanced Breastpump atau pegi link ni https://www.facebook.com/SnowBearAdvancedBreastPump

    ReplyDelete
  7. Sy nk jual bp snow bear ni..sbb dgn sy xserasi plak..bru beli 26 mei 2014..bleh contact sy melalui email yana_sagi@yahoo.com sy jual RM170 je..da free gift 1 bottle bumble bee n 10 plastic storage autumnz..1 baby romper..1 baby hat..1 baby bip..boleh klik kat link ni tuk pic
    http://lily-liyana-lily.blogspot.com/2014_07_01_archive.html#3218617764019044163

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..masih ade ke bp ni? Berminat nk beli 0134152094-farah

      Delete
    2. Salam..masih ade ke bp ni? Berminat nk beli 0134152094-farah

      Delete
  8. dah banyak kan pam skrg, mcm2 model, kelabu mata. hihi

    ReplyDelete
  9. murahnya, dulu sy beli mahal gile tp xguna pun sb letih cara manual..lepas ni leh try yg ni pulak :)

    ReplyDelete
  10. Salam ada sesiapa nak beli autumz bliss breast pump.. tak sesuai dengan sy. Pm 0164872699

    ReplyDelete

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...