Thursday, August 27, 2015

#03:CiNtA


Aku : Ku mencintaimu setulusnya…
Dia: Tapi ku lebih mencintai. Lebih tulus.
Aku : Menyintaimu adalah kekuatanku…sungguh..
Dia : Sungguh.. kekuatan itu juga datang darimu yang diciptakan Tuhan..
Aku :Kekuatan yang diciptakan oleh Tuhan untuk dua hati yang menunggu untuk bersatu…suatu hari..
Dia : Bagiku, menunggu itu sebagai sabarku…sabarku menggunung tinggi..menanti sampai pasti.. suatu hari kan terbukti..
Sayang, Biarkan Allah yang menyatukan cinta kita..

Friday, August 21, 2015

cerita seorang pakcik

-cuma gambar hiasan-

Pagi tadi masa dalam perjalanan hantar aku dan adik iparku pergi kerja, tiba-tiba suamiku membuka mulut lalu bercerita tentang pertemuannya dengan seorang pakcik di Surau dekat ofis dia. Suamiku hanya duduk dan tertidur di surau hampir setengah jam sebelum waktu Zohor. masa dia terbangun tu, seorang pakcik datang dan masuk ke dalam surau dan memberi salam.

"pakcik dari mana"? soal suami aku.Seperti biasa, suami aku ni jenis mesra alam. semua orang pun disapa dengan ramah.

" pakcik dari tingkat atas tingkat 3,buat kerja simen lantai" jawab pakcik tu. Mendengar saja jawapan ringkas macam tu, suami aku dah faham pakcik tu kerja sebagai kontraktor/tukang simen. 



Lalu suami ku dengan selamba memulakan cerita perbualan “Pakcik, solat ni penting....” sambil melemparkan senyuman kepada orang tua dihadapannya itu.



" Dik, solat sangat penting apatah lagi kita yang beruntung menjadi orang miskin" katanya menyambung kata-kata suamiku sambil ibu jari nya diajukan kepada suamiku dikala membahasakan suamiku “adik”.


"kenapa pula pakcik?" soal suamiku.


"Sebab kita tak perlu fikir bagaimana untuk menyimpan dan menyembunyikan harta" jawab pakcik tu."berbeza dengan orang miskin, hidupnya sederhana dan fokus kepada beribadah sahaja." sambungnya lagi."orang kaya dia perlu fikir dua perkara, beribadah dan simpan harta. sedangkan di akhirat nanti, dia akan ditanya kemana dan apa dia lakukan terhadap harta2nya itu."suami aku hanya diam dan masih memikirkan kata2 pakcik tu. seolah2 pakcik tu meninggalkan teka teki yang tergantung jawapannya.


Dan kata pakcik itu lagi:


“ Dunia ni orang kafir fikir dorang yang punya, jadi dia buat apa sahaja yang dia mahu. Dosa, maksiat dan segala bagai kerosakan yang mereka buat. Tapi kita sebagai orang islam, dunia kita di akhirat sana nanti"




Tambahnya,
"Dik, kematian itu pula umpama kita menghadap cermin. Kita pandang dia dan dia pandang kita kemudian kita goooooo (pergi), bila- bila masa tanpa apa-apa tanda. Kalau ada tanda, bagi orang – orang yang beriman dapatlah dia merasai tapi mungkin bagi kita ni yang banyak buat maksiat,..macam mana?entahlah... 

akhir sekali, pakcik tu cakap "Bah masuk sudah zohor ni... "



PENGAJARAN: 
kadang-kadang, ketika kita leka dan lalai (walaupun seketika), Allah swt menghantar seseorang kepada kita untuk memberi peringatan tanpa kita sedar. Sama ada muda atau tua, yang baik kita terima dengan hati terbuka kerana kita tahu yang baik2 itu datang dari Allah swt. Yang jahat itu dari kita yang lemah, cuba perbaiki dan berusaha untuk berubah.(peringatan untuk diri sendiri)
 sekian-


Sunday, August 16, 2015

Sepetang Bersama Sunset

Pernah mak mertua tegur jangan bawa anak kecil ke laut atau sungai...kalu nak bawa jgk, sebelum balik panggil 'semangat' anak tu balik jgk..mula2 mmg xleh nak terima dek akal..tpi lama2 kau faham jgk kenapa...tapi bukan pasal tu nak citer...hehehe..

dah lama kitaorang tak bawa  medina ke pantai...port yang medina paling suka....biasalah budak2 ...yang dia tahu seronok tengok laut saaja... Petang sebelum makan kat Anjung Selera Tanjung Aru, waleed bawa medina jalan2 dekat pantai...aku tak join,sebab sibuk menunggu makanan yang diorder lama tapi tak sampai2....

