Semalam
adalah 25hb November 2013..hari pertama suami keluar out station selama
seminggu. Kini destinasinya yang kedua adalah di KUDAT untuk rancangan RASABAH.
Sebelum menghantar suami, dia sempat temankan aku pergi ke klinik untuk review
kandungan ke 36 minggu. Alhamdulillah, segalanya ok. Hari jumaat ni pula aku
akan berjumpa dengan doctor. Harap2, kali ni dapat tahu jantina baby kami.
Sebab before this baby agak malu2 nak tunjuk ‘anu’nya…mcm comel jer kan?
Hehehe..
Memang
terlalu sunyi bila suami tiada di sisi kan? Lebih2 lagi bila kita preggy macm
ni, tentunya memerlukan suami pada bila2 masa. Sudahlah Jururawat klinik bagitahu yang aku akn
bersalin anytime jer. Peringkat kandungan 36 minggu ke atas adalah waktu2
kemuncaknya. So, aku dinasihatkan untuk membuat persiapan menerima dan bersedia
untuk melahirkan anak ini. Nebes plak
rasanya …aku harap semuanya berjalan dengan lancar, selamat dan tiada perkara
tak baik berlaku. (saat aku menaip entry ini, baby asyik bergerak dan mendang
jer..indahnya…) yelaaa..aku dah cukup bersedia ke skrg ni? Emosi, minda dan
fizikal insyaAllah aku dah bersedia. Cuma masih susah hati sebab keperluan aku
dan baby belum mencukupi. Sibuk sangat ngan kerja. Sampai nak beli barang pun
main order online je..hahahahah..
Sebenarnya
, aku masih menunggu berita kelahiran anak adikku di KL sana. Semalam juga
adalah due hari dia nak bersalin. Tapi aku call mama aku, katanya adikku masih
belum bersalin lagi. Emm tak pelah, aku doakan semoga adik aku juga selamat melahirkan
babynya. Amin.
Eh,
handset berbunyi sms lagi. Ouh…dari sang suami tersayang..dah agak dah sms
darinya… sejak smalam dia akan menghantar sms kepadaku untuk ‘melaporkan’
kegiatannya di sana. Gembira bila dapat sms dia. Kadang2 juga buat aku tertunggu2.
Terpaksala menanggung rindu sekali lgi kan? Tak pelah, kerja suami kenalah
faham. Kalu dia terpaksa out station ke luar Negara pun, aku kena pasrah sbb
dia kerja untuk keluarga kami. aku tahu dia sedang berkerja keras demi kami.
lebih2 lagi tak lama lagi dia akan bergelar walid. Sesuatu tanggungjawab baru
yang akan dipikul dan berat. Semoga dia tabah dan kuat untuk mengahdapi hidup
ini.aAku doakan, walau di mana dia berada pun, Allah akan melindunginya.Amin.
nanti sambung~
No comments:
Post a Comment