Tuesday, March 20, 2012

Warkah Terakhir untuk kamu.

Assallamualaikum w.b.t

Salam untaian mahabbah ,tautan ukhwah buat kamu di sana…apa khabar dirimu sekarang? Ah, tanpa menanyakan khabar pun aku tahu kamu sentiasa sihat dan tersenyum manis..ya aku tahu, hari ini aku terdetik untuk melihat kamu dari jauh dan mengikuti perkembangan hidup kamu dalam diam…bukan kerana ingin menganggu hidup kamu, tapi sebagai manusia sesama manusia, aku SAYANG kepada kamu ...bukankah agama Islam menggalakkan kita menjalinkan sillahturahim? Walaupun aku tahu kamu mungkin tidak mahu menjalinkan apa-apa denganku meskipun kamu mungkin sudah memaafkan aku atau tidak. Namun bagi aku, cukuplah apa yang sudah berlaku sekarang..aku selesa dengan keadaan kita sekarang, dua manusia yang hidup berbeza,namun pada masa yang sama aku masih mengharapkan bahawa kita bisa bersemuka dan berbual mesra satu hari nanti.

"Memikirkan tentang soal memaafkan. Pada hari ini,terdetik hati aku untuk mahu melihat hamba Allah yang telah aku maafkan...tetapi,kenapa aku masih berat lagi untuk menerimanya .Betul kata orang..memaafkan memang mudah...tapi untuk melupakan apa yang telah dilakukan yang mengguris hati amat sukar. Adakah ini yang dikatakan sebagai ego manusia? Adakah ini yang dikatakan keras hati? keras kepala? aku sering bermonolog sendirian dalam mencari kebenaran. Inilah yang dikatakan muhasabah diri sebenarnya. Bukan hanya memikirkan tentang kebaikan kita tetapi sebaliknya turut memikirkan tentang kelemahan diri kita sendiri sebagai makhluk Allah."

Maafkan aku….sekali lagi aku memohon maaf walhal aku sendiri tidak pasti apa kesalahan yang aku lakukan pada kamu dulu. Apa yang belaku antara kita dulu jadikanlah sebagai teladan dan sempadan. Kita sudah terima ia sebagai pengajaran hidup. Yang juga memberi kesan pada diri kita, sama ada baik atau buruk. Namun kita sentiasa mendoakan yang baik-baik saja kan?insyaAllah…

Kita patut bersyukur di atas musibah yang berlaku dalam hidup kita…kerana kita sedar bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian. Cuba fikir dan kenangkan semula kesusahan, kekecewaan dan kesedihan yang pernah berlaku pada diri kita dulu, dan bandingkan dengan kesenangan, kegembiraan dan ketenangan yang kita miliki sekarang…berbeza bukan? Subhanallah…jadi mengapa kita harus membina benteng dendam dan meninggikan keegoan antara satu sama lain? Tidak bolehkah kita melupakan sengketa itu dan saling memaafkan saja?aduh kenapa aku mahu mengungkit lagi cerita lama?padahal mungkin kamu sudah melupakan segalanya.

Kamu sudah kembali tenang seperti sediakala bukan?kamu ada keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan hidup pada kamu. Kamu juga ada sahabat, rakan,teman dan kawan yang sentiasa berada di samping kamu tika susah dan senang atau mungkin juga kamu sudah bahagia bersama dengan cinta baru? Aku yakin kamu seorang HAWA yang tabah dan kuat. Kamu pasti mampu mengatasi segalanya.InsyaAllah. Hidup ini memang begitu, bagi mencapai sesuatu kesenangan dan kebahagiaan pasti bermula dengan kesusahan dan kekecewaan. Hanya terpulang dari kita bagaimana untuk melalui,mengawal diri dan berfikir secara rasional tentangnya.

Aku tahu kamu kini sudah menerima suratan takdir yang telah ditentukan ke atas kamu…kamu sudah terima hakikat bahawa hidup ini perlu diteruskan dengan mencari NUR ILLAHI untuk kehidupan DI TANAH SUCI. Alhamdulillah…malah ku kira hidup kamu lebih bahagia dan diredhai berbanding hidup aku sekarang…ketahuilah bahawa duhai saudariku, aku gembira dengan penghijrahan baru kamu itu. Dan aku sentiasa mendoakan yang baik-baik pada kamu dalam solatku….

Apa yang dicoretkan di sini adalah berdasarkan penilaian kasar aku melihat secara zahir tentang kamu. Namun apa yang terkandung dalam hati, diri dan fikiran kamu itu aku tidak bisa menafsirkannya, kerna apa yang kamu tentukan tentang hidup kamu, masa depan kamu, dan apa saja tentang kamu, hanya TUHAN dan kamu saja yang tahu. Andai masih ada kemarahan dan kebencian kamu terhadapku, ku pohon buanglah rasa-rasa itu, agar kamu lebih tenang menjalani kehidupan. Seperti mana kamu pernah berkata pada ku “Kita adalah berbeza”…maka kekalkanlah perbezaan itu…kerana aku yakin, perbezaan inilah yang membantu kita meneruskan hidup…untuk kita merasa kebahagiaan masing-masing.

Aku sendiri tidak pasti sama ada kamu sudah memaafkan aku atau tidak…sejak kejadian ‘pahit’ itu, kamu tidak pernah meminta maaf sebaliknya, kamu mungkin bercerita itu dan ini tentangku pada kawan-kawan kamu. Aku pasti itu. ya.pasti. Tapi itu tidak mengapa kerana aku tidak kisah.

Wahh..melihat gambar-gambar kamu itu, meyakinkan lagi kata-kataku di sini. Maafkan aku ya kerana mencuri-curi melihat gambar kamu. Sudah lama aku tidak melihat kamu dan sudah lama aku tidak mendengar cerita tentang kamu. Aku tidak tahu mengapa aku masih mengambil berat tentang kamu walaupun kamu pernah membenciku. Mungkin masih wujud rasa hormat atau mungkin kamu pernah menjadi Hawa pada Adamku satu tika dulu…atau ku anggap kamu sebagai KAKAK meskipun aku tidak pernah menjadi ADIK kepada kamu. Dan aku berjanji, ini adalah kali terakhir aku bercerita dan mengambil tahu tentang kamu. Kamu adalah kenangan yang tidak mungkin aku lupakan. Kerana kamu, aku merasai persaingan cinta, kerna kamu, aku menjadi lebih kuat dan berani, kerana kamu aku belajar sesuatu iaitu, menghargai sesuatu atau seseorang dalam hidup kita seadanya. TERIMA KASIH AKAK.

Baiklah, sampai di sini saja coretan aku pada kali ini. Aku harap kamu bisa membaca warkah ini kerna aku seperti terasa kamu masih menjadi ‘silent reader’ pada blog aku ini. Hehehe~

p/s: dear sis, I am sorry for the memories that make you cry and upset. I always hope that there is a way of happiness in your life. And I wish you will be happier than me. I hope so.

No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...