Thursday, November 8, 2012

Duit boleh dicari,namun kenangan sukar dicari.

kelmarin aku minta cuti setengah hari waktu bekerja, alasan yang aku tulis di atas surat cuti adalah 'family matters-URGENT!'- aku ketawa sendiri melihat alasan yang aku tulis secara spontan. sedangkan sebab mengapa aku pohon cuti adalah aku ingin menghadiri sesi mengambil gambar beramai-ramai.  Kenangan encik tunang semasa konvokesyennya bulan lepas disemadikan bersama aku dan keluarganya dalam sebuah potret keluarga. Lebih-lebih lagi ayahnya yang beria-ia mahu kami semua ada.

sesi bergambar tidaklah mengambil masa yang lama, cuma beberapa snap sahaja. Namun apa yang penting kepuasan hati semua orang. Walaupun penat dan letih, tetapi aku gagahkan juga. bagi aku perkara itu lebih penting.Kenangan itu patut dipotretkan, kerana selepas ini, kita tidak pasti bila masanya nyawa kita akan ditarik malaikat,biarlah harganya mahal sekalipun tetapi bapa mertuaku tetap tidak kisah untuk membayarnya.

Selepas bergambar, kami berkumpul di sebuah kedai makan mamak yang biasa kami singgah. encik tunang membawa aku berjalan-jalan sekitar pekan Tuaran. Misi mencari mesin pencukur rambut tetap juga diteruskan. Sungguh beria-ia dia mencari. setiap satu persatu kedai kami singgah. penat juga kaki aku berjalan kaki, bukan tidak biasa tetapi oleh kerana aku memakai high heel dan kain baju kurung yang agak sempit sebelah bawah menyukarkan lagi perjalanan aku. walaupun aku mengadu penat dan dahaga namun hati aku keras mahu menemani dia sehinggalah kami berpatah balik ke kedai mamak tadi. mereka yang lain masih menunggu kami. Dan masa itulah, aku order satu tin air coca cola. memang aku dahaga sangat  *gelak sendiri*

perkara manis yang pernah kita miliki tidak seharusnya dibiarkan  berlalu begitu saja, contohnya hari konvokesyen encik tunang yang berlangsung baru-baru ini adalah satu kejayaan yang amat membanggakan kami semua. mungkin sebab itulah, ibu dan bapa beliau bersungguh-sungguh mahu kami semua bergambar. 

bak kata bapanya "duit boleh dicari, tetapi kenangan susah untuk kita cari kerana kita pasti kita tidak akan mampu untuk mengulangi kenangan itu". Kata-kata ini aku ter-curi-curi dengar ketika mereka semua berkumpul di meja makan sambil berborak-borak. Hal lelaki sesama lelaki saja, malas aku mahu masuk campur ^_^v

malam tadi memang penat sangat, jadi aku masuk bilik mahu tidur awal. akhirnya selesai juga misi kami kelmarin. oh ya, sebelum terlupa, aku mahu ucapkan selamat hari lahir ke yang 24 tahun buat adik ipar  Dayang Zatul-Itri a.k.a PIPIE yang meyambut harilahirnya kelmarin. Bermati-matian abangnya menyuruh balik rumah sebab dia tidak mahu balik rumah pada awalnya, jadi dengan menggunakan alasan mahu berkumpul untuk bergambar, akhirnya dia ikut juga kami balik ke rumah  dan SUPRISE!! kek sudah menantinya di depan pintu rumah. Menjadi juga planning kami mahu kenakan dia. *Ketawa*

Oklah, Cerita semalam sudah aku kongsikan hari ini. Aku mahu menyambung kerja-kerja ofis yang aku tinggalkan semalam. Bos memang cemburu dengan ke'relaks'an aku kelmarin. Tidak mengapa wahai majikanku,besok aku cuti lagi... *ketawa besar*
jue: Kenangan datang tanpa diduga, sama ada ia manis seperti madu atau pahit umpama hempedu. namun apa yang pasti kita gerapkan kenangan itu sebagai batu loncatan untuk kita meneruskan hidup. Tahniah buat Encik Tunang atas konvo baru-baru ini 

-xoxo-

No comments:

Post a Comment

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...