-cuma gambar hiasan- |
Pagi tadi masa dalam perjalanan hantar aku dan adik iparku pergi kerja, tiba-tiba suamiku membuka mulut lalu bercerita tentang pertemuannya dengan seorang pakcik di Surau dekat ofis dia. Suamiku hanya duduk dan tertidur di surau hampir setengah jam sebelum waktu Zohor. masa dia terbangun tu, seorang pakcik datang dan masuk ke dalam surau dan memberi salam.
"pakcik dari mana"? soal suami aku.Seperti biasa, suami aku ni jenis mesra alam. semua orang pun disapa dengan ramah.
" pakcik dari tingkat atas tingkat 3,buat kerja simen lantai" jawab pakcik tu. Mendengar saja jawapan ringkas macam tu, suami aku dah faham pakcik tu kerja sebagai kontraktor/tukang simen.
Lalu suami ku dengan selamba memulakan cerita perbualan “Pakcik, solat ni penting....” sambil melemparkan senyuman kepada orang tua dihadapannya itu.
" Dik, solat sangat penting apatah lagi kita yang beruntung menjadi orang miskin" katanya menyambung kata-kata suamiku sambil ibu jari nya diajukan kepada suamiku dikala membahasakan suamiku “adik”.
"kenapa pula pakcik?" soal suamiku.
"Sebab kita tak perlu fikir bagaimana untuk menyimpan dan menyembunyikan harta" jawab pakcik tu."berbeza dengan orang miskin, hidupnya sederhana dan fokus kepada beribadah sahaja." sambungnya lagi."orang kaya dia perlu fikir dua perkara, beribadah dan simpan harta. sedangkan di akhirat nanti, dia akan ditanya kemana dan apa dia lakukan terhadap harta2nya itu."suami aku hanya diam dan masih memikirkan kata2 pakcik tu. seolah2 pakcik tu meninggalkan teka teki yang tergantung jawapannya.
Dan kata pakcik itu lagi:
“ Dunia ni orang kafir fikir dorang yang punya, jadi dia buat apa sahaja yang dia mahu. Dosa, maksiat dan segala bagai kerosakan yang mereka buat. Tapi kita sebagai orang islam, dunia kita di akhirat sana nanti"
Tambahnya,
"Dik, kematian itu pula umpama kita menghadap cermin. Kita pandang dia dan dia pandang kita kemudian kita goooooo (pergi), bila- bila masa tanpa apa-apa tanda. Kalau ada tanda, bagi orang – orang yang beriman dapatlah dia merasai tapi mungkin bagi kita ni yang banyak buat maksiat,..macam mana?entahlah...
akhir sekali, pakcik tu cakap "Bah masuk sudah zohor ni... "
PENGAJARAN:
kadang-kadang, ketika kita leka dan lalai (walaupun seketika), Allah swt menghantar seseorang kepada kita untuk memberi peringatan tanpa kita sedar. Sama ada muda atau tua, yang baik kita terima dengan hati terbuka kerana kita tahu yang baik2 itu datang dari Allah swt. Yang jahat itu dari kita yang lemah, cuba perbaiki dan berusaha untuk berubah.(peringatan untuk diri sendiri)
sekian-
No comments:
Post a Comment