Kitaorang kuar beramai2...mak, adik pempuan,suami dan anak2nya, adik lelaki dan istri serta aku 3 beranak. Motif lepak kat sana sebab nak hantar adik pmpuan balik ke miri. Dah habis pantang lerr..boleh balik dah..



So, suami amik kesempatan bawa medina jalan2 dekat pantai...



Pandai lak husband aku amik gambar nih...cantik sangat....

But tak lama ponn...lepas makan kitaorng dah gerak ke epot...skang dah selamat sampai dah diorang kat miri...alhamdullilah... Penat jugak perjalanan kitaorng ni...besok dah nak kerja...monday blues...

Letih mmg letih..tapi kerja tetap kerja.

Medina say: olah olah (sekolah sekolah)

Yes medina...u need to go to school tomorrow k...

Kbai...

Entry yang paling ringkas sdh ni...







Friday, August 14, 2015

banyak cerita mau share!

Assallamualaikum....


jarang betul aku nak update blog....banyak dah peristiwa dan cerita yang berlaku dalam hidup aku, yang aku nak share kat korang. pasal sekolah medina, pasal waleed medina, pasal papa n mama in law aku naik haji, pasal 2org adik lelaki aku dah nikah sorang dan sorang lagi bakal bertunang, pasal adik aku dah beranak 2nd baby, pasal cerita ramadhan dan syawal, pasal rumah terbuka, pasal beraya rumah orang, pasal member kawin, pasal citer sedih, pasal citer happy.... lepas baca suma tu, korang pasti muntah!!!

satu2 aku update...!

kbai..chow...

Monday, August 3, 2015

GayaRaya2015: Jubah Abaya Ummi











Ramai lak kawan2 puji baju raya sedondon kitaorang lawa...ada yang tanya beli  dan tempah kat maner....simple je aku cakap, online jerrr....hehhehehe...

tema kaler raya tahun ni..purple...kih2... sebelum tu aku nak minta maaf kat suami sebab ari tu aku yang minta die suggest warna tema kitaorang ..die pilih kaler silver satin.. kaler tu kalu nak diikutkan memang lawa kalu ade..kena pula design jubah dan baju melayu moden kan...ehehhe. hampir 3bulan sebelum raya aku dah beriya2 mencari kaler tu tau...kat FB la, INSTA la, kedai la...tapi entah kenapa..last2 minit aku suggest purple je dan suami pun okaaay je...cume die ckp jangan kaler pink lagi dah la..hahahha..





tempahan kali ni, kawan aku yang suggest suh tempah kat satu page FB ni..sebenarnya aku ni teragak2 sikit nak buat tempahan secara online. biasa beli yang ready made je. tapi ari tu intai2 page tu, ada nampak macam trusted seller...banyak dapat tempahan dan follower pun ramai gilerrr ar...jubah dan baju melayu pun namapak cantik2... dah intai2 tu terpandang la iklan jubah raya sedondon...ngam2 lak aku nak cari tu kalu boleh biarlah dapat tempah sekali dengan anak. dan Alhamdulillah..apa yang aku nak tu akhirnya jumpa jgk...

so tanya punya tanya kat admin page tu, aku dan suami setuju nak tempah dengan diorang...ada leceh sikit sebab diorang jahit ikut saiz customer so dengan gigihnya aku mencarila tali ukur baju tu nak ukur saiz badan aku anak beranak. 

aku tempah ari tu bulan Mei lagi..sebelum posa,,,,amboi,,,awalnyeeee? hahhahaha...taklah dah memang time2 yang sesuai dah korang nak menempah baju sebab tukang jahit ni ade limit nak terima tempahan tau...serik dah last2 minit ni...

admin dah bagi jaminan, baju akan dipost dalam seminggu sebelum raya..2mggu sebelum tu aku dah beiya follow up dengan admin sebab takut tak sempat...tapi alhamdulillah, dalam penantian..baju tu aku dapat 2ari sebelum raya...hahhaa tak mengigil ko menunggu time2 puncak nak raya masa tu? hahahahah...papun, tahniah dan terima kasih banyak kat page tu yang sabar melayan karenah customer..aku tau bukan aku sorang jer yang perlu die layan tapi ade beratus2 customer. yee kot...

okay, sape2 yang berkenan sangat dengan design jubah sedondon yang aku pakai tu...ni haaa..korang leh cari page kat FB korang... JUBAH ABAYA UMMI ...... atau wassap admin kat no. ni 0145488810 ....


nah...medina bagi hadiah gamabr selpie





DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...