Monday, November 26, 2012

Peluang.

Yeah...ini le surat nye!!!!
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah...sujud syukur pada mu Illahi...atas nikmat dan ganjaran yang Engkau kurniakan padaku. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Penyayang lagi Pemurah.

Tarikh 23hb November 2012 (Jumaat) yang lalu aku menerima sepucuk surat dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah. Dengan sukacitanya mereka memaklumkan bahawa aku telah dibenarkan bertindak sebagai Peguam Syarie Negeri Sabah yang berkuatkuasa serta merta. Walau bagaimanapun, kebenaran itu akan tamat setelah Kaedah-Kaedah Peguam Syarie Negeri Sabah sudah diwartakan. Aku dikehendaki memohon permohonan baru untuk mengambil peperiksaan dan temuduga. Dan juga aku wajib mengambil Diploma Guaman selama setahun lagi. Ini bermakna aku perlu bersiap sedia untuk semua itu.

Apapun, aku sudah diberi peluang dan kesempatan untuk bertindak sebagai peguam syarie. Oleh itu, aku tidak akan sia-siakan peluang tersebut,InsyaAllah.  Terima Kasih Tuhan.

Jue: Sesungguhnya Allah menguji kesabaran kita mengikut kemampuan diri, dan kadang-kadang kala Allah memberi kita sesuatu yang baik itu juga untuk menguji keimanan diri.Subhanallah..

4 comments:

  1. walaupun saya pembaca baru blogger tahniah kak dapat tauliah peguam negeri sabah...mkne kene ambil DSLP lagi yer..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. soory tak pasan lak msg ni..dh lama plak tu yer..hehehe...aah kena amik DIJAP lagi kot..thanks yer..

      Delete
  2. Akak, bekerja jadi peguam syarie under government atau firmaa swasta ?

    ReplyDelete

DOA buat SAHABAT

Orang tua selalu pesan, jangan kerana kita susah, kita menutup mata daripada melihat kesusahan orang lain. Hari ni seorang kenalan jatuh s...