Detik aku di’iktiraf’kan sebagai TUNANGAN orang pada 10 September 2011 bersamaan 12 Syawal 1432H yang jatuh pada hari sabtu di tempat kediamanku, Kg. Bayangan Keningau adalah merupakan momenta yang tak mungkin aku lupakan. Hari itu bukan hanya setakat aku dan dia diikat tetapi juga menghubungkan sillaturahim antara dua keluarga. Saat cincin bersalut emas dan perak disarungkan ke jari manisku, waktu itu aku mula sedar, aku sudah melangkah ke fasa pertama dunia perkahwinan.
Pertunangan atau dalam bahasa ARAB iaitu KHITBAH adalah merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. Ianya diharuskan di dalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing2 dengan lebih dekat lagi.Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing2 ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia dan di masa inilah kita mula mengenal hati budi dan nilai diri pasangan masing-masing.
Aku hanya memanggil saudara-saudara dan kawan-kawan terdekat untuk datang meraihkan majlis itu. Majlis yang sederhana.NIAT kami cuma satu…sebelum bertunang, aku dan dia tidak mahu menghebahkan perihal pertunangan kami. Melainkan apabila di tanya, InsyaAllah kami akan jawab dengan jujur (kadang-kadang kami berputar belit..hahaha)
Sebenarnya,pertunangan juga tidaklah perlu dihebahkan sangat. Cukuplah ala kadar. Lucu juga aku apabila ditanya oleh kawan-kawan yang tak tahu pasal pertunangan aku itu kehairanan melihat aku bergambar dengan seorang lelaki (dalam FB, bukan gambar semasa bertunang) sedangkan sebelum ni mereka susah untuk melihat aku begitu. Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Perlu diingatkan juga, pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam beberapa kitab yang membincangkan tentang KHITBAH ini. (Tapi aku tak ingat nama kitab tu)
Aku sendiri tidak menyangka bahawa, aku ditakdirkan bertunang dengan dia, yang aku kira sangat beruntung kerana dapat mengenalinya seadanya. Dialah bakal IMAMku, Dialah PEMIMPINku, Dialah Bapa kepada anakku (kahwin nantilah), Dialah Sahabat,Teman dan kekasihku…dan aku CINTA Dia…AllahuAkbar…Allah berkuasa segalanya2..Alhamdulillah syukur~ Terima kasih atas anugerah CINTA ini lagi, moga kali ini adalah kekal selamanya.
Aku harap, hubungan fasa pertama perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke syurga (InsyaAllah) kerana aku inginkan sebuah perkahwinan yang diberkati Allah S.W.T, kerana itu juga suami merupakan salah satu kunci untuk kita (muslimah) memasuki syurga.
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
P/s: Ya Allah..Moga Aku Berubah ke Arah ini
Kita juga mengimpikan anak soleh dan solehah penyejuk mata.Maka dari permulaannya lagilah perlu kita jaga.
Mungkin ada yang akan bercakap, "Mudahlah awk berkata-kata, awak masih belum diuji, tunggulah nanti."
Mungkin aku belum diuji, mungkin aku pula akan kalah nanti, tetapi aku sedang persiapkan diri. Untuk menjadi seorang Isteri Solehah pada suamiku.InsyaAllah.
Doakan moga JODOH dan REZEKI kami perpanjangan. Dan mohon ampun pada mereka yang rasa terkilan atas ikatan ini. Semoga Allah merahmati kalian. AMIN.
p/s: Cinta Ini adalah Takdirku. Thanks ALLAH. Harapan Kami,Moga dapat berbulan madu di Tanah Suci Mekah. Ya Khatibi, Ana Uhibbuka illal abada wa lillahitaala.(huhuhu…dah lama tak bercakap bahasa ARAB) J
No comments:
Post a Comment