Monday, March 12, 2012

Sila Terima Saya~

Finally, bulan February lalu aku dah habiskan chambering aku selama 9 bulan...walaupun aku sendiri tak pasti tempoh yang sepatutnya untuk buat chambering ini...namun kata kawan2 ku yang lain....cukuplah buat 6 bulan saja...aikk???? ke aku dah buang masa 3 bulan???hehehe

anyway...alhamdulillah, rezeki aku untuk bekerja di bawah naungan AZMAN BAGINDA & CO ini masih ada. Dan sekarang aku tengah membuat persiapan untuk permohonan dan diterima sebagai peguam syarie negeri.

semangat untuk menjadi peguam syarie bangkit semula. dulu, aku masih ragu2 untuk meneruskan niat aku..namun adanya sokongan orang-orang disekeliling aku, aku cuba untuk mencapai niat aku tu. lagipun ramai orang-orang yang tertentu mahu melihat aku berjaya menjadi seorang peguam syarie. InsyaAllah, aku akan buktikan walaupun aku rasa aku dah terlambat sedikit untuk merealisasikannya.

Aku harap permohonan aku ini diterima dan berjalan dengan lancar serta tidak ada halangan. Tolong doakan aku seadanya...moga Allah memberkati perjalanan hidupku..AMIN..

p/s:tidak lupa juga buat sahabat2ku yang kini sudah menjadi seorang peguam syarie, tahniah dan tahniah atas kejayaan korang.....yeah!!!

"SYARIAH ASAS KEADILAN"


No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...