Sebelum due nak bersalin ni, aku banyak menghabiskan masa
untuk mencari CD untuk baby aku nanti..walaupun aku tak pasti aku ‘istiqomah’
ke tak nak pakai CD tanpa menggunakan pampers/diapers. Sebab ada setengah ibu
lebih suka pakaikan pampers untuk anak2 mereka dari pakai CD ni sebab pampers
amat mudah, cepat dan boleh buang je. Berbanding dengan CD, kena plak basuh dan
keringkan barulah boleh pakai balik. Sama je kegunaannya dengan lampin. Mungkin
ia agak memenatkan tapi demi anak, aku cuba mempraktikkannya dengan sebaik
kudrat yang aku mampu. Lagipun, apa yang
aku perolehi dengan membca penggunaan CD di internet, rupanya banyak kebaikan
sekiranya kita menggunakan CD ni. Antaranya adalah :-
- Lebih sihat untuk bayi kerana baby tidak menggunakan apa2 bahan chemical sepperti disposable diapers
- Lebih murah untuk jangka masa panjang kerana kita hanya perlu beli sekali sahaja dan boleh digunkan hingga adik2 yang lain
- Toilet training untuk si kecil akan berlaku lebih awal
- Terdapat jenis ONE SIZE yang boleh diubahsuai untuk saiz bayi yang baru lahir hingga ke umur 4 tahun (3kg-16kg berat bayi)
- Boleh digunakan berkali-kali untuk beberapa orang anak
- Boleh dicuci dengan mesin basuh atau yang paling bagus di bawah sinar matahari
- Mesra alam (biodegradable)- generasi 500 tahun akan datang akan menghargai dan mengenang jasa anda jika menggunakan CD hari ini.
- Rekaan CD yang pelbagai yang praktikal dan cantik untuk si kecil
- Boleh dijual semula dan harga jual semula bagi sesetengah jenis CD adalah tinggi (telah dipraktikkan di negara barat yang kini mengalami kemelesetan ekonomi)
Bestkan? Sebab itu aku semakin tertarik untuk mencubanya. Kalu
nak lebih tahu lagi, korang boleh baca kat link SINI atau SINI atau SINI dan
lain2 yang korang jumpa kat google. Di samping dapat menjimatkan duit suami,
aku juga boleh ‘saving money’ untuk masa depan anak2 kan? Kalau kenangkan
semula masa aku bayi dulu, ibu aku juga menggunakan lampin bukan pampers. Aku
rasa aku patut jadikan ibu aku sebagai contoh. insyaAllah aku cuba praktis guna
CD/Lampin ni. memandangkan CD ini harganya agak mahal, aku hanya membelinya
satu persatu. Walaupun mahal tapi tahan. Orang cakap sikit-sikit lama2 jadi
bukit. So, tak payahlah aku nak susah hati sekarang kan. Dalam pada masa yang
sama , aku cuba mencari harga murah di internet yang mampu untuk aku beli.
Harap dipermudahkan lah yer.
Untuk pertama kalinya aku dah beli satu CD (orange
colour) dengan harga RM31.90 + 2 free insert CD. CD ni jenama G****. Tapi beli
satu je. Aku beli kat kedai HAPPY MUMS (branch kingfisher). Kedai ni memang
khas jual barang2 baby. Tapi tak la sebanyak barang di HQ HAPPY MUMS (Damai Specialist Centre), kalu
ada masa, aku akan bawa suami aku cari barang kat sana plak.heehehe
dan yang CD kedua plak, aku beli warna purple kat satu kedai
jual brg baby di tingkat 2 Megalong
Shopping Complex. Harga Rm28.00 + free 2 insert. aku beli sebab aku rasa murah.
Harga asal RM38. Kedai tu bagi diskaun rm10, Alhamdulillah rezeki aku la tu. heheh. So, jumlah sekarang ada 2 helai
jer. insyaAllah aku akan beli yg lain sampai 8 helai atau lebih. itu target aku.
Maybe borong kat internet je kot. Kat mana tu? Kat SINI (aku baru nak usha2 kat
web ni. Manalah tau aku wat bisnis CD lak..hehehe). kenapa 8 helai atau lebih nanti
aku story k.
ooh yaa, mungkin ada juga dinyatakan keburukan menggunakan CD ni tapi itu terpulang pada ibu-ibu kat luar sana nak pakai atau tidak kan. Cuma sekarang aku fikir, CD ni pakai time baby duk umah je lah kan. kalu dah di bawa keluar atau berjalan tu better pakai diapers/pampers je kan. yelah takkan lah kita nak bawa ke sana ke mari CD yg ada bau u'uk baby tu..huhuhuhu~ so terpulangla para ibu2 yer~
mcm ni la lebih kurang design CD plain yg aku beli..cuba tgk wrna orange dan purple..sweet jer kan?heheh |
No comments:
Post a Comment